-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 Mei 2014

TERKINI ! AHMAD SAID KELUAR UMNO...KEDUDUKAN UMNO TERENGGANU GOYAH?

PEMBACA

Bekas Menteri besar Trengganu, DS Ahmad Said telah umumkan keluar UMNO dan menjadi BEBAS seperti berita yang telah disahkan BERSAMA BUKTI SURAT peletakan jawatan beliau dibawah.......


Adeh! Apa dah jadi? Ker esok nak RUJUK semula selepas dipujuk secara BERJEMAAH?? Ker Ahmad Said akan dikutuk bertubi tubi? 
UMNO Terengganu goyah? Mungkin juga sebab kalau ikut perkiraan kerusi jumlahnya menjadi 15 BN dan 15 PAS dan 2 bebas? Ada MB baru ke selepas ini jika 2 kerusi bebas itu andai kata menyokong PAS.....poning den! Hahaha

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Keluar UMNO Ahmad Said
Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

UMNO Keluar
Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.


Mampukah Terengganu cipta rekod "MB paling singkat dalam dunia 1 malam jer,tunggu..." 

SUMBER SINI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.