-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 17 Februari 2015

VIDEO DAN ISU TASHA SHILA SAMAN TV3 ,EXCORT GIRL......

PEMBACA
Inilah yang bakal terjadi apabila seorang bakal pengantin yang sudah siap siap triba triba NAK MEMBERAK....berpeluh bebb!! 

#tashashila
#terkini
Apabila ternampak nama Tasha Shila menjadi bualan media Internet, penulis teringat IDEA LAWAK yang  dibuat oleh seorang teman berkenaan nama Tasha  Shila dan Fasha Sandha  

"Ko tahu apa jadi kalau Tasha Shila dan Fasha Sandha penat? " Tanya teman tadi.
"Hisssss...manalah aku tauuuuuuu......."
"Pastilah Tasha Shila akan DUDUK BERSILA manakala Fasha Sandha akan TERUS TERSANDAR"

Phuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........!!!

Ini kisahnya 
Pelakon Tasha Shilla telah menghantar notis amaran kepada pihak TV3 atas penyiaran temubual menerusi rancangan Melodi  berhubung tuduhan dia terlibat dalam aktiviti pelacuran iaitu escort girl (gadis peneman).

Peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar, berkata pihaknya telah mengemukakan tiga tuntutan kepada stesen televisyen tersebut pada Jumaat lalu bagi membersihkan nama Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 28, berhubung isu berkenaan.

"Kami telah menghantar notis kepada pihak TV3 pada Jumaat lalu dengan mengemukakan tiga tuntutan iaitu menuntut agar TV3 memberi ruang kepada Tasha untuk membersihkan namanya daripada isu escort girl, permohonan maaf dan Melodi berjanji untuk tidak membangkitkan lagi isu berkenaan.

"Setakat ini, kami belum menerima apa-apa lagi respons daripada pihak TV3 dan menetapkan tempoh selama dua minggu kepada mereka untuk memberi maklum balas berhubung tuntutan berkenaan," katanya.

Fahda Nur berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan notis amaran terhadap pihak TV3 yang menyiarkan temubual mengaitkan pelakon Tasha Shilla dengan isu escort girl.

Terdahulu sebuah akhbar ada melaporkan 10 artis wanita tempatan disyaki terlibat dalam kegiatan sebagai gadis peneman ataupun escort  girl iaitu sebuah aktiviti pelacuran.

Pada 8 Februari lalu, program hiburan TV3 iaitu Melodi telah membuat laporan susulan dengan bertanyakan kepada Tasha soalan berkaitan isu berkenaan.

Sementara itu, pada 12 Februari lalu, Tasha tampil memberi penjelasan dan meminta agar semua pihak tidak mengaitkannya dengan isu itu kerana ia benar-benar telah mencalarkan namanya.

Sumber: mStar Online
Ini video berkenaan isu diatas.

#kantoi #kantoiidentiti #jomgelakfm #mudahterhibur

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.