-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 5 April 2014

CUKAI GST YANG PATUT ANDA TAHU.........

PEMBACA

Disini penulis lampirkan dua pandangan dari yang menyokong dan membantah kemudian terserah pada penilaian anda untuk membuat keputusan. 

Kemungkinan ada sesetengah dari kita tidak faham akibat "tersekat MINDA" apabila menyokong  mana mana pihak,kita cuba buka minda untuk memahaminya bukan dari sudut politik.

Ini pendapat salah seorang penyokong yang merujuk kepada beberapa kebaikan dari keburukan GST.

1. GST akan dilaksanakan pada 2015. GST BUKAN cukai baru, tetapi sejenis cukai menggantikan cukai sedia ada, SST (Sales and Service Tax). Cukai GST 6%, SST 10+6%, maka admin tanya, mana lebih banyak?

2. Harga barang akan naik, sebab SST tak kena pada setiap barang, GST hampir semua. Betul. Tapi kena betul-betul faham. Ada barang memang akan naik harga, tapi ada barang akan kekal harga, dan ada barang akan turun harga. Kenapa naik? Dulu tak kena cukai, nanti kena GST. Kenapa turun? Dulu kena SST, selepas ini kena GST. Ingat, GST lebih rendah daripada SST.

3. Tetap akan ada barang yang naik harga. Betul. Tapi barang yang macam mana? Beg tangan Gucci. Baju ZARA. Semua barang kehendak, bukan keperluan. Semua barang dan perkhidmatan keperluan (beras, minyak, gula, tepung, pengangkutan awam dan sebagainya) TIDAK AKAN DIKENAKAN GST. Maksudnya, yang akan bayar cukai lebih, adalah mereka yang lebih banyak keluar duit pada barang KEHENDAK, dan golongan ini pastinya golongan yang mampu. Maka, cukai GST akan lebih dirasa oleh golongan kaya berbanding golongan pertengahan dan miskin. Maka, adil lah. Anda kaya, anda dapat barang lebih, anda bayar cukai lebih. Tak begitu?

3. Cukai yang dibayar golongan mampu ini, akan membantu menyokong pendapatan negara yang selama ini terlalu bergantung kepada cukai pendapatan (cukai yang diambil daripada gaji anda).

4. Baik bagi subsidi kalau nak tolong orang miskin! Betul. Tapi mana lebih adil? GST atau subsidi? Kerana subsidi, baik miskin atau kaya, sama-sama merasa. Yang kaya bayar RM2, miskin pun RM2. Tetapi dengan GST, orang kaya beli beg LV, bayar cukai, salur kepada pendapatan negara, kemudian dapat kerajaan beri melalui "subsidi terarah", tak adalah kaya terus kaya.

5. Penipu! Kata 6%, lagi sikit daripada SST, tapi macam mana dapat jana pendapatan negara pula? Haha. Ha gini. Dengan SST, ramai pihak dalam rantai perniagaan lari daripada cukai, dan akhirnya yang bayar cuma pembeli. Dengan GST, setiap pihak dalam rantai perniagaan, pembekal, pemborong, peniaga, semua perlu bayar cukai. Maka tak terjadi lagi "Tax Evasion", dan tak lah pembeli je yang bayar cukai.

Cara mudah untuk memahami GST. Depa tak jelaskan semua ini. Depa cuma beritahu, dengan GST, harga semua naik.

Kalau begitu, tak adalah 90% negara dalam dunia ini guna sistem GST.

INI pula pendapat dari yang membantah sambil memberi Jalan terbaik yang boleh dilaksanakan selain GST.
MP Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mempertimbang bagi melaksanakan tiga cukai yang telah dilaksanakan negara maju sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Menurutnya yang juga pengarah strategi PKR, cukai itu antara lain dapat menambah pendapatan negara sekali gus mengelakkan membebankan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah jika GST dilaksanakan.

Tiga cukai itu antaranya Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.

Membahaskan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat petang ini, Rafizi berkata cukai tersebut telah dilaksanakan di negara maju tetapi tidak dilaksanakan di negara ini.

Malah beliau memberi contoh untuk mudah penjelasannya dan perbahasannya.

Mengulas 'cukai atas pertambahan nilai', dengan memberi contoh, jika beliau memegang saham dalam satu syarikat dan kemudiannya mendapat keuntungan daripada harga saham naik mendadak itu, maka ia dinamakan laba modal (capital gain).

Tanah PKFZ

"(Maka keuntungan itu) di negara lain kena cukai, hanya Malaysia saja tak ada. Ambil tanah PKFZ, dulu ambil cara murah, jual kepada kerajaan cara mahal, dengan transaksinya dapat untung besar.

"Itu namanya capital gain. Di negara lain capital gain kena cukai, tapi di Malaysia tak kena cukai.

"Kalau tengok kekayaan orang Malaysia, kalau nak tambah pendapat tanpa mangsakan rakyat perkenalkan 'Capital Gain Tax' dulu sebelum perkenalkan GST," katanya.

Mengulas 'Cukai Durian Runtuh' (Windfall Tax) ia perlu dikenakan kepada pemain industri atau syarikat yang memonopoli industri dengan mendapat keuntungan yang dianggapnya tidak munasabah atau berganda dengan memberi contoh seperti syarikat televisyen berbayar.

"Sebut Astro, marah, (syarikat lain) tak boleh masuk. Kalau di negara lain, syarikat ataupun industri yang monopoli atau syarikat dapat untung yang tidak munasabah, dikenakan cukai baru.

"Yang kena ini orang-orang kaya dan syarikat besar. Tapi sebut sahaja di Malaysia, sebut nak (buat saja), semua bangun (berkata ini) untuk kepentingan ekonomi. (Kerajaan) tak berani nak bangkang seperti kita bangkang GST.

'Cukai Maha Kaya'

"Dalam industri (untung) berlipat kali ganda besar, sepatutnya ada cukai durian runtuh supaya durian itu dikongsi, jangan dia seorang makan," katanya.

Mengulas 'cukai maha kaya', Rafizi berkata ia dikenakan kepada individu yang "terlalu kaya dan sampai mati makan tak habis", bagi membezakan dengan dengan rakyat biasa dan kelas pertengahan.

"Pada kadar dan struktur yang ada sekarang, pekerja eksekutif, di syarikat swasta,bayar cukai yang sama dengan orang paling kaya di negara ini.

"Tanya rakyat di kampung atau bandar, adil atau tidak, untuk melaksanakan GST, sedangkan perkara ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu.

"Kalau kerajaan kata perlu tambah pendapatan, kenapa tidak dipertimbang perkara ini dulu, sebelum dilaksanakan GST ini," katanya. 


 SUMBER KLIK SINI

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda.

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.