-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 1 Mei 2014

FITNAH KANTOI UNIT AMAL MATI DITIKAM DALAM DEMONTRASI GST

PEMBACA

Ini satu contoh yang perlu diambil kira sebelum anda membuat FITNAH dan penipuan. Jika anda rasa anda bijak, akan ada yang lebih bijak, jika anda rasa diri anda bodoh, akan ada yang lebih bodoh.......

Pengguna media sosial kini tidak lagi seperti dulu, masing masing berpegang pada FAKTA dan bukan auta, masing masing semakin BIJAK , malangnya PEREKA FITNAH semakin hari semakin TERSERLAH KEBODOHAN mereka hingga tiada perkataan lain yang mampu dilahirkan melainkan bodoh sebodohnya...

Penulis bukan emosi, tetapi CUMA NAK NYATAKAN, AKIBAT BODOHKAN ORANG , ianya terkena diri sendiri kerana MENIPU.........


INI YANG tunjukkan siapa sebenar bodoh!


Sebut pasal bodoh, kita jangan bodohkan diri dan jadilah BIJAK untuk fahami MASALAH INI.

- CUBA buka minda jangan asyik nak fikir kepentingan politik, buka minda untuk fikir KEPENTINGAN DIRI ........

1) Adakah GST yang hendak dibuat itu seiring dengan PENDAPATAN kita? Berapakah jumlah pendapatan perkapita rakyat dinegara yang mengamalkan GST?  Nak bagi mudah anda faham, rakyat negara kita SEBENARNYA BELUM LAYAK untuk dilaksanakan GST kerana pendapatan seisi rumahnya yang bukan saja cukup makan malah mungkin ADA YANG TIDAK MAMPU untuk makan!.
Kalau kurang yakin, buat perkiraan perbandingan  pendapatan semasa purata rakyat negara kita dan berdasarkan KEJATUHAN nilai ringgit  dengan negara luar yang mengamalkan GST...adakah MAMPU RAKYAT NEGARA KITA dan tidakkah terbeban kita? 

2) Adakah terlaksananya GST BOLEH diberi JAMINAN HARGA BARANG TIDAK NAIK LAGI?? 

3) ADAKAH  GST ini seolah olah  untuk MENAMBAH PENDAPATAN KERAJAAN dan mengurangkan pendapatan RAKYAT? Mana Janji " RAKYAT DIUTAMAKAN"
"
Di Malaysia hanya 15% rakyat sahaja yang membayar cukai pendapataan, dan 38% rakyat masih menerima gaji dibawah paras kemiskinan iaitu RM860 , serta pelaksanaan Gaji Minima RM900 masih menjadi dilemma.
Malah,  menurut Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, hutang seisi rumah di Malaysia adalah 83% daripada KDNK dan yang tertinggi di Asia berbanding dengan Singapura 67% dan Hongkong 58%. Dalam keadaan ini, apakah nasib rakyat jika Cukai GST dilaksanakan?
Cukai GST akan menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan akan naik, walaupun kerajaan menjustifikasikan ada 40 jenis barangan asas tidak akan naik harga. Ini kerana, sebelum sesuatu barang sampai kepada pengguna, ia melalui banyak proses penyedian, semua proses penghasilan melibatkan pembayaran cukai GST. Ini secara tidak langsung akan menaikkan harga pada barangan pengguna pada akhirnya.
Rakyat Malaysia khususnya pekerja yang merupakan 99% akan tetap merana akibat Cukai GST ini walaupun kerajaan memberi alasan-alasan yang tidak munasabah dalam melaksanakan cukai GST ini.
Kerajaan yang prokorporat mampu mengurangkan cukai korporat dari 40% pada tahun 1980-an kepada 26% sekarang tetapi sanggup menggadaikan rakyat dengan bebanan cukai GST."

Fikir fikirlah anda yang menyokong GST, anda fikir nilai duit anda untuk sara hidup terlebih dahulu, kita membangkang  kerana kita rasa ada ketidak adilan ........Contoh nya DALAM ISU TERKINI dibawah .

Mana jawapan??? KENAPA NAK MENGELAK DARI MEMBERI JAWAPAN?


Menteri enggan jawab isu landasan RM100j

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata rel keretapi menghubungkan KLIA dengan KLIA2 menelan belanja RM100 juta dan pengguna akan dikenakan bayaran RM2 untuk setiap perjalanan.
Hishammuddin ketika ditanya pemberita bagaimanapun enggan menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kos tinggi untuk sambungan rel tersebut.

“Sebab ia adalah pengangkutan awam... Saya tidak mahu bertengkar dengan anda,” katanya dengan tegas.

PAC kini sedang menyiasat Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB), sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan pengendalian dalam projek KLIA2 yang berlarutan begiut lama dan kenaikan kos dari RM2 bilion kepada RM4 bilion.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sambungan rel tersebut perlu menjadi sebahagian dari kos pembinaan KLIA2 dan jawatankuasa itu menuntut penjelasan kerajaan.

Hishammuddin berkata sambungan berkenaan adalah sepanjang 2.2km dan bukannya 1km seperti dilaporkan oleh PAC.

Adakah sebab ianya pengangkutan awam MAKA TAK BOLEH BERI JAWAPAN? Setahu penulis apabila melibatkan kepentingan awam, harga perlu diambil kira agar tidak membebankan? 
Tak kisahlah panjang mana, yang penting RAKYAT MAHU JAWAPAN TELUS bersama bukti bukti kerana INI DUIT RAKYAT .....dah la guna duit rakyat, bila rakyat nak guna kena pula bayar RM2..........Adil ??



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.