-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 12 Disember 2014

OOOOOOO.. PATUTLAH BANYAK 'AH LONG'....

PEMBACA
Pakaian Pramugari Arab Sauadi...wowwwww! 
Bolehkah Sebuah Keluarga Bertahan Dengan Gaji RM3,000 Di Malaysia...!
Mari kita buat sedikit pengiraan yang mudah di sini.

Di Malaysia, pendapatan keluarga purata ialah RM3,000 sebulan (di mana ayah bekerja, ibu tidak).
Nur difahamkan terdapat ramai keluarga yang berpendapatan bulanan tidak sampai RM3,000, tetapi, untuk membuat perkara yang mudah, mari kita round-up kan kepada RM3,000. Ok lah, kan??
Okay, mari kita mula mengira dengan keluarga yang mempunyai Papa, Mama, 1 anak perempuan dan 1 anak lelaki. Ngam-ngam ....
Pengiraan bermula ...

Elektrik dan bil air: RM100

(Takde penghawa dingin, Takde ‘home teater’, Takde pemanas air ... ok?)

Bil telefon (Telekom): RM100

(Talian tetap Internet streamyx RM68 + talian tetap RM25 = RM93, kita round-up kan jadi RM100 lah)

Makanan untuk keluarga bahagia: RM775

(3 kali makan pada RM25 sehari untuk 4 orang. Lupakan jelah makan direstoran ya)
Papa makan / teh-tarik (‘mengetea’) pada waktu kerja: RM155 (RM5 sehari, RM5 ... err.. err… boleh makan apa ek?)
Pembayaran balik kereta: RM400-00 (kereta Saga jelah atau kereta Viva, 9 tahun pembayaran balik)

Petrol (yang tinggal di bandar, trafik jem): RM300-00

(pergi ke tempat kerja, bawa anak-anak ke sekolah, hanya mampu satu kereta berjalan. BELUM DIPERTIMBANGKAN KENAIKAN PETROL)

Insurans: RM650

(Anak-anak, isteri dan diri sendiri. Kita lupakan wang insurans lah.. takde duit nak bayar… lets drop it!!)

Pembayaran balik rumah (house instalment): RM750-00

(bayaran balik perumahan kos rendah selama 30 tahun, bersara masih perlu bekerja untuk membayar!) TAPI SEKARANG NI DAH TAK DAPAT LAGI HARGA RUMAH RM100K…. EVEN RUMAH TERES SATU TINGKAT PUN DAH JEJAK RM300K… so just fikirkanlah instalment bank sekarang… huhu

Tuisyen: RM80-00

(got the cheap meh?? saya tidak fikir begitu)

Anak-anak yang dah lebih dewasa, duit poket @ sekolah: RM20-00

(hurmmm… RM1 sehari, nak makan apa??.. makan roti? Roti canai pun sekarang dah RM1.20)

Yuran sekolah: RM30-00

(ye ke?? betul ke?? cukup ke?)
Buku-buku sekolah dan sebagainya: RM100 (sentiasa kena bayar lebih di sekolah)

Susu anak-anak yang masih bayi: RM50

(yang takde DHA, BHA, PHA…. Mahal!!)

Pelbagai: RM100

(syampu, beras, sos, kertas tandas, saman, dan lain-lain)
Oh tunggu !!! Nur perlu berhenti di sini, jadi ...

tiada Astro,

tiada movie @ pawagam,

tiada DVD,
tiada CD,
tiada mainan @ games
tiada komputer,
tiada KFC, McDonald… NO!
tiada insurans
tiada jalan-jalan makan angin (percutian)
tiada chit-chat di telefon dengan datuk dan nenek, dan lain-lain ...
tiada pembaik pulih untuk barang-barang yang rosak
OK, jom kita gunakan kalkulator untuk jumlahkan ... Walawehhh!!! RM2,960-00 already...!
Itu KWSP belum dipotong, lagi cukai pendapatan? ........ dah jejak RM2,960-00…
Bagaimana untuk bertahan tuan-tuan dan Puan-Puan sekalian???
Timbalan Perdana Menteri kita meminta kita semua untuk mengubah gaya hidup?
Bagaimana untuk berubah? Macamana?? Jangan makan? Jangan hantar anak-anak ke sekolah dan belajar?
Selain itu, Nur percaya penduduk di Malaysia, ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang masih tidak mendapat RM3,000 sebulan !!!
Apa ini? Inilah Malaysia Boleh... Maaf... ia sepatutnya RAKYAT MALAYSIA BOLEH!!, kerana, Boleh atau Tak Boleh, kami Rakyat Malaysia masih hidup dan berdinamik !!
Tak hairanlah begitu ramai “Ah Long” disekeliling lorrrr....

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.