-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 4 April 2014

BACA LAGI UNTUK TIDAK MUDAH TERTIPU.....VIRUS TERKINI FACEBOOK!

PEMBACA

Dalam artikel sebelum ni ada dikongsikan ISU "Ada pihak ambil kesempatan diatas kecuaian kita untuk berkongsi berita terutama #MH370 ,penulis pun tak mahu menyalahkan sesiapa,cuma nak dingatkan sekali lagi......


Tidak semua berita yang disebarkan dalam media sosial itu benar, ada yang cuma mahu menjadikan anda mangsa mereka meraih keuntungan dari IKLAN ....Senang cerita,mereka dapat untung anda dapat VIRUS....nak tambah kesian lagi,anda DIMAKI OLEH PENGGUNA LAIN KERANA MENYEBARKAN BERITA PALSU. 

Biar dijelaskan lagi sekali. Ada beberapa link menipu yang disebarkan berkaitan BERTEMUNYA PESAWAT #MH370 , bertemunya mayat ,ini semua adalah teknik untuk menarik minat anda KLIK sahaja. Nak bagi nampak real penipuan ini,mereka kongsikan link ini dalam Youtube selain menggunakan gambar pesawat terhempas yang entah zaman bila. 

Apa jadi bila anda klik link tersebut? Ianya akan berada di wall Facebook anda secara automatik siap dengan komen sekali untuk mengajak rakan anda klik sama. Macam penulis sebut diatas, silap silap ada pengguna yang marah anda kerana KONGSI MAKLUMAT PALSU ...kan dah naya namanya itu.

Apa tujuan link itu dikongsi dan apa kaitan dengan kita? Tujuannya cuma untuk mendapatkan keuntungan dari iklan yang berada dalam laman web mereka sahaja dan anda dijadikan mangsa untuk menyebarkan PERNIAGAAN mereka tanpa rela.

Disini penulis kongsikan link yang diambil dari youtube sebagai bukti untuk kefahaman anda,Anda perhatikan dalam video itu dilampirkan juga link yang jika anda klik ianya membawa anda kepada laman web mereka dan VIRUS TELAHPUN BERADA DALAM WALL FACEBOOK ANDA SECARA TERSENGAJA.....ehh!



Ini pula link bersama komen pada pengguna yang telahpun KLIK........Tips untuk tahu link itu palsu atau tidak, anda perhatikan dahulu pada link (Garisan merah) dibawah, jika link itu palsu, akan ada nama laman web seperti HDz-Zone dibawah.

Semoga anda tidak tertipu macam video ni .......hahahaha!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.