-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 12 Disember 2014

KEMALUAN YANG TERSEBAR......

PEMBACA
Peminat Mat Yo di Vietnam......adoiiii!
Isu ni menjadi panas dan terpaksa dibuat laporan polis kerana ianya melibatkan sebuah kementerian. 
Ini kisahnya .....

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) membuat laporan polis berhubung sepucuk surat rasmi kementerian itu di mana pihak ketiga didakwa sengaja meminda perkataan 'kemajuan' menjadi 'kemaluan'.
 
Laporan itu dibuat di balai polis Seremban 2 semalam.
 
Kementerian itu juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung pengedaran keratan surat itu.
 
Surat itu ditandatangani oleh Mohd Alfian Alwi bagi pihak pengarah Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka.
 
"Hasil semakan kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda. 
 
'Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej kementerian," kenyataan kementerian itu dipetik.
 
Surat yang disunting itu beredar di media sosial minggu ini. (SUMBER)
 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.