-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Isnin, 10 Mac 2014

PERHATIAN,TOLONG JANGAN BUAT MACAM NI

PEMBACA

Benar zaman teknologi IT ini semuanya jadi mudah dan senang tapi janganlah sampai tak tahu mana boleh mana tidak. Semampu atau sekaya manapun kita jangan ambil mudah dalam soal sedekah.

Apa perasaan ANDA  JIKA ini yang MAMPU anak anda BERI apabila anda mati NANTI? Jangan gelak atau geleng kepala kerana tak mustahil  TAHLIL atau DOA jadi MACAM INI....


E-sedekah al-quran elektronik di tanah perkuburan untuk sedekah al-fatihah

Semua pasal bisnes. Semua nak mudah, semua nak untung cepat, Hinggakan nak sedekahkan AL-FATIHAH untuk si mati pun nak pakai alat elektronik. 

Nak sedekah pahala dengan doa kat ibu bapa tapi malas nak tadah tangan utk berdoa. Anak yang soleh bukan boleh dibeli dengan duit woii...

Ya Allah ada jugak manusia yang jahil sampai macam ni. Motif la kau pacak mesin tu tepi kubur ahli keluarga kau yang dah meninggal dunia. Mesin tu tak membantu pun rasanya. Kan dah kata... Doa2 anak yang soleh/solehah sahaja dapat membantu kedua ibu bapanya di dalam kubur nanti. Kalau mesin yang dok sedekah ayat2 suci Al Quran.. aku nak cakap pun aku ni tak berapa ustazah sangat tapi yang soleh/solehah tu dah tentu bukan anak2 si mati sebab yang mengalunkan kalam Allah tu adalah suara dari rakaman mesin.

Nak buat kerja mudah pun beragak la sikit kot. Aku tak tahu la idea siapa.. & siapa pencetus benda2 camni tapi rasanya benda ni tak memberi kesan positif. Kalau kita berniat membantu ahli keluarga kita yang sudah berada di alam kubur.. bukan dengan kekayaan tapi dengan mendah tangan berdoa. Bukan setakat pacak mesin tu..

SUMBER DISINI

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.