Tweet |
Kalau anda isteri yang prihatin, sila baca kisah dibawah.....Kisah benar ni tau sebab selalu SUAMI BEGINI SIKAPNYA....agak agak ada tak SUAMI AKAN TERASA ??.....HUH!
Seorang suami resah dan gelisah tergesa gesa masuk kedalam balai polis untuk membuat laporan. Wajahnya kelihatan pucat seperti telah KEHILANGAN SESUATU.
"Selamat pagi encik, boleh saya bantu " Tanya anggota polis yang bertugas.
"Saya nak buat laporan, isteri saya lari dari rumah pagi tadiii....., saya cari tapi tak dapat..." Kata Suami tersebut.
"Encik pasti ke isteri encik larii? "
"Amat pasti sebab saya balik tadi, kereta dan isteri saya tiada dirumah...ni dah nak malam,kemana lagi dia kalau tak larii.....".
" Baik -baik, kami cuba membantu, emmmmmm, sebelum tu encik beri beberapa maklumat yang kami perlukan bagi memudahkan pihak kami menyiasat dan menyelamat".
"Boleh..., saya risau sangat niii encikkkkk........aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiii". Jawab si suami dengan wajah semakin pucat.
"Macam mana personaliti isteri encik, maksud saya potongan badannya,wajahnya dan warna baju yang dipakainya "
" Isteri saya biasa saje macam isteri orang lain, tak gemuk dan tak kurus,tak tinggi dan tak kurus...ala biase jerr,....bab baju tu saya tak pasti dia keluar tadi pakai kaler ape,tapi yang pasti bukan water kalerr.....".
" Selalunya kalau ade masalah isteri encik pergi mana? Tak cuba cari kat situ "
" Saya dah cari kat umah mertua sebab itu jer tempat yang KAMI selalu BALIK bersama, lain lain tempat saya TAK PASTILAH encik..."
"Sebelum ni ada masalah ke dengan isteri encik...faham kan maksud saya".
" Faham....tak ade plak sebab makan pakai semua cukup saya sediakan....cuma saya ni sibuk selalu balik lewat ...tu pasal kot..."
"Oh ya ! hampir terlupa, beri nombor telefon isteri encik".....
"Itu MASALAHNYA.....saya tak ingat..errr.....tak tahu sebab isteri saya yang telefon saya SELALU ......lagipun saya tak tak pasti nombor mana milik isteri saya dalam senarai pemanggil ni...banyak sangattt......."
"Kawan kawan rapat dengan isteri ,kenal ?"
" Takkk, manalah saya ada masa nak ambil tahu semua tu encik....."
"Baiklah.....apa jenis kereta yang dilarikan isteri encik sepertiiii................"
NAMUN,sebelum habis anggota polis ini bertanya SUAMI TADI terus menjawab dengan PENUH KEYAKINAN YANG TINGGI.....
"BMW M3... model 2013, warna merah maron, Spokrim 18Inci jenama "Apa nama"(Ni jenama baru 2014, Madit punyee),tayar jenama Khir "Toyo" ,cermin tintet V -COOL dan JPJ Approve , Sytem Hifi Sony macam yang bas Sanny express gunakan, Kusyen kulit Itali Made, Enjin Twinturbo 2.4 ,sirkit dan bumper limited edition keluaran Ah Kiat motor....dan paling saya risau esok saya nak konvoi ngan ahli club BMW Semalaysia, saya pengerusinyeee enciikkkkkk........" Kata Suami tadi sambil mengesat air matanya.........
" Jangan susah hati, nanti kami cuba cari isteri ehhhhhhh KERETA ENCIK YEEE........nah tisuuu..." Perli salah seorang anggota polis WANITA yang kebetulan juga mendengar masalah si suami tadi!!
Haaaaaaaaaa! Dah nampak tak PRIHATINNYA ENCIK SOMI PADA kita puan puan ....tak caya cer tanya dia apa warna baju kesukaan kita ? Dapat tak dia jawab ngan tepat LAGI LANCARR......!
"Abanggggggg....meh jab Nur nak tanya niii................"
Edited by- +Mysury Nur Huda Kantoi IdentitiTweet
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan