-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 4 April 2014

KANTOI MENIPU DI SABAH........Tobat weyyyyyyyy!!

PEMBACA

Kejadian ni penulis alami di Sabah dalam sebuah warung kecil ditepi jalan. Tiada siapa tahu kisah ni kecuali anda yang membaca habis artikel ni hahahaha. 


Ok , begini kisahnya....

Waktu itu dalam pukul 10 pagi, penulis memandu menyusuri jalan kampung disana....triba triba ternampak sebuah warung dan tergerak dihati nak berenti minum dan merasa macam mana sarapan orang Sabah ni.....

Nasik lemaknya rasa camne, kot ada kuih pelik pelik ke......tea tariknya sama ke tidak cam kita, semua tu menyebabkan penulis cepat cepat berhentikan  kereta ketepi dan menuju masuk ke warung tersebut.

Errr...pelanggan dalam warung itu agak ramai, masing masing memerhatikan penulis macamlah penulis ni ORANG ASING......buat muka selamber jelah! Dah faham sangat perangai orang kita, kalau kita masuk kedai seorang diri PASTI diri kita jadi perhatian....agaknya jadi  pelik kalau minum sorang sorang ni terutama kat warung.....hahaha!

Penulis order nasi lemak dan ambil beberapa kuih yang tak tahupun apa namanya......sambil tunggu tea tarik sampai, penulis cuba cover malu SEBAB DIPERHATIKAN oleh para pelanggan dalam warung itu... 

"Ko kat neee? Ok ....lagi sejam aku sampai ". Cewah! Kata penulis seolah olah sedang menelefon seseorang ,sedangkan cuma LAKONAN untuk caber malu .

"Esok pukul berapa?" ........Penulis teruskan lakonan menipu gunakan telefon lagi yang sebenarnya cuma cakap seorang diri ...iyelah kan! Segan juga minum sorang sorang ni,jadi kenalah buat aksi macam "sibuk" skit!

Tea tarik pun sampai lalu dihulur oleh pelayan warung tersebut, dengan lembut dia bertanya.....

"Abang pakai line apeee....." .

"Celcom....." Jawab penulis tanpa ragu ragu pada pelayan .

"Eh! Celcom ada line ke sini bahh??....." Kata pelayan itu  menyebabkan tea tarik penulis nak tersemburr keluarrrrr........Adoiiiiiiii!! Nasib baiklah pelayan tu tak banyak soal dan terus berlalu sambil tergaru garu kepalanya.....

Adehh! Dikala itu, penulis rasa semua mata pelanggan tertumpu pada penulis ,kalau boleh dibungkus dan lari memang dah lari sebab maluu...tapi karang nampak sangat.......buat selamberrr jerrr sambil cuba fikir strategi lain untuk caber malu.

Adapun surat kabar......penulis ambil akhbar yang berada di meja sebelah juga tanpa syak wasangka.....dengan selamber penulis membelek surat kabar tersebut.........tapiiiiiiiiiiiiiiii............tapiiiiiiiiiiiiiiii.........

ADOHHH!! lagi sekali TERPAKSA MENAHAN MALU ......apa nak dibaca kalau BEGINI isi BERITANYA........Poning den! 


Moral nya, jangan menipu walau dimana anda berada dan JANGAN MINUM SORANG kalau tak nak ambik risiko......hahahaha!

KLIK SINI UNTUK BERITA MEREKA......! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.