-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 2 Mac 2014

TENGOK SAJA MANGSA MERAUNG KESAKITAN AKIBAT KEMALANGAN!

PEMBACA


"Jangan sentuhhh".......Itu kata seorang rakan kepada penulis yang cuba membantu seorang penunggang motor yang cedera dan tidak mampu bergerak ditepi jalan.Matanya dilihat terkebil kebil menahan sakit mungkin.......

Soalannya.....TIDAKKAH PENULIS DILIHAT ZALIM kerana biarkan mangsa tadi terbiar disitu? MASALAHNYA.......Apakah penulis SELAMAT jika semasa penulis membantu mangsa tadi,triba triba kakinya PATAH DAN PENULIS AKAN DISAMAN oleh mangsa tadi KEMUDIAN hari?
Itulah masalah yang perlu kita sebagai pengguna jalan raya perlu ambil tahu. Masalah SOP yang sebenarnya NAMPAK ZALIM tapi TERPAKSA di ikuti kerana takut.....takut TIMBUL MASALAH KEMUDIAN HARI.

Kadang kala kita berasa sedih, nak membantu tapi takut kita pula teraniaya nanti....masalahnya tak timbul jika yang terlibat kemalangan itu sedara mara kita sendiri,tapi kalau melibatkan orang lain.......susah kan?

Memang banyak kes yang kita boleh dengar dan lihat,bila berlaku kemalangan, kebetulan lalu sebuah ambulan.....mereka memeriksa keadaan mangsa dan mangsa meninggal dunia . Ambulan itu PERGI BEGITU SAJA tinggalkan mangsa....KENAPA MEREKA TIDAK BAWA SEKALI MANGSA YANG MENINGGAL DUNIA ITU SEKALI DALAM AMBULAN?? 

Sebab ada LANGKAH yang perlu mereka ikuti........Kena tunggu polis sampai dulu untuk PEMERIKSAAN DAN PENGESAHAN.......

Penulis ada satu cerita.....rakan penulis dalam perjalanan dari Perlis ke Sitiawan Perak, semasa beberapa kilometer lagi nak sampai,rakan penulis berenti untuk membantu mangsa kemalangan . Dia membantu membawa mangsa dalam keretanya untuk ke hospital,nasibnya malang ,mangsa meninggal dunia dalam keretanya........PADAHNYA DIA DISOAL SIASAT OLEH POLIS kerana CUMA MEMBANTU......Nasib baik keluarga mangsa itu TIDAK SAMAN......    

PATUTKAH SELEPAS INI KITA CUMA MELIHAT SAJA? Patutkah kita membiarkan saja anak kecil yang tercampak keluar dari kereta ke tengah jalan dan masih bernyawa dibiarkan digilis kenderaan lain ? 

PENULIS TAK SANGGUP! Penulis akan bantu setakat mampu......SOP tak SOP lantaklah kerana PENULIS ADA NALURI KEMANUSIAAN..........

"Dahhhhhh....meh kita angkat dia ni perlahan lahan ke tepi......." Kata penulis kepada rakan tadi ......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.