-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 14 Oktober 2014

SUAMI KANTOI KERANA ROKOK SEBATANG.........PANASSS!!!

PEMBACA

Dalam isu rokok ni, ramai orang lelaki tak nampak atau buat buat tak nampak...saksikan pendedahan Nur ni kalau anda TAK PERCAYA sebab cuma ISTERI YANG NAMPAK.....ahaks!


Pasti ramai dikalangan kita mempunyai suami yang merokok,betul tak? Agaknya semakin ramai kot yang merokok semula bila harga rokok yang memula naik kemudian tak naik ........ehh!! 

Tahukah anda, ada kalanya si suami ni tak BERSIKAP ADIL PADA KITA atau anak kita seperti adegan KANTOInya suami Nur dibawah........

Nur telefon En Somi yang kebetulan berada di kebun sawitnya pada pukul 11 pagi untuk minta bantuan dia ambilkan anak yang pulang dari sekolah kerana Nur ada tugasan yang perlu dibuat.....

"Alaaaaaaaaaa, abang kat kebun niii, mana bleh balik awak, err cuba minta bantuan jiran sebelah, kan satu sekolah ngan anak kita "...INI ALASAN en Somi Nur.......

Disebabkan alasan En Somi tadi, Nur terpaksa tunda untuk jumpa pelanggan pada sebelah petang, lalu Nur terus berlalu ke sekolah pada pukul 1 untuk jemput anak balik.

Sampai saja di pintu pagar rumah, Nur lihat Jeep  En Somi ada diluar ........ehh!

"Aik! Tadi kata tak leh balik bang.... ke awak tak gi kebun sebenarnya tadiii....." Nur mula syak sesuatu.

"Hisssssssssss, pegilah....... abang baru jer sampai...cer gi rasa enjin tu panas ke sejuk..." Jawab En Somi sambil mencari sesuatu dalam bilik. 

"Kalau abang boleh balik awal, tak perlulah susah-susah Nur ambil kan anak niii...." Jawab Nur sakit hatiii....

En Somi pandang Nur .... dengan perlahan tanpa SIKIT PUN RASA BERSALAH DIA BERKATA

"Abang balik sebab ROKOK DAH TINGGAL SEBATANGLAH SAYANGG.......!!"......

Huhhhhhhhh!! Anda rasa patut tak Nur bagi Tazkirah padanya.......... ???

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.