-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 April 2015

KANTOI KAH TAN SRI MUHYIDDIN DALAM KISAH BRIM

PEMBACA

Kadang kala berita yang dipaparkan itu boleh menyebabkan ianya lebih kantoi terutama apabila kita melihat dalam situasi sebenar yang berlaku......



Contohnya dalam berita dibawah......

Hasil daripada pengurusan ekonomi negara yang baik, kerajaan dapat meningkatkan pendapatan per kapita rakyat daripada AS$4,000 pada  2000 kepada AS$10,426 pada tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar, kiri) berkata kejayaan itu dicapai walaupun terdapat beberapa kekangan daripada luar sejak 15 tahun lepas.
Katanya kekangan itu termasuk krisis DotCom pada 2000, krisis kewangan global berikutan masalah hutang subprima Amerika Syarikat, krisis hutang beberapa negara Eropah pada 2010 dan isu kejatuhan harga komoditi termasuk minyak sawit dan getah selain tekanan ke atas ringgit berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat pada masa ini.
"Kalau ekonomi negara tidak berkembang, tidak mungkin bilangan pelabur PNB (Permodalan Nasional Berhad) boleh meningkat begitu pesat dan tidak mungkin rakyat mempunyai lebihan pendapatan untuk melabur dalam unit amanah PNB," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2015 anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Dataran Bandar Sibu di Sibu hari ini.
Turut hadir ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid serta Presiden dan Ketua Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Muhyiddin berkata pada tahun lepas sahaja, PNB berjaya mengagihkan dividen dan bonus berjumlah RM13.98 bilion, menjadikan keseluruhan dividen dan bonus yang diagihkan bagi tempoh 2000-2014 adalah RM99.98 bilion.
Katanya jumlah itu jauh lebih banyak berbanding RM29.38 bilion bagi tempoh 1981-1999.
Mengenai MSAM, timbalan perdana menteri berkata program yang memberi fokus kepada pendidikan pelaburan itu dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh melibatkan penyertaan rakyat pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Beliau berkata pencapaian PNB dalam mengurus 12.31 juta akaun pelabur dengan jumlah 202.23 bilion unit dalam edaran menyemarakkan lagi industri unit amanah, pengurusan dana dan pasaran saham.
Katanya melalui skim unit amanah PNB, rakyat di negara ini berpeluang untuk memiliki sebahagian daripada kekayaan ekonomi negara dengan melanggan unit amanah yang ditawarkan.
MSAM 2015 yang bertemakan "Pelaburan 360 PNB" itu berlangsung dari 19 hingga 27 April ini. – Bernama, 20 April, 2015.

Apa yang kantoi?? Yang kantoi ialah apabila OTAK KANAN ANDA boleh berfikir......

Jika pendapatan perkapita rakyat NAIK , kenapa DISALURKAN BRIM??

Kenapa jumlah penerima BRIM makin naik setiap tahun seperti data terakhir yang dikeluarkan dibawah ni...(Sib baik 2015 belum dikeluarkan lagikkk.....adeh)

Paling PELIK , jumlah BRIM pula meningkat hampir seribu ringgit ......
BETUL TAK?

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.