-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 1 Oktober 2013

DR AZIZAN OSMAN KANTOI MENIPU...........ambil perhatian!

PEMBACA

Sebelum itu...kami hampir bertekak untuk berkongsi artikel PANAS INI , tapi bertekak bukan dengan pemilik @ MANGSA kepada Dr Azizan Osman ini, tetapi dengan pengurusan Kantoi Identiti sendiri. 

Setelah puas diberi penjelasan ......maka dibuat persetujuan ARTIKEL INI DIKONGSI ......bukan bertujuan untuk memburukkan Imej Dr. Azizan Osman YANG TERKENAL DENGAN MINDA JUTAWANNYA itu tetapi untuk Dr. Azizan Osman dan pihak pengurusan beliau ambil TINDAKAN SEGERA untuk memulihkan imejnya.  

Sudah menjadi tanggungjawab kita pula untuk berkongsi maklumat sebegini supaya JIKA BENAR ADA KERUMITAN seperti kisah dibawah ini ....kita harapkan TIADA YANG AKAN JADI MANGSA SETERUSNYA dan penulis rasa INI JUGA SATU TUJUAN PEMILIK @ MANGSA yang bernama Rohaniah Noor ini buat pendedahan sebegini  kerana sudah jadi kelaziman dalam negara kita ....."BILA DAH KECOH BARU SATU SATU PERKARA ITU DIAMBIL TINDAKAN!! 

Ini pendedahan Rohaniah Noor .

Panas di Facebook saya mengenai pendedahan yang saya buat berkaitan seminar Dr Azizan Osman yang dipuja ramai.

Ceritanya begini.....

Pada 14 Oktober 2012 saya menghadiri Seminar Jutawan Industri oleh Dr Azizan Osman
Seminar percuma untuk 4 jam.
Boleh baca perkongsiannya DI SINI.

Seminar itu memang bagus.
Walaupun cuma 4 jam, beliau meyakinkan kita yang kita boleh menjadi pakar rujuk dalam industri masing-masing dalam masa 3 tahun sahaja.
Beliau akan tunjukkan caranya dalam seminar yang lebih advanced.
Namanya Intensif Jutawan Indusri (IJI).

Jadi, beliau telah menawarkan 3 pakej pada masa itu.
tiket VIP pada harga RM 999
tiket Diamond pada harga RM 2999
dan tiket Supreme Diamond pada harga RM 4999

tiket VIP tu cuma untuk seminar IJI 3 hari dan tempat duduk VIP.

Tiket Diamond untuk
-seminar IJI 3 hari,
-1 hari seminar dengan Bill Walsh,
- 1 makan malam dengan Bill Walsh dan Dr Azizan (ada sesi perkongsian dengan Bill Walsh sekali),
- cd Marketing & You
- tempat duduk kedua paling hadapan
- khidmat sokongan dari Richworks seumur hidup.




Tiket Supreme Diamond akan dapat semua yang Diamond dapat dan
- tempat duduk paling depan
- 1 sesi group mentoring
- personal coaching selama 12 bulan
- sesi bergambar dengan Dr Azizan Osman
- review buku oleh Dr Azizan Osman apabila buku telah siap
- peluang penerbitan buku dengan syarikat penerbitan Dr Azizan Osman


Tertarik dengan janji manis dan teknik pemasaran beliau, saya ambil pakej Diamond.
Sebab saya fikir, bagus ada khidmat sokongan dan peluang seminar dengan Bill Walsh tu

seminar Intensif Jutawan Industri diadakan pada 23 - 25 November 2012.
26 hb pula sesi khas dengan Bill Walsh

Beberapa minggu sebelum itu, sms datang bertalu-talu
Staff Richworks tawarkan tiket general seating kepada mereka yang belum daftar IJI lagi.
Harga general seating ini adalah RM 499 sahaja tapi hanya untuk seminar 3 hari IJI ini sahajalah.
dan tempat duduk pun di belakang sekali.

tiket paling murah ini tak ditawarkan pada hari seminar percuma jutawan industri tu
jadi, saya rasa pasti siapa yang ambil pakej VIP terasa menyesal juga.
Baik ambil pakej general seating sahaja kan...
hm...

Maka, pada 23 hb november 2012 tu, saya pun hadir sebagai peserta pakej Diamond
saya ada kongsikan DI SINI

Tapi pada sesi pagi hari pertama itu, banyak kali Dr Azizan beritahu dan promosi mengenai untungnya peserta Supreme Diamond
Mereka akan menerima 12 bulan online personal coaching dari beliau sendiri
katanya sebulan sekali akan skype.
Dr akan follow up perkembangan peserta coaching ni nanti dan dia akan beri panduan

Promosi ini buat saya tertarik.
12 bulan online personal coaching dengan Dr Azizan.. peluang skype dengan dia sebulan sekali..
boleh tanya pasal nak buat seminar.. pasal macamana nak kembangkan blog..
pasal macamana nak keluarkan produk informasi seperti dvd dan ebook..
dan lain-lain yang ada dalam ajaran jutawan industri ni.
mesti syok kan..

Jadi, selepas berfikir selama beberapa jam, saya pun naiktaraf diri saya dari Diamond ke Supreme Diamod semasa rehat tengah hari
Swipe kad kredit untuk top up bayaran yuran.

Tamat sesi seminar 4 hari

Bulan Januri 2013 saya dihubungi untuk pilih tarikh untuk sesi group mentoring
saya dan kawan saya, Syahman pakat pilih 28 Januari 2013.

Dalam group mentoring tu, dia bahagikan kami kepada 3 kumpulan mengikut tahap pendapatan kami
Kemudian setiap seorang dberi peluang bertanya soalan, Dr Azizan jawab
Orang lain dengar jawapan tu.
itu sahaja.

Kemudian saya menunggu online personal coaching yang dijanjikan..
12 bulan online personal coaching ni.. mesti best.
saya bayar mahal ni.. tak apa.. pelaburan pada diri sendiri.

Tunggu punya tunggu tak ada khabar berita dari Richworks atau DAO sendiri
Senyap
Yang saya nampak di FBnya, ada banyak seminar Berani Berniaga, Berani 2013, Berani Hidup Luar Biasa, Advanced Marketing Power, IMKK dan lain-lain aktiviti
ada banyak juga percutian luar negara yang beliau dah pergi
sempat juga pergi umrah
Tapi online personal coaching masih tiada

Saya tanya Syahman.. ada tak dia dihubungi untuk sesi personal coaching ni.
takut lah saya seorang sahaja yang tertinggal nama
Kata Syahman, tak ada pun..

tunggu punya tunggu...
dari bulan November 2012 hingga Julai 2013 masih diam.
Akhirnya pada 19 julai saya hantar email kepadanya.



Diam... tak ada jawapan

Kemudian pada 22 Julai 2013, saya copy paste soalan yang sama di FB Alumni nya.
barulah dapat jawapan


'dr azizan telah bersetuju merubahnya menjadi group coaching session secara live menggantikan sesi 12 bulan tersebut'

Aik... Dr azizan je bersetuju? ada tanya tak persetujuan kami yang dah bayar ni?

Berapa kali group coaching session tu belum diketahui. adakah sebulan sekali juga? atau hanya sekali sahaja?

Kemudian saya mula menulis di FB saya mengenai hal ini.
sebab saya sangat frust.
saya upgrade dan sanggup bayar sebanyak itu kerana kononnya ada personal coaching yang beliau beriya promosi semasa seminar tu
tapi selepas 8 bulan bertanya, itu jawapannya.

Selepas status itu, saya menerima satu pm di FB
rupanya ada peserta Advanced Marketing Power yang dijanjikan personal coaching pun menerima nasib yang sama..


Sesuatu yang sangat tak kena berlaku.

Semalam pula, saya nampak di FB DAO, beliau nak buat smeinar Jutawan Industri 2013 pula.
Haihhh... personal coaching pada peserta jutawan industri 2012 pun belum terlaksana, nak jual minyak angin lagi?

Maka itulah semalam saya naikkan amaran ini.



Lewat petangnya, tuan Zaidi Ismail ada update status tentang rakyat Malaysia yang poyo.
Tiba-tiba DAO muncul memberi komen, 'Ini poyo'
Terus pada masa tu tuan Zaidi tag beliau dan saya dan terus bertanyakan mengenai dakwaan saya.

Tak sangka. woww.. DAO jawab komen tu...
boleh baca di screenshot di bawah




Persoalan:

1) Bukankah dia sendiri yang tentukan dan buat keputusan untuk buat personal coaching atau tidak. Apa yang missinform?
2) Saya seorang sahaja yang dikatakan memberi maklumbalas. Peserta yang lain diam sahaja. Tapi kalau peserta yang lain diam pun, adakah itu bermakna beliau boleh terlupa pada pakej yang perniagaan beliau tawarkan?
3) Ramai orang sanggup bayar lebih kerana personal coaching ini. Tapi sekarang ini, beliau telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan benda lain. Bukankah dalam islam, jual beli adalah atas dasar persetujuan dan saling redha meredhai dengan apa yang dijual dan dibeli. Jika peserta tak setuju dengan penggantian personal coaching ini, bagaimana? Adakah beliau boleh refund balik sebahagian wang yuran seminar ini?

Saya hanya menyampaikan maklumat ini atas fakta dan pengalaman saya sendiri
saya tidak mahu lebih ramai orang lain terpedaya dengan pakej dan promosi kaw-kaw sebegini.

Kalau nak hadir juga seminar Dr Azizan Osman, cukuplah jika hadir seminar free beliau atau beli tiket general seating sahaja/

Saya akan update perkembangan seterusnya selepas saya mendapat berita apa dia 'sesuatu' yang nak diganti tu dari team Dr Azizan.


38 ulasan:










Amani,  1 Ogos 2013 10:15 PG
Secara jujurnya sebelum ni,saya pernah terbaca di forum tentang seminar dr Azizan yang dikatakan menipu. sekarang baru saya tahu cerita sebenar lepas baca entry ni.. Saya rasa ramai yang ditipu dan terkejut saya bila Dr Azizan cakap hanya Puan sahaja yang hantar email..









Halif Mohamad,  1 Ogos 2013 12:54 PTG
Terima kasih Cik Rohaniah kerana memberi penjelasan tentang perkara ini. Baru saya tahu tentang perkara sebenar.









Hesyamuddin Ahmad,  1 Ogos 2013 3:02 PTG
Kumpul mangsa dan report polis. pernah join seminar Dr.Azizan 2x tp x berani amik advance course takut indah kabar dari rupa.









Derok,  1 Ogos 2013 3:20 PTG
DAO terlalu mengejar profit dari "bisness buat kelas" hingga terlepas pandang perkara2 yang dijanjikan..

nak tanya lah, selain buat seminar, apa lagi bisnes yg generate income DAO ye..? sy kurang kenal beliau (malas nk google latar belakangnya)..









sitiezahim,  1 Ogos 2013 6:08 PTG
rasanya bersetuju jugak dengan pendapat di atas tu, buat laporan polis kalau akhirnya result tak seperti yang di gembar gemburkan. buat pengajaran pada semua









hafez,  1 Ogos 2013 8:42 PTG
Kasihan Cik Rohaniah. Sabar ye. Cuma saya nk tanya, dia ni dapat gelaran Dr. (PhD/ DoB) dari institusi mana ye? Pernah ke kita selidik?









casandra yew,  2 Ogos 2013 12:17 PG
http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/md-dan-phd-mickey-mouse.html?m=1









Nur Fauzi Bassar,  2 Ogos 2013 1:03 PG
takziah diucapkan.

saya secara peribadi memang tak percaya dengan seminar yang dianjurkan, sejak dia mulakan dengan kejayaan melihat pada tarikh lahir seseorang.

saya panjangkan dan kongsikan di blog saya cerita ini.









Yati Mohd,  2 Ogos 2013 5:37 PTG
salam akk.terima kasih kerana berkongsi dengan saya link blog akk.tak sabar nak tahu lanjutan kes akk









MAT KEDAH,  5 Ogos 2013 6:41 PG
Beliau bermotifkan keuntungan semata.. ceh...









hidupringkas.com,  5 Ogos 2013 2:33 PTG
Saya turut bersimpati...memang perlu diperbetulkan semua kerja gila buat duit ini!









Irfa,  20 Ogos 2013 9:07 PG
sy ada join yg free di pgrm cheras sblum puasa tu hari.kalau ber$$ tak mustahil mendaftar kelas yg mahal itu sbb cakap2nya mmg bersemangat habis









Seri Kandi Tanah Jauhar,  20 Ogos 2013 11:12 PG
saya dah lama tahu dan dengar pasal penipuan yang dilakukan DAO ni hanya kerana dia pandai bercakap senang2 sahaj nak kelentong orang ke? Syabas, kerana berani mendedahkannya. Sy sokong Sitiezahim untuk buat laporan polis, biar terbuka mata org2 kat Msia yg ditipunya.. ramai lagi yg dah rasa terkena cuma mungkin mereka malu kerana sebelum ini terlalu mengagungkan dan bangga kalu dapat pergi seminar dia.









shahrul hairy,  27 Ogos 2013 4:33 PTG
Salam,
Ada beberapa rakan FB bg link blog ini dan sememangnya penulisan yang "worth it".

terima kasih. Byk saya belajar.









Azmil Abdul Aziz,  28 Ogos 2013 2:06 PTG
Penipuan dalam perniagaan adalah salah dari segi undang2 dan agama.

Bagi saya, tak perlu tunggu untuk kumpulkan semua mangsa (kalau boleh, of coz lagi bagus!). Tapi setiap mereka yg tertipu berhak mengambil tindakan secara bersendirian atau berkumpulan. Buat je laporan polis dan laporkan jugak kepada tribunal pengguna.









Ahmad,  29 Ogos 2013 7:52 PG
Sbenarnya apa yg dia ajar tu biasa2 shj...tak sangka ramai yg tertipu

Ikuti laman web beliau disini untuk info lengkap . 


Like juga Page Rohaniah Noor ini...kerana penulis SUKA APA YANG DIA KONGSIKAN 



77 Mesej diterima:

apa2 jua seminar berbentuk 'jutawan' sbnarnya, kita yg mengkayajutakan mereka dgn cara kita mendaftarkan diri dan membuat bayaran....cuba fikir, seandainya daftar dan bayaran adalah percuma dan x ada apa2 promosi utk pakej lanjutan yg harganya ratusan ringgit setiap kepala, adakah mereka akan meneruskan seminar seperti ini atau paling tidak, mampukah seminar seperti ini diadakan dengan galaknya...sudah tentu, agak mustahil seminar seperti ini akan berterusan diadakan melainkan ada peserta2 yg tolong mengkayajutakan mereka sendiri...hakikatnya, kita tetap dengan pendapatan cara kita.....renung2kanlah untuk masa hadapan

apa2 jua seminar berbentuk 'jutawan' sbnarnya, kita yg mengkayajutakan mereka dgn cara kita mendaftarkan diri dan membuat bayaran....cuba fikir, seandainya daftar dan bayaran adalah percuma dan x ada apa2 promosi utk pakej lanjutan yg harganya ratusan ringgit setiap kepala, adakah mereka akan meneruskan seminar seperti ini atau paling tidak, mampukah seminar seperti ini diadakan dengan galaknya...sudah tentu, agak mustahil seminar seperti ini akan berterusan diadakan melainkan ada peserta2 yg tolong mengkayajutakan mereka sendiri...hakikatnya, kita tetap dengan pendapatan cara kita.....renung2kanlah untuk masa hadapan

rimas laa nk nak baca ada burung terbang2 tu..

asslm..
bagi saya kalo setakat g seminar je...tak yah kot.. kat fb pun byk kata2 motivasi..google je pun dh blh dapat.. dari join seminar yg hanya utk motivate rasanya better g fb adds ke, marketing ke kan.. cara2 nk buat blog mesra google ke.. rasa lebih berbaloi.. hanya pandangan sy... www.ayusihatanggun.blogspot.com

Dulu masa DAO ni baru nk terjun masuk bahagian mcm ni sebok dia bg motivasi tentang rahsia bulan kelahiran. My ex boss pernah bgtau kepada sy dan rakan2 sekerja yg lain, sesiapa yg ikuti kelas dia tu mangsa yang di perbodohkan. Sebabnya dia tu jual air liur sahaja. Buat pakej motivasi dan kenakan yuran mahal semata2. Sedangkan dia hanya jd speaker sahaja. Dia tidak buat apa2 melaikan hanya bermodalkan air liur berkata2. So ex boss saya x bagi kami semua ikuti kelas2 motivasi yg ditawarkan. Kerana semangat dan keyakinan diri seseorang tu hanya ada dalam diri sendiri dan org2 tersayang contohnya macam ahli keluarga dan kawan2 serta solat dan Allah jgn dilupa. Dan sy percaya kata2 my ex boss yg Dao tu penipu. Bila sy dh tbaca dlm blog ni.. Lagilah sy pecaya apa my ex boss ckp dan pesan pd kami dulu.... Moga keadilan dan kebenaran bpihak kpd mangsa2 beliau.

Senang cita..penipu..ada unsur penipuan..kalau dah 8 bulan xde ape2..itu dah salah..sbb tu la dia kaya..org masuk x kaya2..sbb kena tipu..

1st thing never trust people with big cars and second thing jangan percaya tentang skim cepat kaya macam DAO sebab saya pernah kena dgn orang macam nie dulu. Di malaysia no one can be that rich if either buat kerjer haram atau ambik rasuah. There is no way to be rich instantly in 2 or 3 years unless you struggle yourself to work hard and buat kerjer cara halal dan amanah. Even orang buat business cara halal pun makan masa untuk jadi kaya.

Thanks sbb sudi kongsi pengalaman anda....saya pun pernah hadir untuk AMP pada 2012...bagi saya,takde apa yg menarik walaupun kita dah spend 1k++ untuk diamond....DAO menjadi kaya raya atas usaha dia memujuk kita untuk spend duit....then mula dia tunjuk pegi melancong,bergambar dengan lamborghini.....saya juga pernah jadi sukarelawan namun saya rasa seolah2 dipergunakan.....at least,ajak la lunch sekali dengan dia sebagai tanda terima kasih...ini dah la kena spend duit sendiri untuk menjayakan seminar dia....pekerja richwork plak boleh bersenang lenang sebab ada kami,sukarelawan ni....huh

Maaf cakap mana ada melayu kaya hendak kongsi kekayaannya dengan public. Boleh kerat jari dan kemaluan kalau ada!!! cuba tekniknya adalah kongsi kerana sendiri hendak kaya spt skim MLM dan pelaburan emas. Memang ibarat kata dunia barat orang bodoh dan ada banyak duit memang popular menipu. So sorry good entry admin

erm.... so far saya cuma akan hadirkan seminar free tu sahaja sbb ade beberapa input yg boleh saya gunakan...
tapi, untuk saya laburkan duit menghadiri program2 yg mahal cmtu, tidak sama sekali...

cukup yg seminar free sahaja... tu pon, ambik mane yg perlu je... yg tak perlu.. dengor je ler..

..dunia sekarang...ramai org nak 'kejar duit saja'...so...aware...bnyk penipuan melalui ceramah dan lain-lain...kalau betul-betul bermanfaat, buatlah secara ikhlas dan yuran berpadanan sahaja...barulah mendapat ilmu yg bermanfaat dan berguna dari Allah swt...wallahu'alam..

Assalam.. kan ke bagus kalau DAO anjurkan seminar percuma atau harga yang jauh lebih murah jika hati tu ikhlas untuk bantu peserta yang majoritinya orang islam.. alangkah barakahnya jika DAO dapat berbuat demikian..Apa salahnya bantu orang dengan ikhlas hati tanpa mengira kelas dan bayaran dengan kelebihan yang diberikan Tuhan pada DAO.

kalau takat jutawan guna air liur je .. baik tak yah..

Dr Azizan memang seorang yang jujur dan dia hanya seorang ahli perniagaan sahaja.

Saya salah seorang peserta VIP .Memang agak menyesal ambil pakej VIP sedangkan beza general dan vip hanya tempat duduk dan tshirt(ke general pun dpt tshirt.Xpasti). Tapi beza harga RM500..huhu..Tapi xada la nak kata Dr menipu.Dapat la juga ilmu dari seminar ni.Mungkin bahagian pengurusan yang pening.hmm..

p/s: Mungkin DR patut stop kurangkan program percuma Dr dan fokus pada ratusan atau ribuan bekas peserta yang sudah membayar ribuan ringgit tapi masih terkontang-kanting ni.huhu..

menyemak la burung ko ni!
nk baca pon duk bertenggek atas artikel watpe

dengan eden punye komen sekali haa termasuk

sebab itu pergi sahaja ke seminar dato dr rusly abdollah.. lagi berbaloi baloi..

Adik saya pernah bekerja dgn DOA ni selepas abis belajar di UiTM Shah Alam ... gaji pun kena tocheng, benefit takde... tup tup kamera syarikat yang dalam simpanan managment dikatakan di ambil oleh adik saya . Setelah di hubungi pihak pengurusan syarikat, itu ini begitu begini...xde apa2 susulan pun .. Gaji dah lebat kena potong. Camni ke melayu nak tolong melayu ? setakat jual air liur, aku pun boleh

payah kalo dh melibatkan soal duit nih..kalo takde jln perbincangan & keputusan yg baik..baik akak g tribunal jer bersama2 bukti

Jangan putus asa..setiap apa berlaku ada hikmah..

Mungkin ini membuka jalan kepada kewangan anda

Tengok sini >> https://www.facebook.com/pendapatanfuturebarrel

siape pun dia,apa pun kelulusannye,,itu bkn mecerminkan kreadibiliti beliau sbg seorg mentor yg berjaya,pengalaman hidup n elmu yg di beri itu yg penting.tp kalu kepala heng asyik nak salahkan org jeeeee,,byr jutaan ribu pun blm tentu korang ni dpt merasa status jutawan tu!!!!kalau setakat ckp nak kaye,,tapi usaha mcm siput sedut,,baik tak payah mimpi pun.(biase siput babi kan....siput babi bergeraklah jugak.....siput sedut duk mengawan jela kerjanye.) ok la,,sory sape yg terasa tu.bg saya,,pergi,,dengar,,catat,,n balik terus buat n tgk hasilnye.itu yg penting.kalu tak mjadi,,usaha lg.
bkn pi masuk dewan cari kelemahan doc,,n share,,dari awak duk tunggu2 sessi coaching tu,,baik fikir jln nak besarkan business.gunakan elmu yg di ajar.ini pergi kosong, takkan balik pun kosong!!!! byk tip,panduan kisah kejayaan peserta lain,,takkan langsung tak melekat di kepala!!!!!

Nak bertnya yg punya badan.Sebelum nie apa kerja buat

Mungkin Cik nak join bisnes ini pula.. Takat ni taklah tipu, ada orang join 45 hari dah collect RM150,000, modal lebih kurang supreme diamond itu lah. www.duitphytobotingkek.com

Kes ini telah selesai di antara Cikpuan Rohaniah dengan pihak Richwork/Dr. Azizan. Mengapa penyelesaian tersebut tidak disebutkan disini?

Salam saya ada kisah yg lebih kurang menarik... pengalaman sendiri... beliau tidak tahu bagaimana hendak berurusan (berniaga) kerana dalam pengalaman saya akad dalam urusan jual beli sgt penting.. mungkin Allah nk bagi pahala dia ke Mekah kepada org yg dia aniaya

Sebenar yang jutawan dia la..sebab pandai cakap kelentong sana sini..

tajuk seminar dia bagaimana untuk berniaga tanpa modal..tapi sape2 yang nak tau tips tu kena bayar pada dia..hahaha..yg sebenarnya dia yang berniaga tanpa modal..guna air liur je.

kalau bayar yuran beribu2 tapi suruh pasang banner/bunting banyak2 utk majukan bisnes, baik guna duit yuran tu utk beli banner/bunting

0.20 59.40
2013-09-20 19:43:14 C000160 OUT Maintain Value RM 0 0.00 59.60
2013-09-20 19:43:14 C000160 OUT Upgrade Value RM 0 0.00 59.60
2013-09-20 19:43:14 C000160 IN Income Bonus (Direct) RM 20.000 From M001513 (Level 1) 20.00 59.60
2013-09-19 09:05:27 C000160 OUT Deduct sms credit RM 0.2 0.20 39.60
2013-09-19 09:05:27 C000160 OUT Maintain Value RM 0 0.00 39.80
2013-09-19 09:05:27 C000160 OUT Upgrade Value RM 0 0.00 39.80
2013-09-19 09:05:27 C000160 IN Income Bonus (Direct) RM 20.000 From D000071 (Level 1) 20.00 39.80
2013-09-16 20:41:24 C000160 OUT Deduct sms credit RM 0.2 0.20 19.80
2013-09-16 20:41:24 C000160 OUT Maintain Value RM 0 0.00 20.00
2013-09-16 20:41:24 C000160 OUT Upgrade Value RM 0 0.00 20.00
2013-09-16 20:41:24 C000160 IN Income Bonus (Direct) RM 20.000 From A000675 (Level 1) 20.00 20.00
2013-09-16 01:09:28 C000160 OUT Purchase BOB Account 100.00 0.00
2013-09-16 01:09:24 C000160 IN Loan for BOB 100.00

http://www.1whp.biz/admin2u

ada sket info pasal dr azizan kt sini...

http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/md-dan-phd-mickey-mouse.html

salam.mohon mencelah.mengapa perlu pecaya kepada mereka ini?buat seminar menjadi jutawan,sedangkan mereka sendiri tidak kemana.kalau memang terbukti kaya raya,bolehlah percaya.ini dapat kekayaan dan keuntungan melalui seminar2 ajar org jadi kaya.nampak sangat menipunya..hahahahhahaa

seminar dia biasa biasa jer bukanya luar biasa....

Dasar nampak penipu....tapi yang nyata dia cuba nak membantu orang jadi kaya tapi prosidur tidak tersusun rapi.....bila ramai masuk....jadi cacau dan x terurus.....pasal dia Doktor....mungkin tidak ada kemahiran mengurus dengan baik.

Isu da selesai da..rujuk link ni ntuk pncerahan..yg lain2 dok komen mngarut2 tu..yg prnah msk pastu xbrjaya..tgk diri sndiri..sy msuk super supreme imkk..bkn murah,hmpir rm10k..skrng pn blm brjya..sbb tndakan sy sndiri..ni yg byr seat 499 ckp mcm2..sy pn bkn org sng..duit tu pn cari stgh mati..kalau yg lain blh brjaya tp kita sndiri xbrjaya,fikir2 la sndiri..

dari dulu lagi saya x percaya semua ini...punca nya nak duit je...Sabar ya puan ..terima kasih dan memberi peringatan untuk semua orang..sebaik2nya berniagalah mengikut sunnah Nabi..kalau namanya produk dikeluar x memuaskan hati...sudah tntu hasil duit nya xkan berkat.tanggunglah soal jawab dikubur nanti.Fikir2lah..

Mungkin karma dan mungkin ujian. Mungkin kerana terlalu bnyak peserta beliau terlepas pandang perkara2 penting..

DAO ni memang dah biasa buat. Jadi, tak hairanlah dengan feedbacks dari 2-3 perseorangan. Maka, sebelum semakin menjadi barah, baik kumpulkan semua mangsa-mangsa program "cepat kaya" DAO tu, buat tindakan susulan, seperti buat laporan polis atau dedahkan kepada media massa. Sekarang, orang-orang yang ingin mengejar kekayaan semata tak endahkan Halal-Haram. Maka, sekeras-keras hati DAO, memang tentangan yang keras juga diperlukan. Jika diajak berbincang, tengoklah tarikh dipinda, dilewat-lewatkan. Menjadi pengajaran kepada diri Aku juga.

sapa yg kaya lepas ikut program dia??
sapa yg jadi jutawan lepas ikut program2 dia??
dok nampak dia yang makin kaya...
penah ikut program dia..
org belanja..
tapi xdak la cerdik mana dia ni..
bukan semua bisnes dia boleh bantu..
yg banyak dia ulang masa seminar 3 hari tu kena join program dia yg lain lg..
pastu iklan kat tv atau akhbar produk atau servis kita..
dia ni bukan nak bantu pun..
dia nak duit kita je..
baru dia kaya...

doa kan semua yang terbaik..sebab yang baik itu datang dari allah yang tak baik biasa dari kite

Saya pun pernah hadir seminar beliau 2 kali...Mengenal diri Melalui tarikh lahir yg Rm30 dan yg RM450 (x ingat kursus apa). Semasa sya attend yg Rm450 itu saya berpendapat tiada yg istemewa.. lebih kepada mind power je..lepas dia offer macam kursus harganya masya allah ribu ribu ada yang RM 10000. Tapi saya rasa curiga bila dia boleh bagi diskaun lebih dari 50% jika ambik pakej 3 kursus.... Saya ada minta silibus nak tahu apa yg dia nak deliver tapi tiada response.. dan saya memang tahu dia penipu. title DR yg dia dapat pun tipu jugak... Dia kemahiran pemasaran yg dia ada utk pengaruhi kita...Melayu tipu Melayu.

hahaha..setelah membaca kesemua komen..saya pun rasa macam ada unsur penipuan kat sini...pointnya ialah janji perkhidmatan lain dan dapat perkhidmatan lain.janji dapat A tapi dapat B.tidak dinafikan mmg ilmu yg disampaikan oleh Dr Azizan sgt bagus untuk mereka yg pandai mengapliksi kesemua ilmu itu dalam kehidupan harian.namun isunya disini ialah perkhidmatan personal choching tidak dilaksanakan seperti yg dijanjikan.itu sahaja....kalau nak ganti dengan produk atau perkhidmatan lain..mesti dapat persetujuan kedua dua belah pihak.ini baru adil.dalam urusan jual beli cara islam pun ada akadnyakan?saya beli,saya jual......bukan saya beli produk A tapi dijual produk B....tak perlu spin tentang pencapaian para peserta atau tahap kekayaan DR Azizan kerana itu bukan isunya.fokus kepada isu utama dan selesaikan..harap pihak DAO dapat belajar dari kejadian ini.JANJI MESTI DITEPATI. jgn jadi mcm parti politik, kerana ini zaman internet/Facebook.maklumat cepat tersebar...DAO pun tahu kan?DAO jugak yg ajar.so jangan sampai senjata makan tuan.

sapo yang kayo?...hahaha azizan gak yang kayo...semuo keno tipu...sian

saya xpernah percaya dengan manusia ni. wpun xpernah terkena tapi secara logiknya apa yang diiklankan itu sangat mengarut. simpati pada yang sudah terkena. sudah banyak kes mcm ni., buat2 terlalai dan macam2 lagi, padahal duit pelaburan anda tu sudah dibelanjakan berholiday sana sini.. mana ada logik setakat seminar dan coaching beribu2.. Modul apa pula yang sebegitu mahal kan?? sebenrnya air liur dia je yang dia jual beribu2 tu.

lebih baik niaga goreng pisang dulu beb... comot dn brminyak..tp x kena tipu dgn sape2...

pakai duit haram pegi umrah...gila ke apa ...

Senang je nk tgk mentor ni betul2 ok atau x...jgn jual testimoni...kerana lain2 org lain2 kejayaan yg dpt dicapai berdasarkan orang itu sendiri.. Tidak boleh dijanjikan klu masuk program,apply..terus boleh berjaya atau kaya. Sedangkn yg menentukan hanyalah ALLAH s.w.t...kdang2 org yg kaya seperti tan sri bukhari xde mentor mentee pun masa beliau nk mncapai kejayaan...ilmu perlu ada dan ianya dpt dibelajar dri pngalaman jgk..ambil je rasulullah s.a.w atau sahabat2 baginda sebagai inspirasi dan mentor dlm berniaga dh ckup..insyaALLAH rezeki tu akan datang berlipat kali ganda jika kita ikuti rahsia mnjemput rezeki yg diajar nabi.

sy mmg xbrminat langsung seminar jenis menipu dn kaut untung juta2...melayu nak cpt jutawan..last2 kena tipu

haha...dah biasa dh ngn .dao ni.aku ni pegi kelas dia termasuk refreshing...yg 1st sampai upgrade kene bayar 1900++ xingt..dia akan tarik kita lagi utk pegi next level sampai la kene byr hampir 30k ke 40k. sbnrnya program dia ni hnye sesuai utk org yg dh ada company sendiri atau steady business..klu zero dtg lupakan aje la..baik kita motivate diri sndiri cari ilmu sndiri.xde benda pun kt kelas dia tu...buang masa je.banyak borak je lebih...last2 nya apa yg sy jd skrg ialah pengalaman dan sekolah kehidupan diri sendiri.bukan ilmu dri dia.satu pun xleh pakai...cari duit pakai mulut.tu je la keje dia.anda bole cri sndiri buku2 law of connection xyah buaang masa dgr ceramah dia yg konon nk bantu orang tp haprak. jelas dia ni xmenepati janji sbb apa dari ceramah dia dulu dia nak kuruskan badan. sembang dh buat diet exercise mcm2 tp sampai la ni gemuk gak. tanda2 xjujur.

seminar sebegini sebenarnya untuk dia menjadi Jutawan ha ha ha

Sorry to hear about your experiences and I salute you for coming forward with your story so that no others falls into this get rich quick scheme.

I have friends/students also paid huge money for his program and ended up getting nothing.

When Greed takes over, you will be the victim.

I always tell my students/friends to attend any seminars that are 'FREE' to get the 'Feel' first. Don't pay anything that they promise you.

These people make their millions this way and selling ebooks and there's no way a newbie can duplicate that in such a short period of time.

Be careful and be wise :)

ISU dia simple jeee.....Akak ni rasa tertipu sebab apa yang dijanjikan tu tak betul, tu je. Dia tak cakap pun ceramah DAO tak bagus. Kalau tak takde la dia boleh terfikir nak pergi lanjutkan siap ambik tiket supreme diamond Rm4999.00 lagi utk 3 hari course. Lagi singgit nak RM5k.Tapi masalahnya program coaching 12 bulan dgn skype sekali sebulan yg dijanjikan DAO tu tak betul....JANJI TINGGAL JANJI. Janji Jutawan industri 2012 pn tak habis dilaksanakan dah nak buat Jutawan industri 2013 pulak. Kesian akak tu sanggup bayar mahal2 just utk kononya dapat personal coaching selama 12 bulan & just nak dapat skype dgn DAO sekali sebulan bagi menolong permasalahan yg akan dihadapi. Tapi kesudahannya tak dapat apa yg dijanjikan & bila dah kecoh2, boleh pulak DAO suka2 je nak tukar apa yg dia dah janji dulu. Tu la dia sebok ceramah kejar duit banyak sangat, holiday sana sini sampai tak dapat nak tunaikan janji. Dia dah memang KAYA tp yg kesiannya akak ni yg benar2 nakkan personal coaching, dibiar je lepas dapat duit. Ni bukan nak tolong org melayu namanya, lg lingkupkan ada la. Baik akak tu bayar yg RM499 je kalau mcm tu. Ceramah yg sama jugak. Tak payah harap personal coaching. Aku pun pernah gak ikut 2 kali tapi just yg RM400 lebih je. Ada tiket ribu2 utk seating depan tapi sbb aku cpat dapat gak seating ke4.Ilmu yg dia bagi memang ok tapi sebenarnya rezeki kita adalah di tangan tuhan. Cuma kena usaha lebih, doa, ingat tuhan, jgn bdosa dgn mak bapak , jangan aniaya orang dsbnya...wallahualam

terima kasih atas perkongsian akk..
saya tak sabar nak tau kesudahan kes ni

saya pernah pergi kursus free Dr.Azizan..tak ada apa yg best pun..lagi satu yg saya takberapa berkenan..kalau iya pun dia nk bantu usahawan melayu..kenapa tak saja dia lantik sykt IKS Bumiputra buat roadshow dimana tempat dia buat seminar..ni tak,jual buku,jual kerepek, jual brg kesihatan dan lain2 semua sykt dia..maknanyaa...sendiri pikir lee..

Mohon kuatkan semangat Puan dengan membuat report dan failkan saman. Gunakan BIRO BANTUAN GUAMAN yang terletak di Chow Kit(boleh google) utk mendapatkan khidmat nasihat akan apa langkah seterusnya serta informkan ke Tribunal Pengguna yang berkaitan tersebut. Pastikan semuanya ada hitam putih walaupun yang bberurusan dengan sama ada dipihak NGO, Sasta atau kerajaan. Usah ambil mudah mudah percaya kerana orang yg ingin didakwa sangatlah berduit. Dengan duit apa saja boleh berlaku. Sebagai contoh usaha saya menyaman Carrefour sekitar tahun 2000 kerana menjual Roasted Chiken yg expired dari segi kualitinya yang saya beli utk makan berbuka puasa di Carrefour tersebut(Wangsa Maju) dan report polis dibuat utk tindakan selanjutnya setengah jam selepas itu dan keesokkannya saya harus bawa ke makmal forensik utk kepastian dan hasilnya saya benar dan dinasihatkan pegawai yang bertugas agar mesti berani utk teruskan kes ini( apa punya saranan daaa...). Lama menunggu tiada apa2 perkembangan dan apabila saya menghubungi pegawai tersebut saya dimaklumkam bahwa kes tidak dapat diteruskan sebab itu ini begitu begini. Yang mana kajian mendapati Pegawai tersebut telah `MENCANTAS` atau `POTONG LINE` saya dengan deal dengan pihak bakal kena tuduh dan tentulah pembaca2 semua dapat rasakan apakah yang akan berlaku right?

So puan ambillah iktibar dan berjuanglah dgn penuh yakin, sabar dan tawakal dan jangan berhenti even mahkamah mengatakan Puan silap. Buka lagi kes utk kemahkamah lain sehingga Puan menang dan yakinlah yang Puan akan menang !!

LAKUKAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT PUAN !!
Allah sentiasa bersama orang2 yang benar.
Andai nasib tidak menyebelaahi, janganlah Puan halalkan dan tuntutlah ia diakhirat nanti.
Jangan biarkan sifat kasihan dan memaafkana itu mengalah kena aPuan berhati mulia, tapi fikirkan ada beribu2 lagi selain seminar yg Puan sertai yang menghadapi masalah yg serupa tapi tiada keberanian atau tiada OTAK utk bertindak dan menggangap sudah nasib diri.

LAKUKANLAH DENGAN NIAT DEMI BANGSA AGAMA DAN NEGARA KERANA ALLAH TAALA.

Selamat berjaya saya doakan..Alfatihah buat usaha yang akan Puan tempuhi..Alfatihah..

haih... macam macam laa... kena hati2 kalau nak masuk kursus2 mcm ni...

dr azizan ajar mcm mana nak jadi jutawan...ambil duit yuran..kena kan cas yg mahal...tapi dia ada ajar ke atau bantu macam mana nak daptkan MODAL utk berniaga sampai jadi jutawan..??? chehh mmg penipu besau...dia tau semua org melayu nak jadi jutawan..sbb tu dia Gunakan strategi ni utk kenakan ORANG2 MELAYU YG BANGANG...

ni lah nama dia , kita tolong kaya kan dia , tapi selama aku hidup , tak pergi pon seminar macam ni , semua ni dari kita , kalau kita rajin dan berkat usaha , pon boleh kaya ...

Lawati blogspot tie ye.... http://tieviolet.blogspot.com/

Kalau pikir logik pun..takkan dia nak buat personal coaching..setahun ada 365 hari..buatnya yang berdaftar beribu orang..takkan kerja dia nak menghadap skype je. bila masanya dia nak buat seminar? dari situ dah nampak tak betulnya. Jangan terlalu percaya janji manis. Nak jadi kaya raya, tak adanya yang akan bagitau kita dalam masa yang singkat macam tu. Belajar dari pengalaman.

Saya juga pernah terkena ,pada mulanya yuran rm50 untuk 3 jam sessi taklimat,bisala Rm50 hanya borak2 kosong je,tetapi dalam tu dia cucuk jarum sape nk kelas yg lbh advance bayar rm4999,deposit mlm tu juga rm100 akan dapat hadiah istimewa,saya pun salah seorang yg excited nk belajar,bayar la juga,berebut2 dgn 100 org yg lain,sampai masanya saya x dapat juga tambahn modal tersebut,ye la rm3999 pada masa tu amat besar sgt nilainye,berkali2 saya telefon minta refund deposit sebab dia kan dh jutawan,apa ada dgn rm100 tu,tp jawapan dr staff beliau amat mengecewakan,akhirnye selepas 3 4 kali call x dapat juga refund tersebut saya pujuk hati ni yg rm100 tu saya sedekahkan je kepada beliau seorang jutawan,semoga beliau bertambah kaya dan berjaya dgn menipu orang2 susah macam saya,sekian....

Biasa la, iklan je gempak.
Mgkin 10k org join sminar ni, tp 2 org je brjya, so muka 2 org tu la yg akn msuk pper.
Blh pk logik kn.

saya belum pernah pergi ke seminar DAO berminat tapi masih belum berkesempatan,..takut jugak bila dengar kes nie...semoga ia menjadi pengajaran untuk hari-hari yang akan datang...jemput singgah di blog saya
http://mardhiahzulkifli.blogspot.com/
terima kasih

salam semua..saya pernah pergi seminar DAO. itupun ada org sponsor. apa yang saya perhati isi seminar dan tips perniagaan boleh sahaj didapati dari buku..baca dan belajar sendiri kemudian amalkan. itu sahaja. tidak perlu pergi seminar sehingga berbelanja beribu ringgit. seminar usahawan yang kerajaan anjurkan pun banyak. pergi kursus dan boleh dapat sijil lagi. DAO ada beri sijil ke? saya pun tak tahu apa yang kita perlu sandarkan kejayaan yang dia dah capai. apa bisnes dia sebelum ni? dia ada bagitahu dalam seminar tapi mana buktinya?? wallahu a'lam

peluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !

sesuai untuk :
# pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
# peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
# penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
# penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan

MEMPERKENALKAN !!!
Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..

Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..


Produk Yang Disediakan :-
* umobile
* Digibill
* Celcombill
* digi
* digisidd
* altelpin
* xoxpin
* maxis
* Digisocial
* Digisabahsarawak
* Molpin
* redtonebill
* merchantrade
* digiinternet
* Buzzme
* xox
* italkpin
* idflexi
* celcom
* Digibroadband
* tron
* umobile bill
* clixterpin
* friendsipin
* tunetalk
* maxisbill

Utility Bill :-
* Astro Bill

UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA
ATAU
BOLEH LIHAT TERUS DI LAMAN WEB BERIKUT
http://i2isyah92.wix.com/bisnestopupgempak

Saya hadir IMKK Oktober 2014 di MIECC, The Mines Serdang. Saya hanya mampu miliki tiket General paling murah. Diberi Tag Nama, tali warna hitam.

Hari kedua saya ingin solat berjemaah di surau aras 2. Tapi dihalang oleh seorang crew Richworks berjantina perempuan. Dia tidak benarkan saya berjemaah di surau tersebut dan arahkan saya turun ke ruang aras 1.

Saya pelik kerana sebelum ini tiada siapa pun melarang saya solat di situ. Crew perempuan itu berkata, surau aras 2 hanya dikhaskan untuk peserta 'Super Supreme' yang dapat Tag nama tali warna Merah sahaja. Saya jawab, adakah solat berjemaah pun kena ikut kasta?

Crew Richworks jawab, peserta Super Supreme perlukan privasi dan tak mahu diganggu oleh peserta lain. Saya jawab, solat Jemaah pun nak privasi?? Solat pun kamu masih sombong depang tuhan?? Adakah solat itu akan tercemar jika yang ikut berjemaah bukan tag tali merah??

Kamu sebagai orang Islam sepatutnya galakkan orang solat berjemaah bukan halang orang solat! Kekadang saya terfikir sungguh berani seorang Islam berfikiran begitu! Padahal dalam program tersebut penceramah yang bergelar Jutawan asyik memancing peserta dengan lagaknya seorang agamawan yang dermawan dan berusaha memukau audiance sehingga mampu menarik duit yuran puluhan ribu ringgit dari mereka. Hakikatnya, team Richworks amat sesuai dengan nama mereka iaitu mereka hanyalah golongan kapitalis yang lapar pada nilai ringgit sahaja.

Saya buat keputusan untuk tinggalkan program IMKK 2014 pada hari itu juga dengan ayat 'Pergi jahanamlah kamu wahai pendusta Agama"


erm... nak kaya harus ke pergi seminar dgn yuran yg mahal2... sy xpercaya konsep kekayaan islam ini. Maafkan saya klu pendapat ini menyinggung mana2 pihak. bagi sy klu btl nak menolong sesama kita utk jd jutawan tdk harus mengenakan bayaran mahal... Allah tahu apa yg dibuat ikhlas atau tidak... go straight to Allah Ya Razzaq, Ya Qhani, Ya Mughni.... Dia yg maha memberi rezeki, yg maha kaya dan lagi mengkayakan... Buat la apa saja kerana Allah buang niat dunia insyaAllah dunia akan kejar anda....

DOA ni penipu. Orang melaka arwah bapak dia dudok tengkera melaka.

Bekas janda dia dudok tmn pandan melaka cukop aku kenal .

Cukop2 la buat menda2 ni. Xde faedah. Yang bodohnya orang2 melayu kita yang masih terpengaruh dgn penipuan ni semua.

Kesian.

Tak baik kata DAO penipu .
Mungkin ada kes terpencil yang team dia terlepas pandang.
Manusia mana yang tidak buat silap .
Ya , betul tidak semua orang yang hadir seminar dia yang berjaya , tapi ada segelintir yang berjaya .
Ramai orang masuk Univ. dengan yuran berpuluh2 ribu , adakah semua akan berjaya dengan cemerlang? Yang gagal pun ramai .
Jadi ia bergantung kepada banyak faktor , bukan faktor mentor atau penceramah atau pensyarah sahaja .

Kalau kita belum pernah hadir , lagi berdosa bila buat fitnah macam2 kat DAO .

Kalau dah pernah hadir tapi belum berjaya , kita perlu muhasabah , berdoa dan cuba lagi . bukan salahkan orang lain .

Wallahua'lam .

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.