-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 25 April 2015

ADAKAH PENEROKA LUPA?

PEMBACA

Suatu ketika dulu........

Beberapa pemimpin pembangkang diherdik dan dimaki hamun, para peneroka yang membantah projek saham FGV akan dianggap sebagai pengkhianat....

Pelbagai tohmahan dilemparkan hingga Perdana Menteri sendiri menyebut perkataan HARAM JADAH .......

Tapi kini.....semua itu peneroka lupa ...semua itu peneroka tidak mahu ingat....maka tangan pengkhianat  inilah yang disambut ,tangan pengkhianat  inilah yang dicium ......

Peneroka juga lupa yang setiap bulan mereka pula terpaksa membayar hutang akibat kejatuhan saham FGV yang kini boleh disebut RUGIIIIIIIIII sedangkan pengkhianat ini tidak keluar SESENPUN atas kerugian tersebut berbanding jumlah saham yang dimilikinya..........!!!


MENARIK JUGA UNTUK DIBACA......

Di sebalik 1MDB, satu lagi projek kesayangan DS Najib adalah FGV. Ia tidak seglamor 1MDB mungkin kerana hanya melibatkan masyarakat peneroka. Namun jika FGV tidak dikendalikan dengan betul, padah bakal menunggu UMNO kerana felda menyumbang 54 kerusi parlimen, satu jumlah yang amat besar.
Jadi, apa yg berlaku kepada FGV ketika ini.
Layan....
FGV ni dulunya 100% Felda punya selepas Felda dikerah melabur di US & Canada. Di bwah FGV ada Felda Holdings yg dikuasai 49% oleh Felda dan 51% dikuasai Koperasi Pemodalan Felda sebuah koop milik peneroka dan staff. Tahun 2009, Felda membeli sykt gula Kok Bros. MSM kemudiannya disenaraikan di Bursa. Bila dah seronok MSM listing, timbul lah idea nak listing FGV.
Kempen listing FGV ibarat hendak pergi berperang. Siang malam heboh satu negara. Seribu janji ditabur kepada peneroka. Akhirnya sebelum listing, dapatlah peneroka durian runtuh RM15 ribu seorang.
Ringkaskan cerita, ketika FGV hendak disenaraikan, Pengurusan Tertinggi Felda yg menyuarakan beberapa hal mengenai masa depan Felda , telah dikenakan tindakan luar biasa. KP Felda dihantar bertugas ke Rome.
Timbalan2 & Pengarah Kanan dipeti sejuk dan dipoolkan. Antara isu yg dibangkitkan ialah masa depan felda yang kehilangan pendapatan tahunan berbilion ringgit setahun kerana menyerahkan tanah milik Felda kira2 900ribu ekar utk tujuan listing. Isu lain ialah bagaimana Felda boleh sustaine dan menjalankan operasinya tanpa peruntukan dan masa depan Koperasi Permodalan yg terumbang ambing akibat pengstrukturan yg dibuat oleh FGV.
Menteri yg jaga Felda iaitu M. Najib tidak mengendahkan pandangan pengurusan Felda. Sebaliknya Najib mesti meneruskan penyenaraian FGV. Arahannya kpd Isa Samad jelas. By hook or by crook, FGV must on. Isa menjadi org terpenting dan sgt dipercayai oleh menterinya. Tiada siapa bole nafi.
Sesudah dilisting, harga melonjak sekejap atas RM5. Kemudiannya turun berputar2 RM4 & hinggalah menjunam dari harga kaunter RM4.55 ke RM2.02.
Senario business dlm FGV tidak menentu. Business di US Canada hampir lingkup. Banyaklah pengstrukturan yg dibuat oleh CEOnya. Ini telah mengakibatkan pendapatan KPF terjejas.
Tahun 2014, FGV makin tenat. Lalu merengek meminta KPF menjual pegangan 51% dlm Felda Holdings. FGV berjaya membeli pegangan KPF dengan harga yg tidak manasabah dan sgt murah RM2.2 bilion. Selepas menguasai Felda Holding, saham FGV masih merudum. Sbbnya cost CPO semakin tinggi, capital exp yg sangat besar. Maklom lah FGV bayak duit lepas listing. Dibelilah Pontian Plant dan estate2 di Sarawak dll. Transaksi pembelian ini penuh tanda tanya kerana harga yg tinggi yg tidak masuk akal.
Yg jadi isu sekarang KPF sebuah kooperasi terbesar milik peneroka sudah terlepas pegangan dlm Felda Holdings. Tidak mungkin lagi KPF bole enjoy memberi dividen tahunan 15% kpd peneroka seluruh negara spt di masa lampau!
Felda terumbang ambing setelah hilang tanah 900 ribu ekar utk dipajak kpd FGV 99 tahun. Felda tidak mewah seperti dulu.
Felda hilang berbilion ringgit setahun. Sebaliknya Felda terbeban membayar cukai tanah, cess dan apa2 premium tambahan kpd state government ke atas tanah yg dipajak kpd FGV. Sgt pelik. Patutnya yg menyewa lah (FGV) membayar cukai. Kadar sewa pulak tak manasabah. Perkara2 ini lah yg dibangkitkan oleh top management Felda satu ketika dulu.
Isa Samad bukan saja menguasai FGV tetapi jugak Felda, Yayasan Felda, Felda Holdings, Felda Invest , dll. Dia tidak ada track record menjaga syarikat bursa. Akibatnya, pengurusan dlm FGV, Felda kian lemah dan tiada integriti.
Kawalan kos makin longgar. Ini telah sbbkan Felda alami defesit budget yg sgt ketara. Ada laporan menyebut, tunai Felda amat kritikal dan hanya boleh bertahan setahun dua saja.
Felda ada 54 seat Parlimen. Felda perlu bajet yg cukup untuk social program, sara hidup peneroka, duit raya bonus, 2nd gen education, menyara gaji staff, harta modal dll. FGV sudah lepas tgn kerana ia milik awam, tak bole membantu felda walau apa cara pun. Jika isu Felda tidak ditangani, jangan harap peti undi akan memihak kepada kerajaan
Tiada tanda2 PM Najib akan buat perubahan kpd pucuk pimpinan Felda & FGV kerana Najib masih berpegang kepada data undi PRU lampau. Tetapi isu dalaman & integriti yg lemah dl Felda akan pengaruhi masyarakat peneroka. Lihat lah betapa teruknya felda mengurus lot2 peneroka seluruh negara skrg sehingga pendpatan peneroka terjejas. Felda bukan lagi ikon land development authority tetapi lebih teruk dari agensi tanah pinggir.
Pembetulan ...sebelum FGV disenarai, tanah yg diurus Felda ada dua kategori. Satu, milik peneroka seluruh negara 10 ekar seorg luas 1.3 juta ekar. Dua, tanah komersial milik felda ( tidak berpeneroka) seluas kira2 860 ribu ekar dan bukannya 900 ribu ekar. Tanah ini lah yg dipajak kpd FGV 99 tahun utk tujuan listing....

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.