-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 15 Mei 2015

FAKTA PESAKIT STROK YANG PERLU KITA TAHU

PEMBACA


Apa yang nak Nur kongsikan ni mungkin berguna untuk anda suatu hari nanti,mungkin juga ada yang telah alami apa yang Nur tempuhi sekarang....


KENA STROK sebenarnya tidak kira siapa baik yang muda mahupun yang telah berumur macam ayah Nur...


Memang banyak teori yang kita dengar tentang penyakit strok ni,paling banyak tentulah ada kaitan dengan hantu syaitan,jin dan sebagainya,ini tidak Nur nafikan kerana keadaan pesakit strok akan bertambah sukar dan susah nak dijaga jika mereka ada MAKHLUK lain dalam badannya seperti SAKA. 

Namun,dari segi fakta sains, kebiasaannya berlaku pendarahan dikepala yang menyebabkan salur darah tersumbat ,akibatnya ada anggota badan yang tidak mampu digerakkan ,ada juga yang hilang ingatan dan sebagainya.....

Berdasarkan pengalaman Nur yang terpaksa mengurus ayah yang tidak berdaya untuk mengurus diri sendiri disebabkan strok...ada pelbagai peringkat yang perlu kita ambil tahu iaitu.....


‪#‎Pesakit‬ strok yang berumur lebih sukar untuk kita jaga kerana kerenahnya akan jadi seperti kebudak budakan...Peratus untuk sembuh bagi yang berusia memang rendah kerana mereka seolah olah sudah LEMAH SEMANGAT UNTUK KEMBALI KUAT, kebanyakan peratusan yang tinggi untuk sembuh selalunya pada yang berumur bawah 50 tahun,kenapa? Pastinya kerana pada umur bawah 50 mereka masih punya kekuatan untuk kembali sembuh.


#Pesakit strok selalunya akan bertukar watak jadi bengis dan cepat MARAH walau atas hal yang kecil, kita yang menjaga mereka akan sentiasa dimarahi malah ada juga yang dimaki hamun, dalam bab ini,kita jangan ambil hati atau mudah terasa kerana KITA PERLU FAHAM, seorang pesakit strok pasti akan alami gangguan perasaan kerana SEBELUM NI DIA BOLEH BERJALAN,KINI TIDAK! Sebelum ni dia mampu bercakap,kini tidak! Banyak benda yang dia boleh buat dulu kini tidak dapat dia buat sekarang,pastinya ini semua membuat dirinya tertekan dan SEAKAN TIDAK dapat menerima hakikat dirinya sekarang.


‪#‎Berbalik‬ pada isu jin atau saka yang Nur sebut diatas, kita ambil pendekatan mudah begini,segalanya bergantung kepada empunya badan untuk melawan,jika dirinya kuat, syaitan manapun tidak dapat menguasai diri...Apapun kita kena rajin berusaha untuk membuang andai kata SAKA atau makhluk itu ada dalam badannya,kita pula perlu terus memberi dirinya semangat untuk melawan.


Secara peribadi memang susah dan mencabar terutama ayah sendiri yang diserang strok,kerenahnya kekadang membuat kita tercabar,kita sendiri tertekan...tapi jika kita fikir dengan baik...kita bandingkan pula pengorbanan ayah,titik peluh ayah ,keringat ayah yang susah payah untuk MEMBESARKAN KITA, bukannya kita seorang,mungkin adik atau abang kita,ayah terbukti berjaya, tapi kita cuma perlu menjaga dia seorang? Patutkah kita merungut? 

Semasa menjaga ayah yang sakit inilah kita akan nampak rupa rupa tersembunyi adik beradik termasuk saudara mara. Nur bersyukur kerana adik adik Nur sentiasa bersama dan bergilir gilir untuk menjaga ayah walau termasuk Nur sendiri ada tanggungjawab untuk untuk suami,anak dan kerjaya.

Paling sedih dan teruk pastilah emak yang perlu sentiasa berada disisinya, sungguh berat bebannya ,sungguh mencabar jadinya, tapi semua itu kita perlu hadapi kerana BAHAGIAN KITA NANTI cuma ALLAH yang tahu macam mana.

Semoga beban yang diberi ini satu PERINGATAN BUAT KITA,Ameen. 


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.