-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Rabu, 19 Mac 2014

TRAJEDI SEBELUM JUMAAT ............ALLAH MAKBULKAN DOANYA.....!

PEMBACA

"Psttt......pstttttttttt....Aji...err...." Haji Ahmad berpaling setelah selesai memberi salam dalam solat Jemaah Maghrib pada suara dibelakang yang berbisik padanya.

Lantas, haji Ahmad bangun dan melangkah keluar meninggalkan jemaah yang sedang bersedia untuk bacaan doa selepas solat. Hatinya berdebar sambil melihat rakan yang berbisik padanya tadi,langkahnya mula longlai......."Apa pula kali niii......"
"Imran ditahan polis kerana mabuk dalam konsert,ada kat balai sekarang Mat..." Beritahu rakannya. Tak tahu apa Haji Ahmad mahu berkata apa, dia seakan sudah jemu berulang alik ke balai untuk menjamin anaknya yang kalau tidak mabuk pasti kes merempit...

Sungguh malu Haji Ahmad dengan anaknya yang tunggal itu,apa yang tidak dibuat untuk membetulkan Imran, nasihat sudah, tazkirah dan ceramah pun sudah...tapi tetap tidak berubah rubah.....baik mati dilanggar lori je senang......"Panas betul hati Haji Ahmad. 

"Biarlah.....esok aku pegii....dah jangan kecoh kecoh" Kata Haji Ahmad yang seakan sudah kecewa, rakannya itu cuma mengangguk. Haji Ahmad berlalu ke rumah, niatnya nak teruskan solat Isyak berjemaah dibatalkan.....Malu sangat diaa! Sudah beberapa kali anaknya memalukan dirinya. 

Langkahnya perlahan menuju ke kereta sambil sempat hulurkan senyuman tawar pada rakannya yang seolah olah sedang "UPDATE STATUS terbaru" di Facebook.....

"Esok kita pindah Mah....Tak tahan abang macam niii......" Kata Haji Ahmad pada Rosnah Mansor isterinya yang sibuk mengira duit tabungnya. 

"Hissssssssss! Pindah lagi bang...penat laa". Rosnah mengeluh, mengeluh kerana sudah masuk kali ke empat mereka sekeluarga terpaksa berpindah bukan dipindahkan gara gara KENAKALAN ANAK mereka, Imran.

"Dah macam macam abang cuba, tetap tak berubah perangai Imran tuu....takpelah! Kita cuba pindah balik kampung pula....." Sedih dan sayu perasaan Haji Ahmad mengenangkan nasib dirinya, semuanya terpaksa dilakukan demi maruah keluarga kerana Haji Ahmad bukan calang calang orang, beliau bekas guru besar berpencen yang dikenali ramai.....anak muridnya ramai yang berjaya sedangkan anaknya sendiri terjerumus ke lembah hina.

Pada petang Khamis  selepas 3 tahun......

"Menung apa tu bangg....." Tegur Rosnah Mansor semasa melihat suaminya merenung jauh pokok cempedak tetapi buahnya nangka....

"Tak adalah........teringat kisah kita dulu dulu semasa duduk di bandar. Imran mana?" Tanya Haji Ahmad sambil bantu kilatkan cincin isterinya.

"Katanya ikut Ustaz Fahmi kuliah....lega sangat bang, sejak pindah kampung ni banyak betul perubahan anak kita, syukur sangat kita berjiran dengan Ustaz tu kan bang....." Rosnah Mansor berkata sambil membetulkan tudungnya, maklumlah sejak Imran berubah, barulah Rosnah Mansor tergerak hati nak bertudung......hilanglah rambut gerbangnya ituu....

"Iyelah syukur sangat.....Alhamdulellahhhhhhhhh....."Haji Ahmad cuba melawak sambil mengajuk cakap " TOK ADI -Tanah Kubur"....mereka ketawa riang ria, tetapi terhenti apabila terlihat seseorang yang menerpa ke arah mereka.

Wajahnya nampak cemas hingga tidak sempat dia menongkat motor, dicampaknya terus di situ dan klam klibut menuju arah haji Ahmad dan Rosnah Mansor.

"Imran ...imram eksidenn....."Cuma itu yang mampu diucap olehnya sambil mengesat peluh namun sempat update status DI FACEBOOK......Haji Ahmad dan Rosnah Mansor tergamam! Debarnya kencang!

Dibilik mayat, Haji Ahmad terus menangis......tangisannya amat kuat diselang seli dengan aksinya hantukkan kepala kedinding hospital. 

"Sabar Aji...sabar......". Kata Ustaz Fahmi yang cuma cedera ringan kerana ketika kemalangan itu berlaku, Ustaz Fahmi berada dikerusi pemandu sedangkan Imran berada dibonek belakang mencari kitabnya yang dikatakan tertinggal....ketika tercari itulah triba triba sebuah lori datang merempuh dan meragut nyawa Imran......

"Saya yang bersalah Ustaz.......saya yang bersalahhh! " Kata Haji Ahmad sambil menangis .

"Kenapa pula Haji cakap macam tu...kan semua tu takdir" . Tanya Ustaz Fahmi yang mula merasa pelik kerana jika difikir logiknya ....kemalangan itu melibatkan dirinya dan arwah Imran....KENAPA  pula Haji Ahmad berkata begitu??

"Semasa arwah Imran nakal dan suka merempit dulu......saya tak tahan dengan sikapnya.saya malu dan marah hingga saya BERDOA AGAR DIA MATI DILANGGAR LORI ustazz....." ........Masya Allahh!!

Pesan penulis untuk diri sendiri dan anda juga.

"Sejahat mana anak kita, jangan sesekali berdoa yang tidak baik kerana doa ibu ayah itu lebih makbur dan jadilah anak yang baik ........." 


0 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.