-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 25 Jun 2014

ZAINUDDIN MAIDIN KUTUK UMNO CHERAS......Ada yang TERASA??

PEMBACA
Ini bukan penulis kata, tapi Zainuddin Maidin yang kata seperti yang boleh dibaca melalui blognya ZAMKATA.....err....kita baca jer kan mana leh berkata kata hahahaha!!


KEBANYAKKAN PEMIMPIN UMNO MAHU JA

DI RAJA

PERSEPSI POLITIK: PAS ADALAH PINTU SYURGA
Dari kiri berpakaian kepahlawanan Melayu Datuk Syed Ali Alhabshee, Datuk Seri Najib( dalam pakaian Melayu biasa), Datuk Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Tengku Mansor
Saya terkejut dan kecewa apabila membaca Cuit Zaini Hassan (Utusan Malaysia 25 Jun 2014) yang mengkagumi pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian kepahlawanan Melayu di majlis ulang tahun UMNO Bahagian Cheras.
Mereka bersongket mahal dari kepala hingga ke kaki, berbengkong dan bertengkolok. Menurut Zaini inilah pakaian hulubalang dan pembesar Melayu dari pelbagai negeri.
Bagi saya, apabila saya melihat gambar 'hulubalang-hulubalang Melayu' moden itu semuka penuh di Utusan Malaysia semalam, sekaligus mengingatkan saya kepada raja-raja "Bangsawan Melayu" yang saya saksikan pementasannya di kampung saya Kota Kuala Muda berpuluh tahun lalu. Saya geli hati dan ketawa bersendirian. Yang paling melucukan ialah Tengku Nan.
Saya terfikir apakah hulubalang Melayu di zaman purba yang miskin memakai songket yang mahal-mahal atau ini melambangkan zaman kemampuan rakyat biasa Melayu menjadi feudal menerusi kekayaan.
Yang pastinya ialah pemimpin-pemimpin UMNO tidak berpijak di bumi nyata, tidak menghayati inspirasi generasi baru dari rakyat biasa yang kebanyakkan hidup simple walaupun dari kalangan profesional kecuali segelintir anak golongan orang kaya baru Melayu menerusi politik atau birokrat.
Sekarang harga songket yang dipakai oleh pembesar-pembesar negara termasuk pemimpin-pemimpin UMNO dari serendahnya RM5,000 hingga RM30,000 kecuali yang dipakai oleh rakyat biasa songket berharga beratus ringgit dan yang termurah songket tiruan dari Pakistan. Tentunya mereka merasa telah memberikan bantuan kepada  industri songket negara termasuk seorang saudara saya pereka dan pembuat songket mahal yang terkemuka.
Dengan berpakaian "raja bangsawan" ini, UMNO memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, UMNO semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan UMNO sebagai parti rakyat. Pemimpin-pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burong nuri.
Bila sahaja kerajaan PAP Singapura ditubuh, semua anggota parlimennya termasuk perdana menterinya membangunkan persepsi mereka adalah datang dari rakyat biasa, mewakil perasaan rakyat dengan berpakaian sebagai rakyat biasa, beruniform Parlimen seluar putih baju putih walaupun sebenarnya mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.
Dalam politik, membangun dan menanam persepsi amat penting dan lebih mudah mempengaruhi rakyat dari dari angka dan fakta. Anwar Ibrahim membangunkan persepsi bahawa dia seorang pejuang Islam yang sukar untuk dikikis hingga kini sekalipun dia melakukan dosa-dosa besar.
Pas membangunkan imej agama sehingga Pas diangggap sebagai pintu syurga. Orang tidak berilmu yang popular dengan kepakaran memaki hamun, fitnah, pembohong, pelawak, pengkafir, tukang karut pun dianggap sebagai ustaz dan ulama bila masuk Pas. Nak basuh dosa masuk Pas. Inilah kejayaan persepsi.
Apabila Zaini sendiri melihat pemimpin-pemimpin UMNO dalam pakaian raja bangsawan sebagai suatu kebenaran dan keagungan maka saya amat bimbang terhadap masa depan UMNO. Walaupun ini hanya sebagai suatu pementasan tetapi adalah suatu penghayatan yang tidak sihat yang menimbulkan persepsi umum, pemimpin-pemimpin UMNO mahu jadi raja dan bukannya mahu tetap hidup sebagai rakyat biasa.

UMNO BAHAGIAN CHERAS TELAH MEMPAMIRKAN HASRAT INI.

Rujuk SINI







0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.