-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 3 Mei 2014

MANA SATU KAH KISAH BENAR DIBAWAH?

PEMBACA

Lokasi kejadian: PULAU PANDAN.. jauh ketengah!. 

SOALAN NYA.......Apakah perkara penting yang hendak dibawa KETENGAH OLEH MEREKA?

"Aku nak bawak ke tengah...tak boleh tahan macam nii........" Kasim triba triba bersuara dengan nada keras.

"Aku tak setujuuu......". Daud membantah juga dengan suara keras.

" Aku pun tak setuju....gile ape ko Sim..." . Fazrul juga tidak setuju.

"Pesal plak korang bantah? Korang TAKUTT?? " Kasim bertanya. Kedua rakannya tadi tunduk ...diam agak lama sebelum berkata.

"Kami bukan takut Sim...ko fikir masak masak dulu...". Fazrul berkata dengan lembut.

" Entahnya, kami TAK TAKUT, cuma hati hati jer...cam cakap Azrul tu...fikir dulu Sim, lagipun kami tak mahu MENGUNDANG BAHAYA.......". Daud mencelah .

"Bahaya ape benda pulak korang merepek nii......dah! Aku tak kira...aku TETAP NAK BAWAK KETENGAH, korang setuju ke tidak terpulang". Kassim dah mula angin.

Kedua rakannya saling memerhati satu sama lain...

"Bahayee la Sim...tak payah bawak ke tengah laa.....". Daud cuba memujuk yang jelas kelihatan wajahnya SUDAH PUCAT.

"Betul tu Sim...lutut aku dah ketar niii....." Kata Fazrul sambil menunjukkan lututnya yang terketar ketar sendirik.......aduyaii!!

Kasim terdiam dan jadi kasihan melihat aksi dua rakannya itu dalam KETAKUTAN.....Sambil tergaru garu kepala Kassim berkata.....

"Adoyaiii!!! Kat tengah tu banyak ikan, yang kita dok mancing tepi ni sampai bila nak dapat ikan, dah sejam dok dalam sampan ni tau takkkk??? " Kata Kassim sambil menolak sampan ketengah menyebabkan Daud melompat keluar manakala Fazrul erat memegang sampan kerana tak mampu bergerak disebabkan lututnya bergetar kuattt!...

Jawapannya........Toink!!

KEJADIAN SEBELUM TU.......
Lokasi kejadian : Depan rumah Kassim.
Soalannya : Dimanakah tempat paling selamat untuk simpan PETA DUNIA??

"Jadi ke esok nak mancing Sim, aku tak sabar dah niii......" Fazrul bertanya sambil melihat Kassim kukur kelapa dalam aksi sending baikkkkk punyee.. krek! krek!

"Jadilahh, ni aku ngah siapkan bekal nak bawak esok la ni, aku nak buat lempeng..." Jawab Kassim ....krek! krek!

"Cantikk! Jauh ke tempat tu Sim, tak takut sesat ke? Aku ingat nak bawak GPS laa..." Tanya Fazrul sambil cuba mengesan lokasi mereka dengan telefon bimbitnya.

"Pe susah, Daud kan de peta......" Kasim menjawab sambil terus kukur kelapa...krek! krek!

"Hisssssssss! Tak baik koo, mentang mentanglah badan Daud tu berpanau dan bantal tidurnya penuh peta...dengar dek Daud karang, NAYA KITAA!! Fazrul memberi sedikit tazkirah pada rakannya yang bernama Kassim itu.

"Laaa....aku bukan cakap pasal panau laaa..........tuuuuuuu, ko tengok kat badan Daud tu kan de peta tuuu............" Kata Kasim sambil menunjukkan Daud yang tidak berbaju sedang menyidai baju ......

Jawapannya.......Toink!!
err...nampak tak panau kat badan Daud ? ...ehh!

Kejadian ni berlaku beberapa jam sebelum mereka bertiga pergi memancing.....
Lokasi kejadian : Kedai makan Mak Piah.

Soalannya : MANA SATUKAH KISAH BENAR DIBAWAH?

"Cepat la makan Sim...asyik betul ko membaca surat kabo...kang lambat". Fazrul merungut sambil "bengkek jerr " memerhati GELAS TEA TARIK Kassim seperti dibawah.



"Ala...rilex le awal lagiii, ikan pun tak bangun tidur lagii ...ni aku baca kisah menarik niii....err terasa ALPA plak aku tak solat subuh tadii......" Pengakuan Ikhlas Kasim sambil menunjukkan berita yang dibacanya dibawah ini.



"Hehehehe....aku ambik PENGAJARAN cara edy tu  kalau aku naik kapal terbangg nanti..." Kata Daud sambil angkat kening.

"Hahaha, kereta ni mesti diharamkan di Malaysia......ko tengok? " Kata Kassim sambil menunjukkan gambar kereta dibawah........Adehhh!!

"YANG NI PLAK mesti kena saman dek JPJ nii........alahaiii". Kata Daud pula.


"Huh! Dah dah! Karang lambat,pukul berapa dah ni ...jam aku rosak plak". Tanya Fazrul yang tak sabar sabar nak memancing.

"Ala...baru pukul 8.03 pagi . Jam rosak? Kebetulan semalam jam aku pun rosak, aku bawak gi jamban elok la..." Kata Kassim sambil menunjukkan jamnya yang sudah elok pada Fazrul.

"Ko ni nak menipu patut patut la, ada lak Jam rosak bawak gi Jamban.....Huh! " Marah Fazrul sambil mengetuk ngetuk jam loceng miliknya.

"Betul laa......aku bawak gi Jamban, tak caya tanya Daudd....." Kata Kassim. 

"Iyeee Rul, mulanya aku tak percaya jam rosak BOLEH BAWAK GI JAMBAN REPAIR...rupanya betul ..........KO TENGOK NIII beg aku buat isi umpan pancing niii......."



Jawapannya : 
                   Semua gambar diatas tu benar dan ianya cuma hiburan berpedoman..eh!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.