-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 16 Mei 2015

APAKAH INI PUNCA AHMAD SAID DILUCUT JAWATAN MB ?

PEMBACA

Mungkin apa yang didedahkan oleh bekas MB Trengganu ini adalah diantara punca beliau dilucut jawatan tempoh hari.....


Namun...ibarat kata, bila SUDAH TIDAK BERKUASA siapa nak dengar? Siapa nak percaya , kisah Ahmad Said ni mengingatkan pendedahan yang dibuat oleh bekas Pengerusi SPR Tan Sri Rashid .....ianya tidak mendapat respon yang baik.....ianya ibarat melepas batuk ditangga.....kerana ? Mereka sudah tiada jawatan, JIKA DIBERI JAWATAN tidak mustahil mereka SEMUDAHNYA menarik kembali apa yang dikatakan.....

PENDEDAHAN DATUK AHMAD SAID
PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang selama ini berdiam diri akhirnya mendedahkan punca beliau ‘diturunkan’ jawatannya.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal itu berkata, 1MDB pernah cuba untuk mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan perkara itu antara satu sebab beliau ‘diturunkan’ jawatan.
Ahmad membuat pendedahkan itu ketika membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Terengganu sempena perasmian Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri pada Selasa.
Ahmad mengakui 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai.
“Saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
“Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
“Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
“Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” katanya.
Ahmad membuat penjelasan itu ketika menjawab pertanyaan ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, yang bertanyakan kaitan 1MDB dengan kerajaan Terengganu.
Pendedahan Ahmad itu mendapat tepukan gemuruh daripada wakil rakyat pembangkang.
Sidang DUN Terengganu bagi Penggal Ketiga dijadulkan berlangsung selama tiga hari bermula Selasa 12 Mei sehingga Khamis 14 Mei ini.
PENDEDAHAN TAN SRI RASHID 
Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyeru agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar berhenti “menipu” rakyat dan menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu-isu berbangkit dalam negara ini.

"Berhenti menipu rakyat dan buat kerja kamu. Beritahu kepada pemimpin Melayu berlaku jujur dan buat apa yang boleh.

“Kita ada kuasa, polis pun kuasa kita, semua kita punya, kuasa itu banyak. Power (kuasa), power.

“Tak usah kerajaan nak bohongi rakyat, dedahkan (perkara sebenar berkaitan isu negara),” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam persidangan agung PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas mana-mana isu yang dirujuknya itu.

Rashid juga berkata, sejak tidak mempunyai sebarang jawatan lagi, beliau kini berani mengkritik kerajaan tanpa rasa takut.

“Saya berani maki kerana saya tidak ada kuasa, jadi saya berani.

“Saya maki semua orang. Kita bagi kuasa untuk lakukan sesuatu, dia tak buat apa-apa, tapi dia kata dia buat,” katanya.

Beliau turut menambah, kritikan yang diberikan bersifat berani kerana tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan beliau juga “tidak mencuri wang rakyat”.

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.