-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Jumaat, 21 Mac 2014

INI GOLONGAN SEL OTAK YANG TERPUTUS ATAU TELAH MATI DISEBABKAN SELAWAT PERDANA!

PEMBACA

Kebelakangan ini kita lihat ada pihak yang tidak lagi segan silu pertikai dan perli IBADAH yang dilakukan semata mata untuk memenuhi kehendak politik masing masing. Ianya menjadi satu budaya baru antara kedua dua belah pihak. Masing masing cuba perlekeh satu sama lain apa yang dilakukan .

Terbaru isu program Selawat Perdana pun hendak dijadikan modal politik yang boleh dilihat dari dua sudut, pertamanya untuk menunjuk dan kedua untuk mengutuk. Kenapa perkara sebegini berlaku? Kenapa kita tergamak gunakan ibadah untuk kempen politik? 

Kalau tengok orang sembahyang kita kata mereka hendak menunjuk, kalau tengok orang hadiri ceramah atau program berbentuk keagamaan kita mula mengira jumlah kehadiran ,kita mula MELIHAT SIAPA PENCERAMAHNYA.......jika penceramah itu tidak sehaluan dengan kita, ceramahnya DIANGGAP SESAT! 

Masing masing cuba membuktikan SIAPA LEBIH ISLAM ......siapa lebih "BAIK",lebih memburukkan lagi PROGRAM atau IBADAH YANG DILAKUKAN BUKAN KERANA ALLAH TETAPI KERANA KUASA ............kalau tidak tak kan KEPAHITAN DIBAWAH NI BERLAKU.......

"Program Selawat Perdana dihadiri ribuan malah mungkin jutaan muslimin dan muslimat ,tetapi DALAM SEMBAHYANG SUBUH TADI , jemaahnya cuma mampu disertai 2 saf atau paling tinggipun 3 saf.........

FIKIR FIKIR SEMASA SOLAT SUBUH.........

Dibawah INI  diantara gambar gambar akan dijadikan ISU POLITIK....tak percaya ? Anda lihat dan cari selepas ini  dalam mana mana media massa, tv,astro,Page dan Groups politik, blog,malah dalam  komen diberi di Facebook atau Twitter .....PASTI JUMPA yang "BERKAITAN politik" baik dari yang menyokong dan juga yang membangkang!











"HILANGLAH KEBERKATAN malah mungkin boleh dianggap syaitan kalau kita SENDIRI PERSENDA MARUAH AGAMA UNTUK KEPENTINGAN DIRI ".......

Tak kira apa jua IBADAH (UNTUK UMUM)  DAN IBADAT (UNTUK DIRI SENDIRI) yang dilakukan seharusnya kita puji bukan mengeji tanpa perlu POLITIK! 

0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.