Tweet |
Memang ramai pengguna jalan raya merungut kerana begitu banyak sekatan jalan dibuat untuk mencari mereka mereka yang MEMEGANG REKOD dunia saman terbanyak.
Macam mana kita nak hadapi situasi ini ??
Baca tips dibawah jika anda berani lakukannnya.....
SUATU HARI DI JALAN RAYA...
Jai (bukan nama sebenar) sedang memandu kereta dari Kota Bharu ke KL melalui Lebuh raya Pantai Timur (LPT). Apabila tiba di suatu tempat ada Polis buat Operasi (Ops Warta Khas) untuk mencari pemilik saman yang enggan membayar saman. Kata SAC Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, ada lebih kurang 1.9 juta saman tertunggak dan waran tangkap yang belum selesai.
Polis: Encik... tolong ke tepi ya...
Jai pun memandu ke bahu jalan dan berhenti.
Polis: Mintak IC & Lesen Encik.
Jai keluarkan lesen & IC. Alhamdulillah lesen memandu masih hidup. Setelah memeriksa IC & Lesen Jai, Polis tersebut berkata.
Polis: Encik, ikut rekod kami, encik ada 15 saman tertunggak dan 1 waran tangkap. Jadi Encik kena ikut saya ke Balai.
Jai: Boleh tunjuk pada saya rekod yang encik kata tu?
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.
Polis pun tunjuk kepada Jai rekod dalam komputer dan kemudian diprintkan kepada Jai.
Jai: Owhhhhhh ini rekod saja... mana samannya?? Saya tak pernah tau pun ada saman. Ini rekod saman ke notis? Yang waran tangkap tu kes apa? Bila saman keluar? Bila saya kena pergi mahkamah?
Polis: Encik, setakat sekarang ni, ini ja yang saya boleh tunjuk. Kalau encik nak lebih lanjut sila ke ikut saya balai.
Jai: OK la kalau macam tu jom kita ke balai. Saya pun nak juga tahu saman apa yang saya ada & waran tangkap tu kes apa.
** Rajin ke polis tu nak bawak Jai ke balai dalam dok tengah kalut operasi??**
Kalau ke balai. Di balai.
Polis: OK encik ini senarai saman dan waran tangkap yang encik ada.
Jai: Sama je, itu hanya rekod. Saya nak tengok saman. Nak tengok waran tangkap. Sebab saya nak tahu yg dlm rekod tu betul saman ke notis. Kalau encik tak boleh bagi sekarang, saya nak balik dulu. Saya ada kerja lain lagi nak buat.
Polis: Tak boleh macam tu Encik, kami ada bukti Encik ada saman tertunggak.
Jai: Ya la encik ada bukti tapi mana buktinya? Yang encik tunjuk tu rekod tapi mana samannya? Kalau tak ada, encik ambil nombor telefon saya, nanti bila ada bukti boleh telefon saya ya.
PEGUAM ZUL HAZMI SHARRIF
Bila baca tips diatas,ingin juga penulis kongsikan beberapa tips yang sebenarnya tidak pernah diambil tahu oleh kita.....
1- Saman jalan raya sebenarnya tidak boleh DIKENAKAN jika anda berada bukan diatas jalan raya seperti contoh, anda lalu ikut tepi jalan......Kerana itu kita biasa nampak banyak lori atau kenderaan sanggup berenti ditepi jalan kerana didepannya ada sekatan.
2. Saman cuma boleh dikenakan diatas jalan yang ada garisan putih putus putus yang biasa kita nampak tu yang biasanya kita panggil jalan awam...contohnya anda disaman diatas JALAN kampung didepan rumah anda,sebenarnya tidak boleh kerana itu bukan JALAN AWAM. Pernah nampak tak polis atau trafik buat sekatan jalan raya dalam KEBUN ATAU LADANG SAWIT?? Tiada kan ,yang ada sekatan lain seperti mencari Pati dan sebagainya.
3. Jika mengikut undang undang, setiap sekatan jalan perlu ada PAPAN TANDA...tidak boleh anda yang sedang asyik memandu triba triba MUNCUL ANGGOTA TRAFIK dari dalam semak menahan anda...kenapa? Kerana ianya membahayakan bukan saja anda tetapi juga anggota tersebut.
Tweet Follow @JOMGELAKFM #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan