-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 30 September 2013

ANDA PATUT TENGOK! KECURIAN DALAM MASJID JADI ISU PANAS

PEMBACA

KES KECURIAN DALAM MASJID MEMANG KERAP BERLAKU dan dibawah ini penulis sertakan satu bukti bagaimana kecurian dilakukan semasa jemaah sedang solat....Untuk mengelakkan masalah ini, pemasangan CCTV dilakukan. MALANGNYA ADA PIHAK PULA MENIMBULKAN PERSOALAN DIBAWAH......

Bolehkah CCTV dipasang dalam masjid TERUTAMA DI RUANG SOLAT WANITA?? Tidakkah ini MENGGANGGU JEMAAH WANITA NAK BERTUKAR PAKAIAN ATAU LAINNYA...TIDAK TERDEDAHKAH AURAT MEREKA ? TIDAK MUNGKINKAH TERJADI ADA AJK MASJID YANG MENGINTAI PERBUATAN JEMAAH WANITA INI MELALUI CCTV??

Baiklah.......kita buka minda kerana setiap orang boleh memberi pendapat  ....

Apa tujuan sebenar CCTV dipasang dalam ruang solat wanita?? Itu persoalan pertama yang perlu kita faham...pastilah untuk membuktikan kesalahan YANG DILAKUKAN  seseorang seperti mencuri atau sebagainya...TIDAK ADA SATU FAKTA PUN YANG DAPAT MENYAKINKAN BAHAWA CCTV DIPASANG UNTUK INTAI ORANG terutama dalam masjid....malah jika kita tanya yang mengintai orang melalui CCTV pun dia tak akan mengaku mengintai...betul tak?? 
Isu buat jahat seperti mengintai ini sebenarnya adalah umpama kita memperlekeh teknologi dan kemudahan yang ada...bayangkan jika PENCURI DALAM MASJID ITU DITANGKAP tanpa menggunakan CCTV dan beliau TAK MENGAKU SALAH...masuk Mahkamah dan TANPA BUKTI pencuri itu dilepaskan.......NAH!! Siapa nak tanggung kesalahan SI PENCURI INI?? Pastilah kita YANG MEMPERTIKAI PENGGUNAAN CCTV dalam masjid tersebut .

Persoalan ke dua...kenapa ruang solat wanita juga dipasang?? OK...Wanita ialah kaum yang lemah, dan jika kita ikuti kes kecurian yang berlaku dalam masjid....KEBANYAKKANNYA BERLAKU DI RUANG SOLAT WANITA kerana mereka yang membawa beg ....JARANG kita nampak orang lelaki bimbit beg nak solat dalam masjid kan...

Persoalan ke tiga, isu intai tadi...bila dipasang cctv dalam masjid yang akan mengemaskini dan melihat kembali rakaman cctv ialah AJK masjid...bukan orang luar. Siapa AJK Masjid?? Mereka ialah orang yang diberi amanah untuk mengurus dan menjaga rumah Allah...dan kita yang lantik mereka jadi AJK masjid....

OOOO.......Jadi disebabkan dia AJK Masjid kita tak boleh tuduh dia mengintai lah?? Tidak semestinya...Isu dia mengintai ke tidak itu isu dia dan Allah...JIKA ALLAH HENDAK TUNJUKKAN DIA MENGINTAI..ALLAH AKAN BUKTIKAN PADA KITA...tugas kita cuma memastikan AJK Masjid yang hendak dilantik itu orang yang KITA YAKINI jujur dan amanah...

Persoalan ke empat...sebenarnya CCTV itu selalunya akan dilihat JIKA ADA KES seperti kecurian dan kerosakan sebagai contoh...Jika tiada sebarang kes, rakaman itu akan terpadam atau dipadam oleh pengendalinya... JADI DIMANA ISU MENGINTAI DISINI??

Persoalan ke lima...Jemaah Wanita TERDEDAH AURATNYA jika dipasang CCTV...oklah! Tanya diri anda...anda hendak lihatkah aurat wanita yang membuka tudung dalam masjid?? Anda hendak intaikah?? Jika anda jawab Iya...maknanya andalah yang salah...wanita @ jemaah dalam masjid tidak salah sebab bukan dia SENGAJA NAK DEDAHKAN AURATNYA PADA KITA.........

Itulah pendapat penulis...sebenarnya kita perlu FAHAM TUJUAN sebenar CCTV dipasang jadi segala keraguan mengatasi Munasabah itu dapat kita elakkan...ambillah yang elok bukan CUBA MENGHUKUM APA apa yang dirasakan tak elok.

Disini penulis lampirkan lagi pendapat sebahagian yang bersetuju DAN TIDAK  dengan langkah ini...


INI RAKAMAN VIDEONYA


Sumber - Disini - Klik Like untuk sokong mereka ni......


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.