-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 2 Mei 2014

KO NI PEMBANGKANG KE???? Hadusssssss

PEMBACA
Lihat ! Percaya atau tidak terserah........
Bukan sekali dua kita dengar dan baca keluhan pengguna Internet LEMBAB, kekadang kita sendiri naik bosan dengan kelajuan Internet yang rasa nak pijak pijak ajer enpon, rasa nak baling er laptop, rasa nak hempuk ajee komputer......, ibaratnya kita macam 
"Aku terpaksa ko diPAKSA".....ehh!
Nah! Anda lihat kedudukan negara kita dari segi kelajuan Internet yang dibekalkan kepada kita berbanding negara negara lain.....LAJUKAN hahahahampesssssss!! 






Ada satu perkara menarik tentang kelajuan Internet yang perlu anda tahu, penulis terangkan cara paling mudah untuk anda faham "KENAPA pertama kali kita ambil pakej tertentu yang ditawarkan kepada kita, INTERNETNYA laju jerr, stabil jerrrrrrrr......tapiii apabila semakin lama kita guna pakej tersebut, kelajuan nya makin berkurang dan berkurang....." Kenapa??

Jawabnya begini, APABILA PAKEJ BARU DIPERKENALKAN ianya ibarat sebuah rumah kosong yang belum berpenghuni, bila semakin lama,penghuni rumah semakin ramai dan jadilah kesesakan dalam rumah tersebut hingga terpaksa berebut rebut nak guna bilik air, nak basuh baju ,nak mandi dan sebagainya yang ada kalanya TERPAKSA MENANTI GILIRAN ....itu pasallah internet kita semakin lembab, sebab anda kena tunggu giliran "Orang lain guna facebook dulu" hahaha......

Nampak cam lawak kan, tapi itulah hakikat sebenarnya, kalau tak percaya setiap masa kita akan DIPERKENALKAN DENGAN PAKEJ BARU oleh pengendali talian Internet tak kiralah dari Telekom, Celcom mahupun Maxis.....memacam tawaran menarik mereka sediakan.....Anda cubalah pakej baru yang penulis ibarat macam sebiji rumah diatas, selepas lama guna anda lihat KELAJUANNYA STABIL ATAU semakin membosankan.

Sebenarnya , Internet ni satu perniagaan yang menguntungkan SEBELAH PIHAK dan membebankan pengguna....contohnya Anda ambil pakej RM38 untuk membolehkan anda guna Internet selama 30 hari.......Andai katalah, anda tidak dapat masuk Internet selama 3 hari dan ADAKAH anda akan diberi tempoh GANTI oleh mereka? Itu kalau 3 hari, kalau lebih dari 3 hari? Hahahaha.........

Hasil selidik penulis berkenaan perniagaan Internet ni ialah ..........LAGI LEMBAB talian ,lagi UNTUNG MEREKA  ! Tak percaya? Bila talian Internet anda lembab, anda akan ditawarkan pakej yang  MAHAL ......nak laju lagi .......ambil pakej yang LAGIII MAHAL ....pusing punya pusing mereka JUGA UNTUNG dan kita yang RENTUNG! 

Ini baru kita lihat dari keuntungan Internet, belum dari sudut lain yang antaranya PANGGILAN TIDAK DIJAWAB pun ditolak duitnye.......adehh! 

Tak ada cara ke nak selesaikan masalah ni? Susah nak cakap lah sebab kita sendiri pun suka ambil mudah dan tak suka susah susahkan diri walau diri tu semakin susah, tak faham? Begini, BERAPA ramai dari kita sanggup mendesak agar ADANYA AKTA YANG boleh digunakan untuk menyekat penindasan keatas pengguna Internet? Anda sanggup membantu MEMBANTAH? Anda sanggup ambil tindakan? 

Jawapan anda  penulis rasa begini...

"Alaaaaaaaaa, kau buatlah, aku sibuk arrrr..... "........ 

Ataupun anda jawab begini

"Bersyukurlah dengan apa yang ada......"

Ataupun begini ......

"KO NI PEMBANGKANG KE???"

Hadussssssssssssssssssssss!!! 

Fikir fikir lah... 
Sesambil itu anda boleh cuba SENDIRI tahap KELAJUAN INTERNET ANDA DENGAN


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.