-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 3 Mac 2014

TAK SEMUA DIBUAT KERAJAAN ITU SALAH......

PEMBACA

Jika anda prihatin dengan pelajaran dan masa depan anak anda, beri ruang untuk membaca pendedahan ini. Penulis akan cuba kongsikan apa itu SISTEM PBS yang hangat diperkatakan beberapa minggu lalu.

Penulis bukan mengambil isu basi, tetapi penulis ambil masa untuk KAJI dan fahami dan inilah yang penulis perolehi ......semoga mampu memberi sedikit kesedaran bagi ibubapa ,pelajar dan guru termasuk juga pemimpin politik ehh!


Fahami dulu ayat ini.........APA TUJUAN SEORANG Kita sebagai ibubapa HANTAR ANAK KE SEKOLAH ?? Kedua, apa TUGAS SEORANG GURU?? KETIGA.....KENAPA DIBANGKANG?

Kita fokus pada PERANAN IBU BAPA DAHULU.....

Sebagai ibu bapa kita pastilah mahu anak kita berjaya dalam pelajaran, atau SEKURANG KURANGNYA mampu hidup dan berdikari dan untuk menyelesaikan masalah ini, pada penulis sistem PBS adalah yang terbaik kerana TIADA LAGI ISU PELAJAR TERCICIR atau ketinggalan dalam pelajaran. 

Contoh......

Kita ada terdengar, ada murid atau pelajar yang sudah masuk darjah 4 pun MASIH TIDAK TAHU MENGEJA mahupun mengira........kerana apa? Mungkin pelajar itu NAKAL lalu tidak diberi perhatian oleh GURUNYA, mungkin pelajar itu ponteng tanpa pengetahuan kita, tapi tidak diambil tahu oleh gurunya termasuk kita.

Inilah gunanya sistem PBS yang penulis faham, setiap pelajar akan ada rekod penilaian peribadinya yang JUGA BOLEH DIPERIKSA OLEH IBU BAPA tentang prestasi anak mereka. Setiap pelajar juga akan dipastikan tahap kemampuan dan pencapaian mereka TIDAK lagi melalui peperiksaan tetapi melalui pengetahuan dan kemahiran mereka yang memberi maksud disini tiada murid atau pelajar Kelas A atau B. 

UNTUK LEBIH FAHAM ANDA RUJUK SINI 

Kita rujuk pula kepada GURU......

Jawapannya .........SANGAT MEMBEBANKAN walau sebenarnya ia memberi KELEBIHAN KEPADA PELAJAR! Penulis tak dapat nafikan perkara ini kerana TUGAS BERAT yang akan menanti seorang guru kerana sistem PBS ini. Tetapiiii......

Ada kisah disebaliknya, rata rata dikalangan guru sekarang terlibat dalam perniagaan, ada yang jual insuran,kereta dan sebagainya......benar mereka nak menambah punca pendapatan, tetapi TIDAK KAH TERJEJAS PRESTASI pengajaran mereka??

Contohhhhhh........

Semasa sedang mengajar dan menulis di papan hitam, triba triba Cikgu Amir mendapat panggilan dari hpnya......" Cikguu! Ada masalah besar, lori cikgu terbalik!" Kata sipemanggil. 

Apa perasaan cikgu Amir ketika itu? Pasti tumpuan mengajarnya SUDAH HILANG dan sibuk memikirkan "URUSAN SEWA LORI" yang merupakan   sumber pendapatan sampingannya.

Tak semua guru terlibat dalam perniagaan, benar! Penulis setuju tetapi macam mana pula jika guru berhadapan dengan situasi begini......

ADA PELAJAR yang lembab dalam kelas, apa diajar semua lambat untuk difahami, adakah guru akan temui pelajar ini untuk membantu atau MEMBIARKAN SAJA PELAJAR LEMBAB INI kerana mengejar WAKTU? 

Macam mana pun, penulis perlu adil, anda baca PENDEDAHAN seorang guru dibawah yang mampu ketawakan penulis bahawa MAKSUD PBS ialah PANDAI BODOH SAMA.


BAIK........Kita rujuk pula kepada masalah ke TIGA, KENAPA DIBANGKANG??

Dibangkang kerana KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA "Swastakan" PENGENDALI SISTEM PBS ini kepada satu syarikat. Apabila disebut syarikat Swasta, pastilah KEUNTUNGAN diutamakan bukan KUALITI Server yang menurut guru makin hari makin LAMBATT,bila lambat tidur pasti LEWAT! 

Kenapa pula kita nak marah kalau diswastakan? Kerana KITA SEBAGAI RAKYAT JUGA TERLIBAT.........bukankah kita PEMBAYAR CUKAIII...........!!

Oklah, ada pro dan kontra dalam isu PBS ......ini yang mampu penulis kongsikan....semoga ada JALAN UNTUK SELESAIKAN ISU INI........

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.