-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 2 Mei 2014

#MH370 - FAKTA LAPORAN YANG LEBIH MENAMBAH KEKELIRUAN

PEMBACA

Kita sudah diberi laporan tentang misteri #MH370 beberapa hari yang lalu, tetapi ADA beberapa perkara pelik dan kelirukan kita seperti dibawah.


INI sedikit berita tentang laporan yang telah dikeluarkan .....


Kerajaan Malaysia mengeluarkan salinan laporan awal mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang ia dikemukakan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) awal bulan lepas.


Dalam satu kenyataan, Menteri Pertahanan yang yang pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata keputusan untuk mengeluarkan laporan itu, yang bertarikh 9 April, telah dibuat selepas pasukan pakar dalaman selesai menyemak dokumen tersebut.


BERITA PENUH KLIK SINI 

Ini beberapa perkara yang PELIK DAN MENGELIRUKAN......

SENARAI PENUMPANG YANG KELIRUKAN KITA.....!


KUALA LUMPUR –  Ketua Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahaya berkata, pihaknya akan mengkaji jumlah penumpang warga Malaysia yang menaiki pesawat penerbangan MH370.

“Saya akan kaji perkara itu. Saya juga tidak dapat jumlah yang tepat. Apa yang saya diberitahu adalah 38 penumpang warga Malaysia,” katanya pada sidang media MH370 di sini, sebentar tadi.

Berdasarkan laporan awal pasukan penyiasatan antarabangsa yang didedahkan semalam mendapati hanya 34 penumpang warga Malaysia berada dalam senarai penumpang berbanding 38 orang yang dilaporkan pada 8 Mac, hari pertama pesawat berkenaan hilang. – Berita Harian

Seterusnya pendedahan ini.......

Lebih banyak persoalan ditimbulkan tentang kehilangan misteri penerbangan MH370 lapan minggu lalu, terutamanya respons daripada pihak berkuasa berkenaan – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan tentera – selepas pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS) hilang bersama 239 orang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga merupakan pemangku Menteri Pengangkutan mengeluarkan laporan awal malam tadi, laporan sama dihantar kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) minggu lalu.

Ia termasuk butiran kargo yang dibawa dan  rakaman perbualan di antara juruterbang penerbangan itu dan pusat kawalan trafik udara apabila ia hilang pada 8 Mac semasa dalam perjalanan ke Beijing.

Akan tetapi ia turut mendedahkan jurang yang menyebabkan penerbangan MH370 menjadi “misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.

Pesawat itu masih belum ditemui walaupun misi pencarian, bermula di Laut China Selatan dan diperluaskan ke selatan Lautan Hindi, sudah menelan belanja berbilion dolar.

Selain itu, laporan tersebut menunjukkan tiada komunikasi di antara DCA dan tentera, sesuatu yang pelik memandangkan kedua-duanya berkongsi kemudahan kawalan trafik udara di lapangan terbang di Subang.

Di antara persoalannya adalah:

1. Mengapa DCA atau Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur tidak memberitahu tentera Malaysia pesawat MAS itu hilang selepas menerima maklumat daripada pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh?

Ia memaklumkan kepada Singapura dan pusat kawalan trafik udara lain dan juga mengaktifkan pusat penyelarasan operasi menyelamat, tetapi tidak menyebut tentera dimaklumkan?

2. Mengapa terdapat jurang empat jam sebelum memulakan misi mencari dan menyelamat? Apakah ia kerana menunggu Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu benar-benar hilang?

Bukankah masa suntuk untuk mencari pesawat itu? Apakah pihak berkuasa tahu pada ketika itu Boieng 777-200ER mempunyai minyak yang cukup untuk penerbangan selama tujuh jam? Bukankah itu sudah mengenal pasti kawasan pencarian?

3. Mengapa terdapat kekeliruan ia berada dalam ruang udara Cambodia? Apakah misteri tersebut pernah diselesaikan? Apakah terdapat masalah dalam sistem pemantauan MAS atau hanya unjuran laluan penerbangan walaupun pusat kawalan trafik udara Ho Chi Minh mengatakan bukan laluan penerbangan.

4. Mengapa operator radar tentera mengkategorikan pesawat, kini dipercayai MH370, sebagai pesawat bukan ancaman apabila ia terbang ke arah barat pada pagi Sabtu?

Sumber industri penerbangan berkata sangat sedikit pesawat terbang di laluan itu, terutama di sebelah barat, pada bila-bila masa pada hari tersebut.

5. Adakah pihak pengendali radar tentera merujuk DCA atau pusat kawalan udara awam sebelum memutuskan pesawat misteri itu bukan merupakan ancaman? Adakah ia menghubungi juruterbang pesawat berkenaan?

6. Mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafi tetapi kemudian mengesahkan laporan pesawat itu mematah balik di ruang udara, sedangkan kenyataan Hishammuddin semalam jelas menunjukkan pihak berkuasa menyedari pesawat itu melakukan pusingan?

"Seperti dinyatakan sebelum ini, radar tentera Malaysia ada mengesan sebuah pesawat yang berpatah balik, dari arah barat, merentasi Semenanjung Malaysia pada pagi 8 Mac.

"Pesawat itu dikategorikan sebagai tidak membahayakan oleh operator radar dan dengan itu tiada tindakan diambil pada ketika itu.

"Rakaman data radar itu disemak semula pada kira-kira 8.30 pagi, 8 Mac.

"Maklumat itu dihantar ke bilik operasi Tentera Udara pada kira-kira 9 pagi.

"Susulan perbincangan lanjut setelah dirujuk kepada pegawai tertinggi, pihak tentera memaklumkannya kepada Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada kira-kira 10.30 pagi tentang kemungkinan pesawat itu berpatah balik.

"Menteri kemudian memaklumkannya kepada Perdana Menteri, yang segera mengarahkan supaya operasi mencari dan menyelamat dijalankan di Selat Melaka, berserta operasi di Laut China Selatan yang bermula lebih awal pada hari sama," menurut kenyataan itu.

Oleh, mengapa kerajaan menafikan kemungkinan pesawat berpatah balik?

Adakah ia menunggu pengesahan pesawat itu penerbangan MH370?

Laporan lima muka surat semalam tidak memberikan butiran ini dengan terperinci.

Badan penyiaran antarabangsa CNN semalam membandingkan laporan awal MH370 dengan laporan awal sepanjang 128 muka surat berkenaan nahas Air France 447.

"Laporan berkenaan, dikeluarkan agensi keselamatan penerbangan Perancis hanya sebulan selepas kehilangan pesawat itu pada 2009, memberikan maklumat terperinci mengenai komunikasi di antara beberapa pusat kawalan udara," lapor CNN.

Penerbangan 447 ditemui setahun kemudian di Lautan Atlantik, dan nahas tersebut mengorbankan kesemua 228 orang.

CNN juga membandingkan laporan awal disediakan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengenai letupan enjin pesawat Qantas pada 2010, iaitu mengandungi 40 muka surat berserta rajah dan carta.

"Saya faham pihak berkuasa mempunyai tugas yang lebih penting dalam mencari pesawat dari menulis sebuah laporan panjang," kata pakar penerbangan CNN Richard Quest semalam, "tetapi laporan ini terlalu ringkas."

Putrajaya bersetuju mengeluarkan laporan berkenaan selepas kritikan ia hanya memberikan senaskhah kepada ICAO, sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan bukan kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut. 


PENULIS SEDANG PENGSAN .........harap maklum hahahaha!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.