-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 12 Mei 2014

SOALAN MAUT GST UNTUK PERDANA MENTERI...MOHON penjelasan!

PEMBACA

Perdana Menteri dah berpesan melalui kenyataan beliau dibawah, JANGAN PESONGKAN FAKTA tentang GST.....baik! Penulis berikan fakta yang mudah untuk anda faham dan IANYA TIDAK DIPESONGKAN  kerana ianya adalah REALITI yang akan kita sama sama hadapi samada anda penyokong atau pembangkang.
Baca dulu kenyataan penuh beliau supaya anda tidak menuduh penulis KANTOI @ pesongkan fakta diberi.

Laporan GTP/ETP : Jangan Pesongkan Fakta Mengenai GST! – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fakta mengenai cukai barang dan perkhidmatan (CBP) walhal pada hakikatnya cukai baru itu akan meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat.
Najib berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan pelaksanaan sistem cukai baru itu kerana kebanyakan barangan keperluan dan perkhidmatan asas harian tidak akan dikenakan CBP.
“Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, keretapi, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu,” katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi Isnin.
Cukai tersebut, bakal dilaksanakan pada kadar enam peratus pada 1 April 2015, akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan dan bertujuan untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang.
Beliau berkata cukai tersebut merupakan satu sistem pencukaian yang lebih sistematik dan berasaskan jumlah pembelian barangan seharian.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa mendengar maklum balas dari rakyat tentang keputusan melaksanakan CBP ini.
“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk menyebarluaskan fakta yang benar mengenai CBP melalui penganjuran seminar dengan memanggil pelbagai pihak, terutama daripada negara-negara yang telah berjaya dalam cukai ini, supaya rakyat dapat kefahaman yang sebenar dan sahih,” katanya.
Rujuk pada petikan ini.....

“Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, keretapi, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu,” katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi Isnin.

Soalan penulis ialah, memang barangan dan perkhidmatan diatas TIDAK DIKENAKAN CUKAI tetapi macam mana pula DENGAN  kos untuk membawa @ membekalkan barangan seperti gula beras dan lain lain diatas, TIDAKKAH APABILA KOS MEMBAWANYA MENINGKAT DISEBABKAN CUKAI GST maka harga barangan ini BOLEH tetap harganya?? Siapa pula nak menanggung beban kenaikan kos ini ?? Mana ada pengusaha atau pembekal  barangan atau perkhidmatan diatas hendak rugi?

Kalau kurang faham anda baca komen dibawah .....

-"Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, kereta api, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu," katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini.

MEMANG TAK KENA, TP YG MENGANGKUT BARANG2 TU PAKAI APA ... KETA LEMBU?? PAKAI AIR???

- "Walhal pada hakikatnya, kata Najib, cukai baru itu meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat, lapor Bernama."
- Takjub sungguh aku dengar cukai takkan membebankan rakyat... pertama kali dengar perkataan nie.

"Sebagai contoh, barangan seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, ikan masin, tambang bas, kereta api, LRT, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dikenakan cukai itu," katanya dalam ucapan bersempena majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi hari ini.
- Minyak diesel/petrol kena GST atau tidak? Tol kena GST atau tidak? Baja untuk tanaman kena GST atau tidak? Kalo seme tu tak kena GST alhamdulillah... tetapi kalo seme tu kena GST maknanya harga barang dan tambang pengangkutan akan naik juga walopun dikecualikan cukai pada pengguna akhir... 

APA GST JAMIN TIADA KENAIKAN HARGA MINYAK. GST HARGA MINYAK KAW2 PUNYE.

- SPARE PART AKU PASTI KENA GST,REPAIR DAH TENTU WORKSHOP CAS GST, JIKA TAMBANG TAK NAIK AKU SENDIRI CAS GST KEPADA PENUMPANG......

-
..Gst katanya akan dikenakan kpd pengeluar barangan shj. Pengguna tidak dikenakan gst. Maka wajarlah rakyat menyokong gst.
Namun secara logik bila pengeluar dikenakan gst, mereka bukan bodoh. Cukai adalah caj tambahan. Maka cukai akan dicover kpd tambahan harga.
Pemborong? Hmmm pastilah jg akan menaikkan harga barang sesuai dgn kenaikan yg dikenakan oleh pengeluar.
Ini adalah rantaian jualan namanya. Dan ia telah termaktub sepanjang zaman sejak ujudnya sistem ekonomi dunia.

Mungkin PM Najib tidak perasan wujudnya golongan susah yg miskin hidup melarat . Mungkin PM Najib terlalu hanyut dengan kehidupan mewah sehingga lidahnya sanggup mengeluarkan ungkapan mudah seperti itu. Orang yang bekerja bergaji ribu2 pun mengeluh dengan GST, apatah lagi mereka yg bergaji ratus sahaja..?

Jika mau meningkat ekonomi negara, hentikan dahulu amalan rasuah, kronisme. Golongan kaya yg mengumpul harta berbillion gesalah mereka menyumbang untuk membantu golongan miskin menaik taraf hidup mereka sekaligus menyumbang kpd ekonomi negara.

Selagi sistem kapitalis ini dibela, selagi itulah golongan miskin menjadi terus miskin, dan golongan kaya menjadi terus kaya..

Kita lihat petikan INI pula

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan fakta mengenai cukai barang dan perkhidmatan (CBP) walhal pada hakikatnya cukai baru itu akan meningkatkan pendapatan negara dan tidak membebankan rakyat.

Dimana dikatakan tidak MEMBEBANKAN RAKYAT?? Kita ambil maksud cukai, apa itu cukai? Cukai ni ialah BAYARAN yang tidak termasukpun nilai harga barang yang hendak kita beli,contohnya, harga beras sekilo RM5, tapi bila ada GST anda nak beli beras sekilo tu anda tak boleh bayar cuma RM5, anda perlu bayar juga cukai RM1 yang mana harga beras sekilo tadi dah jadi RM6......?? 

Setiap bulan bil letrik rumah anda RM100 dan RM100 ini adalah merujuk kepada harga letrik semasa dan jumlah yang anda telah gunakan dan ianya perlu dibayar.....tapiiii.......apabila adanya cukai, anda tidak boleh bayar cuma RM100, anda perlu tambah RM2 untuk cukai yang membawa makna KOS LETRIK RUMAH ANDA MENINGKAT DARI RM100 KEPADA RM102.....
(Mungkin contoh penulis ni kurang tepat, takper...yang penting anda faham ISTILAH CUKAI yang untungkan sebelah pihak dan bebankan pihak lain ) 

Apabila diberi fakta begini, jangan terus melabel pembangkang atau sebaliknya, tetapi fikir logiknya sambil mencari jalan penyelesaian, rakyat perlu makan dan minum, rakyat perlu BERGERAK KESANA KEMARI untuk teruskan hidup dan ada rakyat susah dan rakyat kaya....

"Rakyat kaya tetap bayar GST dengan nilai yang sama perlu dikeluarkan oleh rakyat yang susah, sedangkan nilai duit ANTARA RAKYAT SUSAH TIDAK SAMA DENGAN NILAI DUIT BAGI RAKYAT KAYA yang mana duit rakyat susah makin SESIPUT,duit RAKYAT kaya makin SEBALDI.......Adil?".......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.