-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 28 April 2015

FAKTA BUKAN AUTA PRK ROMPIN ........Akal diberi untuk diguna

PEMBACA
Surat DS Anwar Ibrahim yang mula tersebar 

Penulis beri beberapa fakta bukan auta sempena #prkrompin termasuk #Permatangpauh,  fikirlah sejujurnya kerana ini semua realiti yang kita lihat ,baca dan rasai....

1- GST perlu untuk membangunkan ekonomi..... Kita rujuk sejarah yang tidak akan menipu kita kerana dalam sejarah yang telah berlaku ada fakta yang tidak boleh disembunyikan.....

Pada Zaman Tun Dr Mahathir, beliau buat beberapa projek mega seperti Proton,Menara Berkembar ,Plus dan sebagainya......Adakah Tun buat GST bagi laksanakan  semua projek mega beliau? Sebutkan 1 projek Mega yang dibuat DS Najib berbanding dgn jumlah hutang negara yang berlipat ganda TANPA ADA SATU PUN PROJEK MEGA BELIAU?

2- GST adalah cukai yang zalim,semua orang kena GST termasuk bayi yang belum lahir,tak caya? Tanya lah isteri anda atau orang perempuan yang mengandung, mereka ini tidak makan kah ? Mereka ini tidak perlukah makanan segar dan ubat ubatan untuk memastikan anak mereka lahir sempurna? Mereka ini tidak perlukah kesana kesini seperti ke klinik untuk buat pemeriksaan? Mereka ini tidak perlu bersediakah dengan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran bayi mereka nanti? Bukankah setiap gerakan UNTUK HIDUP mereka yang mengandung ini PASTI terkena GST? 

3. GST akan menyebabkan ekonomi lumpuh kerana dalam teori ekonomi,kita saling perlu dan memerlukan untuk merancakkannya, penulis beri contoh mudah untuk anda bayangkan sendiri ......pada akhir bulan ,duit penulis ada baki RM10 ,penulis beli sepasang kasut dikedai kasut, peniaga kedai kasut gembira kerana kasutnya laris lalu dia tempah lagi beberapa pasang kasut melalui pengilang....Pengilang pula mampu mengeluarkan beberapa jenis kasut baru bagi meraih minat pembeli..... Sekarang, cuba fikir andai kata penulis TIDAK MAMPU BELI KASUT , peniaga dan pengilang kasut diatas mungkin akan rugi .....Alah! Peniaga dan pengilang kasut saja rugi punnnnnnn....... (Mungkin ini yang akan dikata jika anda menggunakan otak kiri....) Tapi penulis jawab dengan otak kanan.....Siapa kata peniaga kasut saja yang rugi? Kerugian peniaga kasut juga menyebabkan banyak pihak yang rugi .......Apabila penulis beli kasut, peniaga kasut untung,bila untung dia perlu ke kedai makan untuk hidup selain berbelanja seperti beli baju,kereta dan sebagainya.....dalam peringkat ini berapa orang yang terlibat? Pasti anda boleh sudah boleh bayangkan jika penulis TIDAK MAMPU BELI KASUT ?? 

4. Tetapiii, dalam banyak banyak fakta, fakta dibawah ni yang paling PANAS jika anda mampu berfikir menggunakan otak kanan......

Andai kata  pada hari ini DS Najib UMUMKAN BAHAWA GST DIBATALKAN DEMI untuk ringankan beban RAKYAT ,mereka mereka yang selama ini MENYOKONG GST akan mengeluarkan kenyataan seperti dibawah.......

"Terima kasih Dato Seri kerana PRIHATIN MASALAH RAKYAT"

"Bukti BN mendahulukan rakyat "

" PM nampak kesusahan rakyat, terbaiklah .....kami sokong PM 100% "

Anda nampak tak permainannya? Sekarang ni mereka menyokong GST seolah olah GST itu tidak langsung bebankan rakyat, tetapi apabila DS Najib batalkan saja...terrrrtriba jer mereka MENGAKUI GST TU MEMBEBANKAN  , bak kata lagu "Sekelip mata KAU BERUBAH..."Adeh

......Ohhh Politik......berjuanglah dengan fakta BUKAN AUTA.......

Lazada Philippines #jadiviral #jadi hashtag viral #kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur #kantoiseranggoogle #seranggoogle

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.