-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 1 Oktober 2013

APA BEZA ROKOK NAIK DAN MINYAK NAIK??

PEMBACA

Nak tau apa bezanya bila rokok dan minyak naik?? Disini penulis kongsikan beza nya supaya kita sama sama dapat berfikir SESUATU yang mungkin mampu mengubah pendirian kita ,mampu mengubah AYAT AYAT KURANG CERDIK SEPERTI INI...." ROKOK NAIK TAK KECOH PUN...MINYAK NAIK KECOH KEMAIN".

Apabila minyak naik harga dan cuba diubah bunyinya oleh Timbalan Menteri Ahmad Malas eh! Mazlan..." SUBSIDI DIKURANGKAN ", rakyat kecoh tak kira penyokong kerajaan mahupun pembenci kerajaan. Sama-sama pakat marah dan nyatakan tidak puas hati atas kenaikan harga minyak...


Sebab?? Minyak adalah raja segala duit ....bila minyak naik harga semua barang lain akan turut naik ....kerana apa?? Kerana setianya "BARANG LAIN " pada raja mereka iaitu Minyak. Buktinya anda pergilah ke mana mana kedai sekarang dan LIHATLAH PROSES KENAIKAN BARANG yang berlaku TANPA BOLEH DIKAWAL...

Jangan cakap sombonglah kononnya penyokong kerajaan TIDAK TERASA DAN GEMBIRA DENGAN KENAIKAN INI...berpijak lah dibumi yang nyata, sampai bila kita terus dibuli dan dijadikan kuli.... Kita harus sedar membantah bukan bererti kita membenci kerajaan,pengkhianat negara......cuma kita harapkan sedikit KESELESAAN hidup ...itu saja betul tak? Kan ianya sama juga bila kita marahkan anak yang tak solat...tak kan kita dituduh bencikan anak pula.

Tak perlu juga KUATKAN FAKTA untuk menyokong kenaikan harga minyak   dengan fakta membandingkan minyak negara kita dengan negara luar kerana bukan penduduk luar negara macam Thailand dan Singapura pun yang BERI KITA PENDAPATAN...bayar CUKAI pada kerajaan dan mereka tiada kaitanpun dengan kesukaran dan kesempitan hidup kita kerana Kita disini dan tetap juga akan disini. 

Eh! Macam lari tajuk dah ni...?? Tidaklah, sebenarnya penulis nak membuktikan semua orang kecoh dah gelabah sebab harga minyak naik tak kira penyokong mahupun pembangkang...dalam kecoh itu pelbagai fakta dan auta akan keluar macam penulis taipkan diatas..

DAN yang pasti TIADA SIAPA NAK BANDINGKAN HARGA ROKOK NEGARA KITA dengan negara luar untuk dijadikan alasan membantah KENAIKAN HARGA ROKOK...! LEBIH PASTI JUGA LAGI , TIADA SIAPAPUN SANGGUP TUKAR PARTI dari kerajaan kepada pembangkang KERANA ROKOK NAIK HARGA.......nampak bezanya?

Seterusnya, Adakah KECOHNYA sama seperti kesan kenaikan minyak?? TIDAK KAN...Cuma yang kecoh dan susah hati perokok tegar dan segar macam penulis ni...Anda lihat media sosial Facebook dan Twitter  MURAM dan suram tanpa banyak isu kenaikan harga rokok di bincangkan...

OK... ANDA DAH NAMPAK JELAS  BEZANYA?? FAHAMI LAGI FAKTA INI

Kita harus ingat, tak semua rakyat ini adalah perokok dan kita juga harus INGAT....JUMLAH jantina yang banyak dalam negara kita ialah wanita dan kita juga harus yakin dan sedar bahawa PENGUNDI WANITA ITULAH penentunya siapa menang siapa kalah........... dannnnnnnnnn....kita HARUS TAHU, TAK SAMPAIPUN 10% wanita merokok tapi MEMANG BENAR 100% wanita adalah pembeli dan pengguna barang barang keperluan YANG SEDANG NAIK HARGA DENGAN MERIAH ITUUU........

FIKIR ....FIKIR...........



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.