-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 13 Oktober 2014

ANAK MATI DALAM KANDUNGAN YANG HIDUP SEMULA.......NGERI!!

PEMBACA
GEMPAR!! Kenapa ramai orang takut nak isi minyak di stesen SHELL pada waktu MALAM!
Mungkin ada sesuatu yang boleh kita kongsikan dari kisah dibawah, ianya tentang KEKUASAAN ALLAH dan peranan psikologi dalam kehidupan kita, rugi tak ambil tahu mengenainya.


Rakan sepejabat Nur, Pn. Ara sudah 9 tahun berkahwin, malangnya mereka tidak dikurniakan cahaya mata, pelbagai cara digunakan namun tidak berjaya hinggalah mereka bertemu dengan seorang ustaz yang bernama Zamri.


Atas Ikhtiar dan pertolongan Allah melalui Ustaz Zamri , Pn. Ara disahkan mengandung , tiada apa yang mampu pasangan suami isteri ini gambarkan, gembira yang amat sangat hingga Nur pun kadang-kala rimas bila dia asyik bertanya itu dan ini dalam bab mengandung...ahakss!

Namun, takdir Allah, setelah 7 bulan...anak yang dikandung oleh Pn. Ara disahkan meninggal dalam perut. Rabak hati dan punah segala impian mereka..... Pn. Ara jadi tidak ketahuan, dia terus patah semangat untuk teruskan hidup.

Suami Pn. Ara menjadi risau dengan keadaan isterinya, jika anak yang dikandung tidak dikeluarkan, pastinya ini membahayakan nyawa isterinya. Puas dirayu dan dipujuk namun Pn. Ara masih tidak bersemangat malah MASIH PERCAYA DAN YAKIN anaknya masih hidup.

Sekali lagi si suami membawa isterinya menemui Ustaz Zamri untuk memohon bantuannya. Setelah diceritakan segalanya, Nur lihat Ustaz Zamri terdiam beberapa minit kemudian dia mengangkat tangan dan berdoa pada yang Esa.


Dia meminta izin dari si suami tadi untuk merasa perut isterinya.....diusap perlahan lahan perut isterinya dan takdir Allah.... perut itu bergerak gerak... macam bayi didalam menendang-nendang, Nur sendiri pun tergamam... apatah lagi Pn. Ara dan suaminya yang sudah merah muka.

Siapa tidak terkejut dengan apa yang dilihat, doktor-doktor pakar yang ditemui telah sahkan bayi itu mati, namun Nur nampak depan mata Nur sendiri, bayi itu seolah bergerak dari dalam perut Pn. Ara.... tapi itulah kuasa Allah "Kun Faya Kun". 

"Sekali lagi saya minta izin untuk keluarkan bayi ini walau tak cukup bulan..." Kami yang masih terkejut sekali lagi tergamam dengan permintaan Ustaz Zamri.. Suami isteri tidak membantah... mereka nampak sangat teruja untuk menerima kehadiran seorang anak ....

Alhamdulillah...... bayi tersebut berjaya dikeluarkan namun, ianya sudah tidak bernyawa.. Pn. Ara sekali lagi nampak beremosi dan tidak mahu percaya

"Tadi Ustaz kata anak saya masih hiduppp.......kenapa?? " Dalam esak tangis Pn. Ara dan masih menahan sakit tadi dia bertanya.

"Allah memberi awak harapan dan peluang, andai kata bayi yang awak kandung ternyata sudah mati, nescaya awak tidak akan mampu mengeluarkannya kerana sudah putus semangat. Namun dengan izin Allah untuk memberi awak keyakinan dan semangat semula, anak yang mati itu Allah gerakkannya buat sementara waktu, mungkin awak marah Allah kerana matikan anak awak, tapi awak perlu tahu... setiap kejadian ada hikmahnya, awak lihat anak ini... ianya tidak sempurna dan cacat... jika dia hidup mungkin akan membebankan awak dan suami......." 

Jelas dan terang penerangan Ustaz Zamni menyebabkan Nur merasa betapa rendahnya kita di sisi Allah... SUBHANALLAH !!!! HEBATNYA ALLAH!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.