-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 25 Mac 2014

SESUATU YANG TAK DISANGKA........sering mendatangi kita #MH370

PEMBACA

Kesian juga dengan nasib Ustaz dari Rawatan Islam Darul Manzil yang disebabkan MIMPINYA ,dia mungkin tak lena tidur selepas ini kerana banyak komen dan tohmahan yang dilemparkan....

Tak apelah, disini penulis lampirkan MIMPI BELIAU TENTANG #MH370 dan PENJELASAN BELIAU pada yang masih tercari cari MIMPI APA PULA KISAH USTAZ NI??
 MIMPI MH370 (mungkin mainan tidur.. sekadar berkongsi..)

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout. Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O……

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan. Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin.



INI PENJELASAN BELIAU pada yang komen dan memberi pelbagai ANDAIAN.....
PANGGILAN SAUDARA MH370
Assalamualaikum..
Baru hari ni saya membuka FB kerana 2 hari lamanya saya demam panas sekeluarga. Ni pun alhamdulillah walaupun ada pening-pening sedikit...
Bila dibuka laman FB darul manzil, saya terkejut bila menerima friend melebihi 300 orang dalam 1 hari... Bila dilihat share post, artikal bab 'Mimpi MH370' yang menjadi tujuan pembaca. Tidak termasuk lagi copy-past dalam blog-blog persendirian. Ada pulak yang letak pic saya sebelah kapal terbang... Rajin sungguh..
Saya juga menerima panggilan daripada beberapa saudara MH370 untuk meminta pandangan peribadi saya berkenaan hal ini...
Selain itu, leka juga membaca komen-komen positif dan negatif daripada pembaca berkenaan post saya ini..
Di sini akan saya jawab 1 persatu persoalan kalian secara umum... Ready...
1. Sebagaimana dalam tajuk post, saya katakan itu adalah MIMPI.. Maka tidak sahih kebenarannya.
Maka jika kata itu khayalan, silakan.. Nak kata itu petunjuk pun silakan.. Tapi nak kata saya REKA CERITA memang saya MARAH kerana saya BENAR-BENAR BERMIMPI...
2. Ada yang kata saya reka cerita ni selepas diumum di TV tentang MH370 sebenarnya terhempas.. Kepada yang buat komen macam tu, sila lihat tarikh post, nak menuduh pun semak betul-betul dulu..
3. MINTA TOLONG... Saya bukan tukang SCAN... Lepas post MIMPI MH370 ni, ramai pulak yang telefon darulmanzil minta guna kaedah sama suruh scan anak lari lah, suami lari lah, bini lari lah, rantai emas hilang la... adus... pls.. Kalau urusan tu saya tak mahu kerna ia menghampiri syirik... Mimpi ni bab lain... Takkan tiap2 malam nak mimpi masalah hilang jer... jenuh la macam ni...
4. ni jelah buat masa ni... harap puas hati... adoi...
klik sini UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN BERSAMA BELIAU.....DISINI

Apabila membaca komen yang mengutuk dan mengata cuma disebabkan mimpi YANG DIBERI IZIN OLEH ALLAH padanya, penulis simpulkan begini......memang sikap kita sebenarnya suka benda benda panas, kalau boleh yang sejuk pun kita nak panas kan.....Contohnya?

Katakan berlaku kemalangan dan yang cedera cuma seorang dan cuma side mirrornya patah, tak ramai orang akan baca berita itu......tetapiii, kalau kemalangan itu melibatkan BERATUS KENDERAAN yang  menyebabkan ramai cedera parah pasti ianya menjadi bahan berita utama, siap ada yang PANDAI BUAT ULASAN SENDIRI punca utama kemalangan itu berlaku, alasannya ......"aKU aDa Kat SiTu mAsa Tu......." hahaha.

Kalau macam tu Kisah MH370 ni tak panaslah? Ohh Tidak! Ianya sememang panas dan lebih dipanas lagi dengan pelbagai teori atau spekulasi yang kita akan lihat, bak kata orang, selagi tak jumpe selagi itulah orang ADA HAK UNTUK BERCERITA.......errr....oklah tu dia nak bercerita dengan memberi komen ,karang dia diam dituduh SOMBONG plak hahaha. 

Sebenarnya dalam Misteri APA TERJADI  pada PESAWAT MAS #MH370 ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan  MISTERI AL TANTUYA..... KURANG YAKIN? Penulis buktikan.

Ringkasnya Al tantuya dibunuh di Malaysia kerana ADA BUKTI PENEMUAN MAYAT oleh pihak polis tapi rekod kedatangannya ke Malaysia TIADA,kedua dia dibunuh tapi TAK TAHU SIAPA ARAHKAN sedangkan pembunuhnya sudahpun dijatuhkan hukuman.....bukankah ini semua misteri yang tidak mampu dijawab oleh sesiapa.

Jadi apabila kerajaan memberi maklumat, ramai yang ragui ,ramai yang syak wasangka disebabkan oleh Misteri Al Tantuya tadi......Maka apabila kita adun kisah Al Tantuya ini dengan kegemaran kita pada KISAH PANAS dan sensasi maka berlakulah apa yang kita lihat kini...yang itu kata begitu,yang ini kata begini,parahnya RAMAI YANG ROSAK AKIDAH apabila banyak yang diDEDAHKAN contohnya...... 

-Mempertikai surah Al Fatihah yang dibaca cuma apabila berlaku kematian, nak nampak lebih diterima fatwa ini lagi dimasukkan kononnya dari Ustaz Azhar Idrus yang sebenarnya jika dirujuk ianya tidak MEMBERI MAKSUD SEDEMIKIAN.

- Lupa kepada rukun iman ke 6.....percaya kepada Qada dan Qadar kerana terlalu taksub pada akal dan fikiran.

- Putuskan talian silaturahim gara gara MH370 .....semata mata berselisih pendapat atau berteori.

- Mempertikai solat Ghaib kepada mangsa beragama Islam sedangkan kita perlukan sekurang kurangnya 4 tahun seperti rujukan dibawah.

Tak salah kita memberi pendapat dan hargai pendapat mereka yang tidak sependapat . Tak salah juga kita bertanya KENAPA dan mengapa ....itu hak kita untuk tahu.

Sama sama kita berdoa dan terus berdoa agar diberi PETUNJUK apa sebenarnya berlaku sambil kita hayati lirik lagu dibawah semoga sesuatu yang tidak DISANGKA itu ada KEBETULAN......Amin!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.