-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 29 Mei 2015

ADAKAH INI PUNCA GAJI ADUN PAHANG DINAIKKAN?

PEMBACA

Kecoh dalam media sosial tentang gaji Adun Pahang dinaikkan melebihi sekali ganda..Pelbagai pendapat termasuk kritikan diberi.

Ini berita nya...baca dulu .....
Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1980 (Pindaan 2015) yang menyaksikan kenaikan elaun 42 anggota Dewan Undangan Negeri daripada RM4,100 kepada RM11,000 sebulan, berkuat kuasa 1 Jan lepas.

Terdahulu, rang undang-undang bagi pindaan itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan disokong oleh Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail (BN-Pulau Tawar).

Adnan (bawah) berkata elaun ADUN Pahang kali terakhir disemak pada tahun 1980 dan ia telah ditangguhkan terlalu lama berbanding negeri-negeri lain yang telah melakukan pindaan.
"Cadangan pindaan ini kita telah ambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

"Jika elaun dinaikkan para ADUN dapat memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat," katanya yang kemudian mendapat sokongan majoriti ADUN termasuk ADUN pembangkang.

Choong Siew Ong (DAP-Tras) yang menyokong kenaikan elaun itu berkata elaun yang tinggi memberi lebih peluang kepada ADUN menjadi 'wang tunai segera' khususnya dalam membantu rakyat yang ditimpa kesusahan atau kes kecemasan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian.

"Ia juga dapat menjadi penjamin kepada para pelajar yang ingin memohon biasiswa bagi meneruskan pelajaran mereka," katanya yang mahu elaun ditingkatkan kepada seberapa tinggi yang kerajaan negeri mampu berikan.

Persidangan itu juga meluluskan usul mencadangkan pelantikan Pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun dan Ketua Wanita UMNO Kuala Krau Norahan Abu Bakar sebagai anggota Dewan Negara selama tiga tahun.

Persidangan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

- Bernama

Rata rata komen rakyat bahawan ialah KRITIKAN dan luahan rasa tidak puas hati kerana disaat kita terpaksa mengikat perut,ADUN naik gaji...memanglah kembali juga ke kawasan tetapi bukankah setiap adun ada peruntukan khas mereka?? 

SOALNYA KENAPA NAIK GAJI ?? Pastinya untuk meraih sokongan DS Najib yang semakin hari tertekan dengan asakan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.....nampak??


Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.