-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Ahad, 23 Mac 2014

MASALAH TELEFON NI TAK PELIK KALAU KITA TIDAK OVER KONFIDEN!!

PEMBACA

"Aku pelik lagi kehairanan, apsal telefon aku tak leh simpan gambar yang aku ambik".

"Alaa, ko tak jumpe carilah  tuu.....meh aku tengok" . HP terkini yang berjenama diambil, lantas gambar CAWAN yang berisi air tea diambil. Misi mencari gambar yang telah diambil tadi pun bermula........
Belek punya belek, cari punya cari........masih tak jumpe juga DIMANA DISIMPAN GAMBAR CAWAN yang baru sebentar tadi diambil. Nak kata kamera telefon ni bermasalah, ok jer semasa gambar diambil tadi....siap bunyi lagi.....prap!

" Jumpee tak? Meh aku cuba pulaa......." Rakan ke dua mahu menunjuk bakat pula......sekali lagi telefon bertukar tangan. Kelihatan dia mengambil gambar TUAN PUNYA TELEFON .......Prap! Dia terus mencari gambar yang baru diambil tadi....

"Peliknyeeeeeeee.......mana disimpan gambar tadi ehh! Gambar lama ada jee dalam nii.." Katanya sambil menunjuk file gambar lama yang ada dalam hp tersebut.

"Tulah pasal.......aku dah puas cari, jangan sampai aku panggil BOMOH VVIP " Kata pemilik hp yang sudah mula berkira kira untuk mencari telefon baru .

"Ko pulak cuba Misbah.....ko kan pakar bab IT sikit, mana tau sebab pasang cermin tintet ke hp Darwish ni tak leh simpan gambo".......Penulis diberi telefon yang dikatakan bermasalah itu.......telefon BERJENAMA YANG HARGANYA beribu itu penulis ambil.

Dengan konfiden seperti kedua rakan tadi,penulis pun mencari dua gambar yang telah diambil iaitu gambar cawan dan gambar pemilik telefon bernama Darwish...HAMPA! Masih tak jumpe dimana ianya disimpan...dah bertahun penulis pakai telefon berkamera,inilah pertama kali hadapi masalah sebegini pelik. Rosak? Apa yang rosak kerana semuanya ok dan telefon itu berfungsi dengan baik.....

Tak puas hati, penulis ambil lagi sekali gambar............kali ni penulis ambil gambar sendiri....prap! 

Nahhhhhh!! Selepas gambar berjaya diambil.........MUNCUL AYAT INI PADA SKRIN TELEFON yang menyebabkan penulis malu dan tersenyum sendiri.....

'NOT ENOUGH MEMORY TO SAVE PICTURE"

Huh! ITU sajee masalahnyaaaaaaaaa....itulah! Kalau dah over konfiden, benda yang MUDAH JADI PAYAHHH .........Adehh!!

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.