-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 24 Mac 2014

#MH370 -MISTERI KEHILANGAN BAS EXPRESS YANG MENCURIGAKAN....gemparr!!

PEMBACA

INI KEBETULANnya...........

Sebuah bas express bernombor 58282 TELAH bergerak dari Manhattan menuju ke New York. Sebelum memulakan perjalanan, pihak syarikat telah mengisi minyak yang cuma cukup untuk sampai ke New York saja bagi mengelakkan pemandunya bersiar siar disekitar bandar raya New York ataupun pergi melawat rumah saudara maranya. 


Bersama 15 orang penumpang, tepat pukul 1.05 pagi,bas expess itupun menyusuri lebuh raya untuk sampai ke destinasinya yang dijangkakan akan sampai pada pukul 8.31 pagi. Para penumpang pula terdiri dari pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai negara seperti China,India,Monggolia tidak termasuk Malaysia.  

Pada pukul 10 pagi, saudara mara penumpang yang menanti gempar kerana bas express itu tidak kunjung tiba.....ianya hilang dan tidak tahu dimana. Kecoh dan pelbagai spekulasi timbul hingga para penumpang menyalahkan pihak pengurusan Bas Express kerana lambat bertindak. 

Siasatan dan misteri kehilangan bas express itu menyebabkan ramai pihak cuba membantu termasuk dari negara negara demokrasi dan negara tidak DEMOKRASI (juga) tidak termasuk #Malaysia. Masing masing keluarkan kelengkapan alat pengesan untuk membantu . Masing masing berteori tentang segala kemungkinan yang berlaku.

Ada beberapa saksi tampil beritahu "Sedang dia menanam Nenas, dia ternampak kelibat Bas Express 58282 itu lalu, ada juga saksi memberitahu FBI mendakwa "ternampak tayar bas itu pancit tetapi terus bergerak "........  

Tidak cukup dengan saksi, seorang PAWANG  terkenal dunia yang dikenali "Awang Trasher" cuba tampil membantu dengan membawa kelengkapan GPS diadun bersama tepung gomak dan seekor ikan bilis masak sambal...namun usaha Pawang ini dicemoh masyarakat dunia termasuk PERSATUAN BOMOH sedunia,sungguh kesian dia...! 

Hampir berhari MISTERI KEHILANGAN BAS EXPRESS itu belum dapat diselesaikan hingga saudara mara penumpang resah dan gelisah. Pihak pengurusan bas pula dilihat berdolak dalih dan seakan akan menyembunyikan sesuatu. Pihak pembangkang berhaluan kiri  pula seakan tidak berani bersuara kerana takut dituduh KHIANAT NEGARA DAN PERSENDA "......

Triba triba, pihak pengarah syarikat memaklum kepada "Yang menanti berita DENGAN PENUH HARAPAN" bahawa bas itu DIJUMPAI DI SELATAN VIETNAM.......

ISUNYA......macam mane bas itu sampai ke VIETNAM sedangkan minyak cuma cukup untuk sampai ke NEW YORK SAJA?" ............

Ianya kekal misteri hingga hari ini.

Harap maklum, kisah diatas tiada kaitan dengan kehilangan #MH370 ,kalau ada pun itu cuma SATU KEBETULAN............sama juga dengan kebetulan yang berlaku insiden #MH370 dengan kes Anwar dan PRK Kajang...

"Kalau Allah dah tetapkan BEGITU KITA TAK BOLEH BUAT APA APA.......besar kuasanya merencana hingga suatu hari dia beri kita PETUNJUK......."



Al-fatihah .....Fahamilah juga Al-Fatihah bukan cuma untuk kematian! ......

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.