-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 30 April 2014

TRAJEDI 1 MEI SEORANG MAYAT .........

PEMBACA

Setiap kali 1 Mei, penulis akan teringat kisah sedih tetapi memalukan dibawah,penulis tak pasti samada ANDA AKAN TERASA atau tidak?

CACATAN WAKTU PERJALANAN ARWAH MOHD SANI BIN MONI pada 1 Mei untuk membeli tanah selepas 5 WAKTU.......

Tak kala Azan subuh berkumandang, Sani meneruskan perjalanannya untuk menunaikan hajatnya bagi membeli tanah, melalui sebuah surau berhampiran rumahnya, Sani hampir terlanggar seseorang yang triba triba membelok masuk ke surau "Celakee! Nak mati kot orang tua niii......" Bisik hatinya sambil membunyikan hon pada Pakcik tersebut yang baru tersedar kesalahannya dan cuma mampu angkat tangan mohon maaf pada Sani. 

Sudah hampir  3 jam memandu seorang diri,

"Hisss......pesal mengantuk sangat niii......"  Mata Sani dibulatkan untuk menahan mengantuk,tetapi tidak lama matanya kembali layuuu....Ahhh! Sani mengeluh yang menyebabkannya mengambil keputusan untuk berenti sebentar.

Tertinjau tinjau dia melihat papan tanda lebuhraya itu untuk mencari perhentian terdekat. Akhirnya hajatnya kesampaian, cuma  5KM saja didepan dia boleh berhenti .

Tengahari itu keadaan di hentian rehat itu agak sesak....jadi susah sedikit untuk mencari tempat untuk parking kereta......nasib baiklah kebetulan Sani sampai, sebiji kereta sudah mahu beredar dari SINI...."Mungkin dia sudah habis solat ZOHOR.....bisik hati Sani apabila melihat pemandunya menyimpan kopiah dalam laci keretanya sebelum beredar.

Sani melulu  ke tandas yang terletak berhampiran tempat diatas, hampir dia terlanggar beberapa orang yang keluar dari surau tersebut.Tanpa hiraukan mereka, Sani membasuh mukanya, air dijirus hingga ke kepalanya bagi menghilangkan mengantuk.

Sebelum memulakan pemanduannya, Sani sempat beli air kopi panas "ikat tepi kuah lebih" untuk mengelakkan dia terus mengantuk semasa memandu lagi.

" Ko kat ner? AKu dah nak sampai ni......" Tanya Sani pada rakannya dalam telefon.

" Errr.....ko terus jer, nanti depan tu skit ada simpang,ko belok kanan dan ko nampak ada Masjid, tunggu situuu....

Semasa Sani sampai disitu,  Sani tergesa gesa masuk  keperkarangan Masjid untuk mencari tandas, dia terasa pedih kerana dari tadi menahan kencing..........Setelah tertunai hajatnya,tergesa gesa jugalah Sani berlalu keluar dari perkarangan masjid itu menuju ke keretanya sambil sempat menjeling ke dalam masjid memerhati jemaah yang sedang mengerjakan solat ASAR...

"Eh! Dah sampaiii.........." Terkejut Sani melihat rakannya sudah "tercongok" tepi keretanya.

"Aku ingat ko semayang tadiii.........." Perli rakannya.

"Huh! Dah......... jom karang lambat.........." Kata Sani dan segera meneruskan perjalanannya bersama rakannya yang bernama MUHAMMAD Fakhrul Mohd Diah itu.

"Eh! Dah Azan magrib ni, solat dululah.........." Kata Haji Ramli setelah urusan penjualan tanah miliknya selesai dilakukan.

"Tak pelah Aji, lagipun Sani nak segera balik niii........., lain lain dokumen nanti kami pos saja yee......" 

"Iye Aji...belum makan lagi niii.........terima kasih haji dan syukur Alhamdulillah termakbul juga niat saya nak beli tanah ni ......" Kata Sani dengan gembira lalu bersalam dengan Haji Ramli untuk mohon diri.

"Ko larat ke nak mandu Sanii......." Tanya rakannya selepas mereka makan malam. 

"Aku dah biasa lahh....lagipun dulu aku selalu gak mandu  ulang alik dari Vietnam  ke sini ....tak de hal pun.....hahaha " Sani cuba bergurau.

Semasa Sani hantar rakannya di Masjid semasa masuk waktu asar tadi, Azan sedang dilaungkan menandakan masuknya waktu Is'yak.....Sani dan rakannya berlalu dari situ bersama kereta masing masing.

Jam sudah hampir 6 pagi......Sani sudah hampir melintasi surau berhampiran rumahnya.....hatinya melonjak gembira,  urusan pembelian tanahnya selesai dalam sehari........syukur sangat segalanya dipermudahkan hari itu.......Sani senyum dan puass.....

DUMMMMMMMMMMMMMMMMMMM!!! 

Dalam leka itu Sani terlanggar  papan tanda   INI       yang terletak didepan surauuu......"
   




Sani meninggal disitu juga....

Orang pertama yang  temui dan memegang jenazahnya ialah PAKCIK yang DI HON oleh Sani semasa subuh semalam.

Dan......Mohd Sani juga telah berjaya memiliki TANAH seperti dibawah.....


AL FATIHAH ,buat pedoman!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.