-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 2 April 2014

BERITA ASTRO YANG KANTOI!! NAMPAK TAK PAKAI BAJU JERR..........

PEMBACA

Ada kalanya kita tidak nampak apa yang orang lain nampak ........penulis buktikan dari petikan berita tentang Astro oleh Harian Metro ni........

 Baca yang dilampirkan dibawah melalui laman web mereka dahulu.


Pelanggan Astro bertambah 400,000

Oleh Sofyan Rizal Ishak
Kuala Lumpur: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) mencatatkan peningkatan dua digit dengan pertambahan hasil sebanyak 12 peratus kepada RM4.8 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2014 berbanding RM4.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Syarikat turut mencatatkan peningkatan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) sebanyak 16 peratus kepada RM1.6 bilion bagi tahun ini berbanding RM1.4 bilion serta dividen per saham sebanyak 33 peratus tahun ke tahun kepada 2.0 sen dan dividen akhir 1.0 sen.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rohana Rozhan berkata peningkatan hasil dua digit bagi empat suku tahun kewangan tahun ini banyak disumbang oleh pertambahan jumlah pelanggan, langganan produk dan perkhidmatan nilai tambah lebih banyak serta pertumbuhan perbelanjaan pengiklanan (Adex) yang menerajui industri. “Untuk sepanjang tahun kewangan ini, kami berjaya menambah jumlah pelanggan kepada 400,000 dengan jumlah keseluruhan sebanyak 3.9 juta pelanggan iaitu kira-kira 56 peratus daripada kediaman yang memiliki televisyen di negara ini,” katanya pada majlis pengumuman prestasi kewangan 2014 Astro, di sini, semalam.
Artikel penuh disini.......
Apa yang kantoi dari berita diatas? Nampak biasa jer cuma yang luar biasa mungkin JUMLAH pelanggan yang agak mengejutkan....err......err....ramai ke suka Astro? 
TAK PER......Anda lihat pula petikan berita  sama yang disiarkan dalam  akhbar mereka dibawah.

er.....er.....nampak? Kalau anda tidak nampak ternyata anda pembaca WANITA kerana wanita jarang beri perhatian pasal gambar Datuk Rohana Rozhan .........yang beri PERHATIAN CUMA LELAKI macam niii........


MIahahaha......letak la gambar yang tidak MENCURIGAKAN ......tak gitu! Pak Imam pun boleh tercabut kopiah cenggini..........Adehh! Jangan serius sangatlah sesekali kita perlu HUSNUZON (bersangka baik ) jangan SUUZON (Bersangka jahat) sambil senyum ketawa. 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.