-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 3 Mac 2014

MAKI HAMUN JPJ LALU TERIMA BALASAN SEGERA!

PEMBACA

Hidup ni jangan mudah sangat kita maki hamun orang, kadang kala BALASANNYA begitu cepat dan tidak disangka!

Cerita seorang rakan penulis yang merupakan seorang anggota PENGUATKUASA JPJ kawasan Bahau......Sambil hirup Kopi dia mulakan bicara,


"Babiiiiiiiiiiii! ko nak saman pun agak agak la, kereta ko pun pakai cermin gelap". Maki seorang pemandu yang membawa beberapa pekerja bersamanya. 

"Aku bukan tak nak tolong ko, masalahnya pegawai aku ada ........."Bisik penguatkuasa JPJ itu sambil memerhati keadaan sekeliling.

" Mana pegawai ko? Sial betul! Dia tak kenal lagi aku saapaa". Lalu pemandu ini menuju ke arah beberapa lagi penguatkuasa JPJ  yang berada disitu. Dari jauh penguatkuasa JPJ ini dapat memerhatikan rakan rakannya dimaki hamun termasuk pegawainya sendiri...........akhirnya kertas saman dikoyak depan matanya lalu pemandu ini yang juga rakan sekampungnya berlalu.

Memang peguatkuasa JPJ ini kenal pemandu tersebut walau tidak rapat, dia adalah antara pemimpin politik terkenal yang juga seorang Kontraktor . Selalu mendengar cerita yang pemandu ini suka maki hamun orang selain  gunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadi,nah! Pukul 10 pagi tadi penguatkuasa ini RASAI SENDIRI apa yang pernah didengarnya sebelum ini.

Lebih kurang pukul 4 petang, dalam perjalanan balik setelah segala urusan selesai, penguatkuasa JPJ ini bertembung dengan satu kemalangan.....Kereta mangsa dilihat terpelesok didalam longkang dan masih kelihatan mangsa mangsa yang meraung kesakitan. 

Atas rasa simpati dan kebetulan tiada kenderaan lain ketika itu, kesemua mangsa dibantu dan dibawa dengan kenderaan mereka walau mereka terpaksa BERPATAH BALIK untuk dibawah ke Hospital berhampiran.

Menurut kata penguatkuasa JPJ ini lagi, JIKA IKUTKAN MARAH ,malas dia nak membantu mangsa mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu  kerana salah seorang MANGSA YANG TERLIBAT DAN CEDERA PARAH IALAH PEMANDU yang maki hamun beliau pagi tadi,TETAPI PERASAAN "simpati itu lebih dari amarah"........dia bantu jua!

Ingat tu, tak kira apa jua bidang anda, hormatilah peranan masing masing dan patuhilah udang undang ! 

Syabas bro............

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.