-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 17 Februari 2015

KANTOI DI PEJABAT SENDIRI .......!! AWAK JANGAN GELAK

PEMBACA

"Saya datang nak jumpe Manager......" Kata seorang tamu pada Nur yang kebetulan sedang menyiapkan fail dimeja depan ofis....

"Dia cuti hari ni,maklumlah nak raya Cina nii...." Jawab dengan senyum....ahaks.

" Ehh!! Baru pagi tadi saya minum dengan dia...dia pesan datang ofiss tadiiiii...." Jawab pemuda tersebut. Nur tergamam sambil memerhati staf lain yang juga tergamam.

"Adeh! Encik salah ofis tak? " Nur inginkan kepastian.

" Tak kanlah.....saya yang hantar dia kesini tadi, ada syarikat guaman lain ke kat bangunan ni...." Eh! Nur pulak ditanya ......

"Err...tak dee.......Aduhhhhh! Camne niii......" Nur terus serba salah ...pening!!

"Saya nak bagi kunci kete dan ambil upah servis ketenya ni cik...dah siap......" Pemuda itu beritahu tujuannya sambil tergaru garu kepala.

"Haaaaaaaaa....dah siap ke Joeeeee......" Sedang Nur dan staf melihat sesama sendiri, ofis boy Nur keluar dari biliknya lalu menyapa pemuda tersebut.

"Haaaaaaa....tu Manager......" Kata pemuda itu lalu berlalu kearah beliau. Nur masih bengong dan tergamam dengan situasi MERAGUI KERAGUAN MUNASABAH NI.....

Apabila pemuda itu selesai dengan urusannya,Nur pun panggil ofis boy Nur untuk MENERANGKAN SESUATU......

" Kenapa dia panggil awak manager? Awak tipu dia yerrr.......tak elok tau menipu...kalau kerja kita ofis boy sekalipun ..."Nur memberi nya sedikit Tazkirah tanpa disuruh...ahakssss!!

"Tapi kak Nur...saya tak tipu diaaaaaa...." Jawab Ofis Boy Nur.

"Abis, awak ngaku sebagai manager kenapee....." Tanya Nur.....

"Memang nama penuh saya MANAGER kak .......Nah tengok niii......" Jawab Ofis boy Nur sambil tunjukkan nama dalam IC nya .......MANAGER A/L Murugam.....

Nur terus terdiam ......err....... Laaa.....rupanya  OFIS BOY yang biasa kami panggil MAN (Awal nya disuruh panggil Manny..tapi lain macam jer bunyinyer,kami tukar jadi Man) ini namanya Managerrrrrrrrrrr........Semua staff nampak terkejut kerana tidak tahupun nama sebenar beliau sebelum ni...tapi Nur lagi terkejut kerana dapat MALU BESORR!!

Itulah lahkan....bila sebut nama pelik pelik ni kadang kala jadi lawak ...contohnya dalam ofis Nur tak pasal pasal kami ada 2 MANAGER......Ngeeeeeee!!

Teringat juga Nur bila berurusan dengan seorang pelanggan  yang namanya Mohd Asni Bin Asa. Beriya betul dia mengingatkan Nur untuk jarakkan namanya selepas Bin agar tidak jadi.. 

MOHD ASNI BINASA ....adehh!!



#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.