-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 April 2014

PANAS TERKINI! PENOREH GETAH DIMINTA JUAL KONDOM.......HINA SANGATKAH MEREKA??

PEMBACA

Apa perasaan anda jika ayah atau emak anda yang seorang penoreh getah DIHINA dan diminta menjual kondom gara gara menuntut harga getah diberi perhatian oleh kerajaan. Adakah anda akan berdiam diri? 
Isu harga getah turun bukan isu politik, ianya adalah tanggung jawab dan AMANAH Kerajaan  yang BERSLOGAN " RAKYAT DIUTAMAKAN"........mana perginya slogan ini jika TERKENA PADA PETANI dan penoreh yang miskin? Kenapa dalam isu tol, syarikat konsesi begitu mudah diberi BANTUAN berjuta  ,kenapa petani miskin minta dinaikkan sedikit harga getah TIDAK DILAYAN??   

Adakah semua petani ini tidak mengundi BN dalam PRU lalu yang menyebabkan BN mampu berkuasa semula di Kedah? Inikah balasan pada mereka yang mengundi BN dahulu? 

Tanyalah sesiapa, tiada siapa HENDAK HIDUP DALAM KESEMPITAN DAN PENDERITAAN, tiada siapa BOLEH BEKERJA SEHARI 24 JAM untuk menyara hidup....Tak payah fikir terlalu jauh, bayangkan saja HARGA SEKILO GULA LEBIH MAHAL DARI SEKILO GETAH......anda sudah dapat merasai betapa peritnya mereka sekarang.

" Oklah tuu.....harga getah RM2.50 ......zaman aku dulu baru 50sen "........Jika ada yang berkata begini pada anda dalam kedai minum.......Anda HULURKAN PADANYA SEGELAS TEA yang anda minum lalu dengan lembut anda bertanya padanya........."Berapa harga SEGELAS TEA NI SEKARANG?"..........bolehkah dia menjawab jika dulu hendak dibandingkan dengan sekarang.

Penulis sendiri alami masalah apabila beberapa pekerja Indon tak mahu menoreh, alasan mereka "Macem mane mau hidup pak....sekilo baru dapat RM1.50 (Setelah dibahagi 2 dengan penulis dari RM2.50". Itu tak apa lagi.......hati mula panas apabila dia berkata " Kenapa ya harga Getah di Indonesia enggak jatuh sangat berbanding di Maleyseya, rakanku di Thailand pun harganya masih di aras RM3.00 ......"Penulis sendiri tak berani nak beri jawapan kerana jika mengikut harga pasaran, sepatutnya HARGA SEMASA GETAH KITA SAMA SAJA ANTARA Indonesia dan Thailand......apa jadi??

Masalah lebih teruk kerana sekarang daun getah muda, susunya kurang......tapi peliknya bila GETAH KURANG, HARGA mesti naik, seperti ladang sawit penulis.....buah sawit memang kurang tapi harganya sudah naik mencecah RM700 se tan, apa jadi?

Jika kita lihat, isu harga getah ini sepatutnya boleh dikawal kerana ada banyak agensi dibawahnya seperti Risda, Lembaga Getah Malaysia dan beberapa agensi lagi....apa fungsi mereka ini sekarang? 

Berbalik pada PENGHINAAN yang penulis sebutkan diatas.........INI BUKAN FITNAH TAPI INILAH YANG DITULIS SEPERTI BUKTI DIBAWAH.......

Jangan hina penoreh bro...para pemimpin BN ada juga lahir dari anak PENOREH ........Ingat tuuu!!



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.