-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 3 Mac 2014

AHLI POLITIK DITANGKAP KHALWAT TERSEBAR.........KECOH!

PEMBACA

Kecoh dalam media sosial kerana masing masing cuba mendapatkan maklumat SIAPAKAH WANITA bergelar ahli politik yang dimaksudkan? Tetapi jika kita mengikuti CORAK DAN GAYA Politik negara kita, jawapan bagi SIAPA AHLI POLITIK TERSEBUT ialah......

Ianya pasti bukan dari kalangan PEMBANGKANG , kerana kalau pembangkang MEREKA  pasti dah UMUMKAN SECARA MELUAS.......

Ini lampiran beritanya yang sangat suspenderr.........

KANGAR –  Seorang ahli politik ditangkap khalwat bersama dengan seorang lelaki yang sudah berkahwin oleh Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips).
Ahli politik itu, 30, yang merupakan seorang janda ditangkap khalwat bersama seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun di sebuah bilik hotel dalam satu serbuan pada pukul 1.30 pagi Isnin.
Sumber memberitahu bahawa serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat, sambil menambah bahawa ahli politik itu berpakaian lengkap manakala lelaki tersebut hanya bertuala dan berkemeja-T.
“Kedua-dua mereka memberi kerjasama dengan pegawai jabatan agama Islam dan memberitahu bahawa mereka berdua bukan pasangan berkahwin. Mereka kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah di mana satu laporan dibuat.
“Mereka disiasat di bawah Seksyen 9(1)(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah, yang mengendakan denda RM5,000, penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati bersalah,” kata sumber itu.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superitendan Abdul Rahman Mohd Noordin ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden oleh pegawai Jaips. 
SUMBER – The Star

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.