-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Khamis, 27 Mac 2014

SYAITAN MENCICIT LARI KERANA BUDAK INI.......Adoiii!

PEMBACA


"Aniq...kenapa tak siap lagi gi ngaji". Jerit Editor Nur pada anaknya yang sedang berlatih lompat jauh menggunakan katil sebagai jarak jauhnya. Sebenarnya waktu untuk mengaji tak lewat sangat,cuma takut katil baru dibeli itu patah.....ehhh! Tak gitu Pn Nur hahaha.


"Huh! Baru nak pecahkan rekod ...memanda menteri kaco plak....." Kata anaknya sambil berlalu ke bilik air.  Debuss debass.....debuss debas bunyi anaknya mandi sambil sesekali terdengar suara si anak tadi yang macam menyanyi,tapi bunyinya macam bercakap...sungguh merosakkan halwa telinga siapa yang mendengarnya!!

"Makan dulu....karang balik ngaji buat keje sekolah dan tidur...." Pesan Editor Nur yang sebenarnya tak pesan pun anaknya dah tahu kerana itulah SUSUNAN AYAT SI IBU setiap kali maghrib.

"Amboi....bab doa makan kemain hafal ,ayat Quran satu pun tak boleh baca lagii....." . Perli  Editor Nur setelah anaknya mampu membaca doa makan dengan terang,kuat dan jelas. 

Setelah siap, Aniq pun berbasikal untuk mengaji, dia singgah dirumah rakannya untuk pergi bersama sama ke surau berdekatan.

"Kite demem la Aniq, kite tak gi ngaji ari niii......err...kim salam kat ustaz dan Aina Syafina yee...." Kata rakan sekolahnya memberi alasan sambil memegang IPAD.....

Huh! Sorang nampaknya hari ni.....bisik Aniq dalam hati lalu mengayuh basikalnya menuju ke surau. 

Balik dari mengaji.......sedang Aniq berbasikal sambil menghafal Alif ba ta min nun ya... dilihat kelibat lembaga YANG BESAR, HITAM berdiri didepannya......kayuhannya terhenti!. Debarnya semakin kencang kerana terasa amat takut ....alamak! Aku baru belajar ngajiii...nak baca surah ape lak niii.......Hatinya berbisik dalam nada takut.

Lembaga itu tetap berdiri disitu, Aniq semakin takut ..dia cuba ingat lagi apa apa ayat yang diketahuinya....tak kan nak baca Alif ba ta Min Nun Ya...kena gelak plak dengan syaitan ni nantii......Akhirnya Aniq nekad.....

"Allah hu akbar.......Allahumma baarik llanaa fiima razaqtanaa waqinaa adzaa ban-naar"  Allah Hu akbar!" .......

Lembaga yang mengaku syaitan itu pun mencicit cicit lari ketakutan, lebih takut dari ANiQ sambil berbisik dihatinya .

"Dasat budak ni.......hampir KENA MAKAN AKU TADIII........"

Adaptasi dan ubah suai - Google cerita lawak

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.