-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 14 Mei 2015

KURANG AJAR DAN BIADAP SYARIKAT NI...ANDA SETUJU?

PEMBACA

MENGHINA untuk mendapat keuntungan,lebih sedih lagi menggunakan nama orang yang telah tiada...itulah yang dapat penulis simpulkan apabila permainan "Game" atas nama MASLAN dicipta .....

Adakah kita setuju dengan kelakuan ini??

Memang kita marah pada Ahmad Maslan diatas tindak tanduknya terutama melibatkan jawapan untuk GST....tetapi pada pandangan penulis,tidak patut kita melibatkan ayahnya yang telah tiada......Rujuk nama sebenar beliau dibawah.....


Kenapa tidak digunakan nama lain oleh syarikat pembuat permainan ini? Contoh Ahmad GST ataupun tembak GST.......?? Jika anda baca penjelasan Syarikat terbabit dibawah, mereka menafikan permainan ini ditujukan pada Ahmad Maslan, tetapi UMUM SUDAH TAHU wajah siapa yang jadi mangsa dalam permainan ini, umum juga sudah tahu PADA SIAPA PERMAINAN INI DITUJUKAN ......rujuk juga syarikat ni sebut VIRAL....kan nama Ahmad Maslan jadi Viral sekarang ni?? Amat mustahil permainan mereka INI LAKU JIKA TIADA KENA MENGENA DENGAN AHMAD MASLAN.....YE DAK?






Kenyataan Ahmad Maslan dan syarikat terbabit untuk rujukan anda.....

Pereka permainan Android yang menampilkan watak mirip Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini melancarkan sebuah lagi permainan hampir sama dinamakan “Tampar Maslan” pula.

Permainan itu memberi peluang kepada pengguna telefon pintar yang kecewa dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk menampar antagonis tidak dinamakan, tetapi mirip Ahmad.
Ketua pegawai eksekutif (CEO) Vnbox Trading and Services Sdn Bhd (Vnbox) memberitahuMalaysiakini bahawa permainan itu sebahagian idea pemasaran “viral” bagi mempopularkan perkhidmatan mereka.

Semalam, permainan menembak zombie menggunakan senapang dan lastik itu dinamakan “Maslan 3.85 extended version” (atas), dipercayai memperolok nilai Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) semasa menuntut, dikesan.

Diperkenalkan Vnbox Sdn yang beralamat di Ipoh, ia memaparkan watak zombie mirip Ahmad yang berpakaian compang-camping, bergigi rongok dan kepala pecah.

Di poket bajunya pula diletakkan tulisan GST.

Ahmad: Jangan hina ayah saya

Ahmad dalam tweetnya hari ini meminta orang awam dan pereka permainan itu tidak menghina bapanya.

“Ayah saya sudah tiada; tolong jangan hina dia. Maslan adalah seorang penoreh getah yang miskin dan buta huruf," tweet beliau hari ini.
Vnbox bertegas bahawa watak dalam permainan mereka tiada kena mengena dengan Maslan.

“Walaupun spekulasi mengatakan permaitan ini dibuat khas kerana individu tertentu, namun telah dinyatakan di aplikasi tersebut, watak Maslan tiada kena mengena dengan mana-mana individu mahupun pihak berkaitan,” tegas beliau.

Vnbox turut menyatakan mereka mengeluarkan beberapa lagi aplikasi yang berkait isu-isu sosial pada masa akan datang.

Aplikasi tersebut tidak terhad kepada permainan, malah mereka telah pun merancang aplikasi kuiz dan interaktif untuk dilancarkan pada masa akan datang.

Beliau mengakui permainan zombie itu ditarik balik tengah malam semalam daripada tapak muat turun Google Play kerana sedikit masalah.

Ia bagaimanapun, kata syarikat itu lagi, dimasukkan semula hari ini setelah dibaiki.

“Sambutan sememangnya dijangka namun ia terlebih dahulu dipopularkan sebelum kami sempat melancarkannya secara tepat.

“Bagaimanapun ia tidak menghalang strategi asal kami,” kata beliau. 

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

1 Mesej diterima:

salam;
memang dh amalan dari dulu bila anak buat perangai atau jahat emak bapak yang kena...sebab tu org dulu2 berpesan dengan anak mereka supaya jaga nama baik keluaga sbbnya mcm nilah..bila anak buat hal bapak yang jadi mangsa...selalu kta denga 'anak siapa tu'...........inilah sikap segelintir org kita sejak nenek kita lagi kalau kita rasa boleh ubah amalan ubalah.

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.