-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 14 Oktober 2014

VIDEO DAN GAMBAR PUTING BELIUNG DI PENDANG KEDAH....

PEMBACA
Pernah anda buat kerja BANGANG seperti contoh contoh diatas??
Saksikan video dan gambar puting beliung yang orang Kedah kata  "DIA" mai bendang ceq di Pendang baq ang"... 

Kejadian berlaku di Pendang Kedah,gambar dan video dikongsi oleh pengguna media sosial  termasuk kemusnahan yang dibawa bersama. 

Jarang kita dapat melihat puting beliung berlaku disini , kini IANYA SUDAH SAMPAI ......




Berita mengenainya dari sumber Bernama...

PENDANG, 14 Okt (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 10 rumah dan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di sini rosak teruk setelah dilanda puting beliung pada kira-kira 4.30 petang Selasa.

Jurucakap Polis Daerah Pendang, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Jumlah kerosakan masih dalam siasatan," katanya.

Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ishak Omar berkata kejadian itu mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Sementara itu, Mohd Hafiz Abu Bakar, 31, berkata pusaran angin yang tiba-tiba datang dari arah utara menyebabkan penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Mohd Hafiz berkata beliau sedang bekerja di sawah ketika ternampak puting beliung menghala ke arah rumahnya.

Beliau bergegas pulang untuk menyelamatkan isterinya, Noor Rusila Aziz, 24, dan dua anak mereka Mohamad Irfan, 2, dan Nur Aisyah Dayana, yang berusia empat bulan.

"Bila sampai, saya tengok bumbung rumah dan dinding rosak teruk dipukul puting beliung. Saya bersyukur sebab isteri dan anak selamat," katanya kepada Bernama di lokasi kejadian.

Mohd Hafiz berkata hampir 90 peratus rumah dua tingkatnya rosak teruk selain kesemua barangan, termasuk perabut dan perkakas elektrik, dihempap serpihan kayu dan kerugian dianggarkan sebanyak RM50,000.

Noor Rusila pula berkata ketika kejadian, beliau dan dua anaknya berada dalam bilik sebelum terdengar bunyi deruman angin kuat.

"Saya tak berani nak keluar rumah sebab takut. Saya duduk dalam bilik dengan dua anak dan berserah kepada Allah SWT dengan apa yang berlaku," katanya.

Mohd Hafiz dan keluarganya kini menumpang di rumah ibu bapanya yang terletak berhampiran.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alor Besar Norzizan Jaafar berkata kejadian berlaku kira-kira 20 minit menyebabkan orang ramai lari menyelamat diri.

"Ini merupakan kali pertama puting beliung berlaku di sini. Sekolah Kebangsaan Alor Besar rosak. Banyak rumah yang mengalami kerosakan teruk dengan hampir kesemua bumbung diterbangkan angin selain ada rumah dihempap pokok tumbang," katanya di tempat kejadian.

























lagi gambar rujuk disini 



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

Kantoi Realiti

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.