-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 16 Mei 2015

MIMPIKAH TUN DR MAHATHIR DISIANG HARI.....?

PEMBACA

Baru sehari Tun balik dari menunaikan Umrah,hari ini beliau sudah menyerang kembali DS Najib bagi meletak jawatan....

jika kita membaca ,desakan demi desakan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir ini nampak mudah macam mudah, LETAK JAWATAN HABIS CITE.....tapi secara realitinya SUKAR untuk dilaksanakan oleh DS Najib.

Sebenarnya bercakap mahupun menaip memang mudah, tapi nak melaksanakannya itu MEMANG PAYAH, umpama kita berkata " AKU NAK KARATE TIANG TNB DEPAN RUMAH aku,kemudian aku nak angkat dan baling "....nampak mudah kan kita bercakap....tapi MAMPUKAH KITA LAKSANAKAN APA yang kita cakap itu??

Sama jugalah dengan DS Najib ,mana mungkin nak letak jawatan walau dia sendiri tahu rakyat tidak dapat menerimanya lagi (Boleh rujuk jumlah cacian dan makian dalam wall Facebook beliau...klik sini )  yang nampak menyokong beliau cuma pemimpin pemimpin yang berjawatan atau secara simboliknya...."SELAGI YOU ADA KUASA, I SOKONG YOU"........

Kemewahan dan kuasa yang diperolehi bukan senang nak dapat....siapa tidak mahu BILA BERCAKAP ORANG DENGAR, bila kita arah ORANG SEGERA IKUT, bila kita marah orang tak berani melawan.....Kuasa seorang Perdana Menteri dalam negara kita MELEBIHI SEGALA GALANYA...semua mampu dan boleh beliau kawal...dari kehakiman hingga ke jawatan penting lain iaitu perlu DILANTIK olehnya......tak percaya? Fahami maksud yang terkandung dalam pelantikan satu satu jawatan penting....

"ATAS NASIHAT PERDANA MENTERI "....maksudnya dialah yang melantik,dialah yang mempersempah NAMA  hatta pada Yang Dipertuan Agong sekalipun...."ATAS NASIHAT " itu pun kita sepatutnya boleh faham...diatas segala galanya yang memberi kuasa MUTLAK padanya...abis nak buat macam mana?? 

Jadi penulis berkeyakinan ,DS Najib tidak akan meletak jawatan walau diasak hebat sekali manapun....dia mampu mengawal dan dia mampu mengubah kerana KUASA terletak padanya.....Kita cuma perlu DAN TERPAKSA MENANTI .....dan menanti PRU kerana PADA KETIKA ITULAH KUASA RAKYAT AKAN MUNCUL.....

Antara yang terkini dari Tun atas asakan pada Perdana Menteri.....

Hadirin yang mendengar ucapan Tun Dr Mahathir di Ipoh, Perak hari ini diberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan pembohongan dalam isu pembelian jet baru kerajaan.

Sambil ketawa, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata walaupun Najib memenuhi ciri "gaya" seorang pemimpin namun dengan pelbagai isu yang timbul serta pembohongan yang dilakukan ahli parlimen Pekan itu menjadikan dia tidak lagi layak memimpin negara.

Dr Mahathir menceritakan, sebelum ini beliau pernah menasihati Najib (kanan) supaya membeli drone(pesawat udara tanpa pemandu) bagi menjaga kawasan pantai di Sabah.

Katanya, walaupun pertemuan dengan penjual drone diaturkan , sehingga hari ini tiada sebarang tindakan susulan yang dilakukan, termasuk untuk membeli pesawat tersebut.

Najib nampak segak

"Najib sebaliknya membeli pesawat mewah yang baru," kata Dr Mahathir.

Justeru, beliau mempertikaikan keputusan Najib membeli kapal terbang mewah baru.

"Apa perlu kapal terbang besar? Nak beli kononnya raja nak pakai tapi tak nampak raja pakai pun.

"Tak pernah cakap betul, selalu bohong,"  katanya.

Dianggarkan seramai 2,000 orang memenuhi tempat majlis itu diadakan hari ini.

Kata Dr Mahathir, susuk Najib memanglah kelihatan begitu segak.

"Tinggi, putih. Rambut pun dah putih dah. Gaya dah ada sebab itu saya pilih dia dulu (sebagai perdana menteri)," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut memberikan nasihat kepada Najib bahawa seorang perdana menteri tidak seharusnya hidup mewah.

Katanya, kehidupan yang dijalani Najib kini berbeza daripada bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Abdul Razak yang menjadi perdana menteri kedua negara, kata Dr Mahathir, sering mengayuh basikal ke kawasan kampung untuk bertemu rakyat.

"Sebagai perdana menteri, kita tak harus hidup mewah. Kalau perdana menteri macam bapa dia dulu, kayuh basikal ke kampung. Saya pun dulu siap bawa isteri saya (masuk kampung) siap jatuh dalam sawah padi. Itu cara kita pimpin.

"Saya percaya dan yakin, kalau biar Najib memimpin lagi dia akan kalah dan tak ada lagi orang nak beri perlindungan pada kita semua. Sebab itu sebelum dia kalah, lebih baik dia pergi," kata Mahathir lagi. 
"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak ketika sekali lagi mendesak supaya beliau melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Ketika berucap dalam program Bicara Negara di Hotel Tower Regency, Ipoh, Perak petang ini, Dr Mahathir berkata, Najib perlu melepaskan jawatannya sebagai ketua kerajaan walaupun beliau mungkin amat menyayangi posisi tersebut.

Kata Dr Mahathir, Najib perlu memberi laluan untuk orang lain kerana statusnya kini "tidak disukai rakyat."

"Orang kata sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayang jawatan pun macam tu jugalah. Sayang jawatan, tinggal-tinggalkan," katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau sendiri pernah sayang kepada jawatannya sebagai perdana menteri.

Selama 22 tahun, katanya, beliau 'berkahwin' dengan jawatan itu dan berasa sayang kepadanya.

Cukuplah, bagi peluang

"Tetapi (apabila) sampai masa, saya letak (jawatan). Cukuplah, bagi peluang dengan orang macam Najib," kata Mahathir.

Kira-kira 2,000 orang merangkumi pelbagai kaum hadir mendengar ucapan daripada bekas pemimpin berkenaan yang bercakap panjang lebar mengenai isu yang melibatkan Najib (kanan).

Kata Dr Mahathir,  tujuannya mengkritik Najib secara terbuka bukan bertujuan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya demi Umno, bangsa dan negara.

"Banyak sangat dia buat tidak kena. Sebab itu sudah tiba masanya dia berhenti menjadi perdana menteri. Saya dah buat perhitungan mendalam, Najib tak boleh menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14," katanya.

Nak tidur pun tak boleh

Dr Mahathir berkata, tiada sebarang kepentingan peribadi untuknya berusaha menyingkirkan Najib.

"Saya dah pencen, nak tidur. Tapi tidur tak lena sebab fikir pasal ini," katanya lagi.

Bagi memastikan Najib meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan juga Presiden Umno, Dr Mahathir meminta supaya parti itu menggugurkan anak Tun Abdul Razak Hussein itu.

Katanya, sebagai individu yang berjuang bersama Umno sejak zaman Tunku Abdul Rahman, beliau tidak sanggup membiarkan parti itu lenyap jika Najib kalah pada PRU ke-14 nanti.

"Umno perlu gugurkan Najib. Ini tanggungjawab. Kalau Najib terus memimpin dan kalah Umno akan lenyap. Satu pertubuhan yang bertuah dan berjuang sekian lama bersama Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan anak Tun Razak bagi hancur Umno. Saya tak rela.

"Saya yakin penuh kalau dia (Najib) masih lagi pimpin, dia akan kalah dan kalau kalah nak pulih Umno balik saya fikir susah. Bapak (Abdul Razak) tubuh Umno anak pula nak tanam Umno.

"Walaupun saya rasa orang akan marah saya, saya isytiharkan saya tidak sokong Najib," kata Mahathir lagi sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Demi mempertahankan alasannya mendesak Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan secara terbuka kesediaannya berdebat dengan perdana menteri.

Sambil tersenyum, Dr Mahathir berkata, dia juga mempunyai kebolehan untuk berdebat.

"Saya adalah sikit kebolehan dalam bidang debat ini. Kalau nak debat, OK lah," kata Mahathir sambil mendapat tepukan dan sorakan gemuruk daripada kira-kira 2,000 hadirin yang tekun mendengar ucapannya di Ipoh, Perak hari ini.

Menurut bekas perdana menteri itu, kesanggupannya itu dibuat berhubung pelbagai isu yang dibangkitkannya sebelum ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada bersedia untuk berdebat dengan Najib pada program Bicara Negara di Ipoh petang ini.
SUMBER - DISINI

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.