-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 2 Mac 2014

PEMBERIAN BR1M PUN DAH BERI BUKTI NYATA......anda nampak?

PEMBACA

ALLAH DAH BERI BUKTI DAN DITUNJUK DEPAN MATA PUN ada kalanya KITA MASIH TAK NAMPAK,kita asyik terleka dan terlena dibuai mimpi.....

Cuba baca petikan berita dibawah ,kemudian cuba fikir apa yang ANDA NAMPAK DAN FAHAM dari sudut yang lebih luas ?
PETIKAN BERITA

Beliau berkata kerajaan menjangkakan untuk tahun ini 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

"Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 'buffer' bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini," katanya.

Namun, kata Ahmad, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.

"Sehubungan itu, saya memohon agar penerima BR1M dapat mengemas kini maklumat nombor akaun bank mereka bagi memudahkan urusan," katanya sambil menambah agihan pembayaran BR1M akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 turut layak menerima sejumlah RM450 serta caruman takaful RM50 dan bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 juga layak menerima RM300.

-- BERNAMA

Dari petikan berita diatas, kita merujuk kepada YANG MEMOHON ,kita tidak lagi mengira jumlah yang TIDAK MEMOHON SEDANGKAN MEREKA LAYAK.....Katakanlah jumlahnya 5 JUTA dan kita campur dari 7.9 juta tadi......JUMLAHNYA hampir 13 juta (12.9).......kemudian kita tolak pula dari jumlah penduduk dalam negara kita seramai 28juta........  

JAWAPANNYA IALAH SEPARUH  (15juta) KAN....... DAN YANG SEPARUH INI  MEMBERI MAKNA MEREKA BERADA DITAHAP KEMISKINAN yang MEMBERI MAKNA BEGINI

"MEREKA MEMANG boleh HIDUP, TAPI HIDUP DALAM KEPERITAN kerana kosnya semakin NAIK dan PENDAPATAN SEMAKIN MENURUN ".......

Akan ada yang pertikai ......pendapatan dibawah RM4000 bukan diatas RM4000 itu sudah memadai rakyat hidup SENANG, isunya ialah kalau rakyat senang dengan pendapatan RM4000 kenapa Kerajaan susah payah bagi BR1M , kan namanya BANTUAN rakyat .......bukan SUMBANGAN rakyat......?? Kenapa Kerajaan gunakan perkataan BANTUAN , bukan SUMBANGAN RAKYAT 1 MALAYSIA sekiranya rakyat sudah SENANG??

RAKYAT MAMPU BERKERETA macam mana pula? KERETA ITU KEPERLUAN ,sama juga seperti peti ais mahupun MESIN BASUH......ade ke orang basuh kain tepi sungai sekarang ni ?

Cuba kira betul betul tahap kemampuan seorang rakyat yang kita ambil purata anaknya 4 orang bersekolah, tinggal dibandar besar yang celik mata saja PERLUKAN DUIT......cukup ke??



0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.