-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 2 Mac 2014

SAMBIL MENANTI SUAMI........Adeh!

PEMBACA

"Ibu, nak air MAHAK......" Pinta anak Nur yang sulung.......Adik bongsunya terus mendengus marah.....maklumlah diperli oleh abangnya. Nur cuma senyum perhatikan gelagat mereka sambil hulurkan air masak pada anak yang sulung.

Memang setiap anak Nur sewaktu kecil mereka pelat, ada yang sebutan mereka tak berapa jelas, ada yang langsung tak dapat disebut. Yang bongsu ni dia tak boleh sebut S......adehh! Jadi segala perkataan disebutnya akan jadi bahan usikan abang abang dan kakaknya.
Memacamlah seperti anak dara Nur plak pastinya "DAK EMPAN" yang dirujuk pada budak perempuan manakala  anak ke tiga Nur ni spesil sikit walau  tak pelat melampau tapi  dia nak NAMPAK ALIM ulamak ....perkataan "Mende tak elok" sering diulang sebut terutama jika kita cakap perkataan seperti BODOH, BABI dan lainnnya......Jangan sesekali disebut depan BAKAL IMAM MUDA Nur ni...mau dimarahnya kita....ahakss!

Paling untung pastilah yang sulung , kerana walau sepelat manapun dia,cuma Nur dan En Somi yang tahu...adik adiknya kan kami belum siap proses waktu tu...ehh!!Tapi sebagai ibu yang prihatin, Nur perlu adil juga pada semua adik adiknye....

"Nak tau tak? Masa kecil abang pun pelat tauuu..." Kata Nur menyebabkan semua anak anak Nur memberi perhatian ,masing masing menjeling pada abang mereka .......

"Apa ibu...apa..." Tak sabar nampaknya semua nak tahu KISAH LALU.....adehh!

"Alaa...abang tak pelat sangat cuma abang ada masalah nak mengira..." Kata Nur membuka sejarah laluu.....

"Camnee ibuu...cer crita.....".

"Ahakk.....abang tak pandai sebut pertama.....abang akan sebut KESATU...diikuti kedua dan seterusnya.......hahahaha". Nur dah mula nak tergelak diikuti mereka bertiga....adehh!!

"Lagi satu kan....kalau mengira ....contohnya nombor berkembar macam 11, 12,23,40... abang akan sebut macam ni.......SATU SATU BELAS , DUA TIGA BELAS,DUA TIGA PULOH DAN EMPAT KOSONG PULUH..........adoiiii!" Keras perut kami ketawakan si sulong yang buat buat tak dengar......

"Gelak apa niii....." Adeh! Ketawa kami anak beranak berhenti bila kelibat En Somi mengetuk pintu kereta tadi...Dah sampai pun ......!

"Ibu cerita pasal abang baba..." Kata anak bongsu yang masih lagi ketawa, maklumlah dia sering jadi MANGSA USIKAN ABANG YANG SULONG....peluang macam ni dia perlu gunakan sebaik mungkin.

Selesai Majlis Makan malam yang dianjurkan oleh Bos tempat Nur bekerja, kami pun beredar untuk balik,dalam perjalanan balik dalam kereta En Somi itu,  Nur beritahu tentang PUJIAN RAKAN RAKAN SEKERJA NUR  

"Awak nak tau, tadi semua rakan rakan Nur cakap Adik Ensem..kiuttt sangatt" Puji Nur sambil memandang pada anak bongsu yang sudah kembang kempis hidungnya. Sempat juga Nur menjeling pada abang dan kakak yang NAMPAK macam "menyampah" dengan pujian itu.

Belum pun Nur sempat puji yang lain.......Anak bongsu dah MEMBERI KATA BER AMARAN....

"DENGAR TU ABANG DAN KAKAK......Itu PERINGATAN IBU TUU....jangan DIBUAT BUAT LUPA DAN TIDAK AMBIL PENGAJARAN........" Adoiiiiiiiiiiii!! Itulah ayat Anak bongsu Nur yang menyebabkan kami sekeluarga hampir termuntah.........

Adehhh!!


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.