-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Sabtu, 1 Mac 2014

GAMBAR SEBENAR YANG KANTOIKAN FITNAH MURTAD DI GEREJA DISEBAR!

PEMBACA

Ingatkan selepas Papakedana eh! Papagomo disaman kerana memfitnah,ada pihak ambil iktibar, rupanya tidak. Masih ramai lagi yang bercita cita untuk menjadi seperti PAPAGOMO seterusnya memegang TARAF kerakyatan "PAPAKEDANA" kerana fitnah!


Isu gambar Murtad seperti dibawah disebarkan tanpa rasa malu,tanpa rasa bersalah lebih lebih lagi ianya turut DISEBARKAN MEDIA INDONESIA.......aduhai! 


Errrrrrrrrrrr.....logik ke kalau orang nak Murtad datang bertudung??

Susah nak cakap kalau orang suka fitnah ni, bak kata orang......Andai kata Kucing JIRAN Anwar Ibrahim mencuri ikan pun AKAN DIJADIKAN ISU ,asalkan dapat letak nama ANWAR IBRAHIM,dapat kaitkan nama  Parti Pas ,Parti Dap ataupun PKR........aduhaiii!

INI GAMBAR SEBENAR DEWAN yang MERUJUK KEPADA FITNAH DIATAS.

INI PENGAKUAN SALAH SEORANG AKTIVIS yang MENAFIKAN PERKARA TERSEBUT.

Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan,  telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu.

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTACjadi gereja!"


1 Mesej diterima:

siapa nak masuk christian atau islam, nak keluar islam dan masuk christian?? itu HAK DIA..tak payah gaduh2 pasal itu. agama hak individu.....

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.