-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 8 Disember 2013

BUMI TERBELAH TUJUH......................AWAS!

PEMBACA

"Bukak pintu ni ! Bukak Umarr......." Jerit Kapten . Masing masing tergamam dengan apa yang dilakukan oleh Umarr. Masing masing sedaya upaya cuba membuka semula pintu lif yang dikunci oleh Umar.

"Apa kamu buat niii....bukak! Bukak!". Abu Bakar sahabat baik Umar terus mendesak Umar .....Abu Bakar tahu untuk apa TINDAKAN UMAR ini ...Abu Bakar sudah dapat mengagak...tetapi ianya amat bahaya untuk Umar teruskan...



Umar hanya diam..air matanya mula mengalir sambil cuba tenang dan tabah  melihat rakan rakannya yang terus mendesaknya membuka pintu. ....perlahan Umar angkat tangan kanannya.......matanya memandang arah Kapten Aziz dan rakan rakannya...
TABIK HORMAT DIBERIKAN DENGAN IRINGAN AIR MATANYA....

Umar sudah Nekad! Ini keputusannya....cuma dia yang KURANG BERNASIB BAIK dikalangan rakan rakan nya...BIARLAH dia  memikul tanggung jawab dan amanah iniii.........

Masing masing sudah terkedu...Lif sudah mula bergerak kebawahhh........Tiada apa lagi yang mampu Kapten dan rakan rakan Umar lakukan...mereka sudah terperangkap! Kapten membalas Tabik Hormat Umar juga diiringi air mata...Adakah betul tindakan Umar inii?? Adakah dia berpeluang berjumpa Umar lagiii...Umar yang dikenali sebagai anggota yang lebih banyak diam dan menyimpan seribu rahsia....

Sebelum Lif hilang dari pandangan mata Umar...sempat diserahkan sekeping gambar pada Abu Bakar....Itulah gambar anak gadis kesayangan Umar yang ditinggal ibunya...kini anak gadis itu seakan bertukar amanah pada Abu Bakar...Mata berairnya dikesat  sambil memegang amanah......matanya melirik pada  melihat kelibat Umar yang sudah jauh dari kedudukan mereka .

"Apa yang dia buat...."...Rungutan dari pusat kawalan dibumi....masing masing terDIAM. Suasana yang mulanya kecoh mula membutu.....Tiada apa lagi yang boleh mereka harapkan...segalanya kini BERGANTUNG KEPADA UMAR....

"Kita sudah terputus hubungan tuan..." Ayat itu mengejutkan semua pihak dan suasana TRIBA TRIBA MENJADI GELAP GELITA....Kecoh jadinya bila ada suara "Mereka dah sampai ke BUMI KE TUANN"......." Ya Allah! Selamatkanlah kamii.....".

Memang ketakutan semuanya...Mampukah mereka semua hidup ....mampukah mereka semua selamat dari MALAPETAKA NIII....... Ada yang sudah menitis air mata terkenang keluarga...masing masing BERSERAH DAN BERDOA....dimana Umarr?? 

"Leooo...cuba dapatkan info...macam mana bekalan letrik boleh terputus...! "Dalam kelam gelita ituu Tuan memberi arahan sambil menelefon pihak atasan ...

Leo Chan Lai diam...Leo Chan Lai tahu yang Tuan sudah terlupa disebabkan kekalutan mereka disaat genting bertarung nyawa ituuu ....Tuan terlupa PESANNYA PAGI TADII....

Perlahan Leo Chan Lai hampiri Tuan...dalam samar samar cahaya Lilin itu...Leo Chan Lai tunjukkan sesuatu pada Tuan hingga TUAN JATUH TERDUDUK....

 SILA BAYAR SEBELUM 4 PETANG SEBELUM BEKALAN LETRIK PREMIS ANDA DIPOTONG!! 

"Abang dah bayar belummm!!!". Suara isteri kedengaran dalam telefon menyebabkan lamunan penulis terhentiii . Terhenti sambil "BERANGAN" apabila mendengar alunan video ini dari dalam kereta sambil memerhati kedai TNB didepan mata ........

   

Tangan masih terketar dan  nafas seakan terhenti   bila melihat bil TNB yang dulu cuma RM115 kini sudah menjadi RM225 SEDANGKAN duit dalam dompet cuma berbaki RM189.40sen...........

"Bolehkah minta bayar separuhh??".......Penulis nekad sambil menuju ke Premis TNB Petaling Jaya...... 

KEMAS KINI ARTIKEL TERBAIK KAMI .........

TAJUK - KALAU ADA REZEKI........DUIT INI BALIK SEMULA.......


RASA Menyesal mungkin dapat disembuhkan sekiranya seseorang itu masih hidup....tetapi jika seseorang itu telah PERGI...RASA menyesal itu akan menghantui kita sepanjang hidup.....

Allah sentiasa memberi kita PETUNJUK DAN PELUANG......tetapi ada kalanya kita tidak NAMPAK.......

Penulis kenali Ahmadi sudah lama lebih lebih lagi Asmadi masih berhutang RM2500 dengan penulis . Dan penulis bukanlah jenis manusia yang pandai kutip hutang terutama  rakan baik yang bekerja ditempat yang sama. Asmadi pula ialah manusia yang agak boros dan tidak tahu berjimat...itulah yang penulis kenali beliau dahulu. 

Apabila diarahkan berpindah kerja ...isu hutang Asmadi lenyap begitu saja dan penulis seakan redha dengan segalanya. Hampir 8 tahun penulis tidak temui beliau hinggalah semalam penulis diberikan kesempatan TERAKHIR untuk bertemu nya. 

Asmadi tidak banyak berubah...cuma sudah berjanggut padahal sewaktu dikenali dulu dialah yang paling RISAU KALAU TUMBUH JANGGUT....

"Ehh! You pun hantar anak blajar sini ". Katanya ceria disamping keluarganya.

"Itulah....tak sangka kita boleh berjumpa disini..."Penulis gembira dan banyak yang kami bualkan pasal keluarga masing masing termasuk imbas kembali saat kami bekerja bersama di Jalan Ampang dulu.....

Sebelum penulis balik ke Pahang...

"Misbah.....nahhh! Aku minta maaf..." Katanya sambil hulurkan duit RM2500 yang dipinjamnya dulu. Terdiam penulis seketika...

"Ehh! Tak pelah Diee...aku pun dah halalkan ....simpan untuk anak you belajar". Penulis menolak dengan baik...

" Janganlah...inikan hak kau....ambil jerr...kalau ada REZEKI  ...DUIT NI BALIK SEMULA..." Katanya tanpa penulis faham maksud "DUIT BALIK SEMULA" ketika itu.

Setelah dipujuk dan rasa berat hati, penulis ambil duit yang diisi dalam envelop putih. Kami bersalam dan meneruskan perjalanan walaupun KAMI SAMA SAMA AKAN MELALUI laluan yang sama...ASMADI BALIK KE RUMAHNYA DI PETALING JAYA ,MANAKALA PENULIS TERUSKAN PERJALANAN BALIK KE PAHANG ,kami sama sama bergerak dari SINI

Oleh kerana kebetulan sudah sampai di Perak, dan teringat kata Asmadi tadi dia nak lawat saudaranya di Ipoh, penulis pula mahu singgah dulu dirumah saudara mara di sekitar Kuala kangsar . Malamnya barulah penulis mulakan perjalanan semula .

Waktu itu hampir pukul 1 malam...penulis terlihat kelibat  kenderaan yang rasanya  BARU terlibat dalam kemalangan, kerana  memang tiada kenderaan lain penulis sampai ..amat sunyi dan gelap! Yang ada cuma pemandu Wira,isteri  dan anaknya yang sedang menangis  dan pemandu Honda  yang diam didalam kereta.

Atas rasa prihatin ...penulis tenangkan keluarga pemandu Wira tersebut yang kelihatan suaminya kemungkinan patah kaki...isteri dan anaknya cuma cedera ringan dan kelihatan masih terkejut dengan apa yang terjadi.....

Dalam kegelapan dan berpandu lampu kereta saja penulis segera  menuju ke arah Pemandu Honda didepan..Ya Allah! Mukanya penuh berdarah...penulis periksa nadinya...masih ada...Alhamdulillah......dan dengan segenap tenaga dan kebetulan sudah sampai beberapa pemandu lain yang turut membantu, kami angkat pemandu Honda yang tersepit itu dan letakkan diatas jalan.....

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.....

rupanya pemandu honda itu sudah meninggal sewaktu diangkat keluar tadi...

Penulis tutup wajahnya yang hampir tidak dikenali itu kerana berlumuran darah dan segera mencari beberapa dokumen penting mangsa seperti beg duit dan telefon ...tanpa mahu melihat kerana orang sudah ramai kerumun ,penulis isi dalam plastik dan ikat ,kemudian letakkan diatas badannya......
(Langkah ini perlu dibuat jika anda mahu membantu mangsa dalam kemalangan  kerana dapat mengelakkan berlakunya kecurian barang berharga milik mangsa selain dapat memudahkan urusan pengecaman oleh pihak berkuasa ..) 

Apabila bomba dan polis sampai...penulis malas nak menunggu lama...perlu teruskan perjalanan kerana memikirkan  Pahang masih jauh didepan.....lagipun esok nak kerjaa...

Semasa hendak masuk kedalam kereta...penulis SEAKAN terdengar NAMA penulis disebut...

"MISBAHH......" Penulis berpaling ke arah mayat yang terbaring tadi... Ahh! rasanya tiada siapa yang kenali penulis disitu...lagipun bomba dan polis sedang menjalankan tugas mereka...mungkin hanya khayalan penulis SEOLAH ADA yang sebut  nama penulis....

Perjalanan diteruskan malam itu juga dan alhamdulillah penulis selamat sampai sewaktu azan subuh . 

Selesai solat dan sarapan bersama  isteri...triba triba BEKAS BOS PENULIS TELEFON...

"Misbahh...You ingat Asmadi Omar?? Staff yang sama you dulu...dia meninggal aksiden malam tadi atas skit Slim River..." Kata itu segera mengingatkan penulis kemalangan malam tadi.......segera penulis hubungi keluarga nya untuk kepastian.....

Rasa sebak ......rasa menyesal yang amat sangat kerana PENULIS TINGGALKAN ARWAH ASMADI OMAR keseorangan tanpa keluarga mahupun teman teman rapat disaat pemergiannya... ......kalaulah penulis tahu itu beliau........

"PATUTLAH PENULIS SEAKAN MENDENGAR dia memanggil nama semasa hendak masuk kereta malam tadii...

"Abang Die beriya mahu meninggalkan kami anak beranak di rumah saudara kat Ipoh...malam itu dia balik seorang..rupanya....." Kata isteri Asmadi sambil mengesat air mata...tak kala itu juga penulis  "sedekahkan" kembali duit RM2500 kerana penulis sudah mula faham maksud katanya..." 

kalau ada REZEKI  ...DUIT NI BALIK SEMULA..." 

TAJUK : GEMPARR! KEMALANGAN DISEBABKAN KETIAK....betul bang...tak tipuuu.....


"Kalau bisa aku ceritakan........pastinya kalian tidak akan percayaaaaaa"
Mungkin itulah yang pembaca semua fikirkan apabila membaca tajuk Posting Nur kali ni...betul ke? Tak tipu ke? Mustahil Ketiak menyebabkan kemalangan? Macam lawak jerrr??

Ahaks......bunyinya memang lawak, tapi mungkin boleh terjadi pada pembaca semua sebab Nur pun tak jangka perkara begini boleh berlaku....dan er..er..Nur bukan KAKI TENGOK DVD TAU...ngeeee! begini kisahnya,

Beberapa hari yang lalu ,Nur bersama seorang rakan sepejabat masuk kawasan perkampungan  Felda  untuk menguruskan hal guaman kami. Kami sampai disana awal pagi...Biasalah kan keadaan penduduk sekitar Felda ni , perlaksanaan undang undang agak longgar, nak tengok yang memakai topi keledar semasa bermotor memang susah,kalau ada yang bertopi keledar pun ianya dianggap MAKHLUK GANJIL ...ahakss!

Itu baru yang memandu...tak cerita lagi pasal apa yang dipandu...motor mereka ibarat kata cuma untuk membolehkan mereka bergerak saja...tak ada signal, tak ada lampu..kadang kala kita sendiri tak tahu YANG DIBAWA MEREKA ITU MOTOR ehh! ibarat kata kalau ditahan JPJ...memang PENATLAH jemari encik JPJ tu nak tulis saman...

Tapiiii, pembaca jangan salah faham...bukan bermakna Nur nak memperlekehkan keadaan disana tapi itulah hakikatnya...Betul tak? pengguna disana lebih bebas berbanding dengan pengguna dikawasan bandar yang mana perlaksanaan undang undang lebih dipatuhi dan ketat. 

Oklah...selepas segala urusan guaman kami selesai, petang itu kami mulakan perjalanan semula untuk balik ke Pejabat. Sampai di satu simpang jalan yang agak lengang...

Nur perhatikan ada sebiji motor yang menuju kearah kami...awalnya teragak agak juga nak keluar terus dari simpang tu...tapi takut macam tak sempat, jadi Nur ambil keputusan untuk tunggu saja pemandu motor itu lepasi kenderaan kami.

 Sampai saja dekat simpang itu...pemandu motor itu angkat tangan KIRInya yang memberi MAKNA pada Nur yang dia nak masuk simpang...jadi Nur tanpa rasa was was dan syak wasangka terus keluar .......tapiiiiiii................

BEGEGUMMMMMM!!! Adoii! Habis Honda City Nurr...belum bayar abis lagiii.....

Kami pun keluar untuk melihat keadaan kereta dan pakcik yang melanggar itu...nasib baikla pakcik tu memandu perlahan dan kemek di bahagian depan kereta Nur tak sebesar mana walau Nur tahu KOS BAIKINYA tetap sama ...adehh!

" Kan pakcik angkat tangan tadi nak masuk simpang? Kenapa Pakcik terusss"...Tanya Nur yang masih keliruuu...

"EH! Pakcik angkat tangan tadi bukan nak masuk simpang..." Jawab Pakcik itu dengan muka serius sambil membelek motornya yang cedera dibahagian depan.

"Abis tuuu......" Tanya Nur lagi makin keliruuu

"Sebab KETIAK PAKCIK GATAL........." Adehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! Kan kan kan kan dah cakap...betul cerita Nur ni ....!! TERDIAM KAMI WAKTU TU...TAK TAU NAK KATA APA DAHH!! Tak kan nak marah ketiak pakcik tuu.....ehh! Adehhh!...

Huh! Sampai hati pembaca gelakkan Nur yeee...tak pe...tak pee...malam tu Nur ceritakan pada En. Somi apa yang berlaku...err...selain minta simpati kot dia boleh "topap" baiki Honda City Nur yang dah tak cantik di pipi depannya.  Er..er...  kan bang....kan...kan...
"Err...awak nampak ensem lak malem ni ...ahaks"......

" Hahahaha...abang pernah kena camtu juga dulu...tapi bukan pasal KETIAK GATAL..." 

"Abis tu napa?..."

"Sebab penunggang motor tu cakap ...DIA ANGKAT TANGAN KAT RAKANnya ...bukan sebab nak masuk simpang......"


ADEHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.