Tweet |
SANTAI HARI AHAD sambil kita melihat fakta yang mungkin kita tidak pernah terfikir sebagai mana sebiji kereta boleh "TERRRR PARKING CANTIK PUNYE" dalam gambar diatas.
1. Pengerusi SPR kerana hari ini berjalannya proses pengundian DUN KAJANG....adakah Pengerusi ini berjaya dalam tugasnya untuk er er er......atau Pengerusi ini cuma mampu menjawab dengan BERDEBAR... er.. er.. er.. apabila ditanya oleh "ORANG YANG LEBIH TINGGI " .........KENAPA KALAH JUGA??
2. Pastinya DS Wan Azizah dan Chew Mei Fun yang menjadi calon mewakili parti masing masing, adakah Wan Azizah mampu kekalkan pengaruh PKR dan memperoleh majoriti besar yang akan dijadikan simbolik "LANGKAH ANWAR" dan mampukah Chew Mei Fun membuat kejutan, jika tidak menang pun sekadar MENGURANGKAN MAJORITI untuk tidak LEBIH DIMALUKAN lagi, debarannya akan lebih dirasai oleh Chew kerana ayat "APA LAGI CINA MAU" akan muncul semula selepas ini.
3. Anwar Ibrahim dan Najib Razak kerana inilah masanya mereka berdua mengukur populariti masing masing. Anwar Ibrahim dengan isu liwatnya manakala Najib Razak dengan isu isu panas yang melanda negara........debaran mereka berdua ni paling kencang!
4. Penyokong kedua dua parti , adakah mereka akan gembira dalam tangisan atau menangis TAK GEMBIRA.......atau adakah penyokong parti ini akan dikenali kerana tindakan PROVOKASI seperti yang berlaku sebelum ini. Demi parti mereka sanggup lakukan tanpa perlu merasa sedikitpun debaran dimaki dan dihina .
5. Para Pengundi KAJANG yang jika dilihat secara realiti, PR akan menang besar tetapi akan boleh kalah besar kerana akan ada yang TERGARU KEPALA "Aik! Camne plak boleh kalah nii"??, maka gelabahlah mereka kerana kalah tidak disangka!
6. Penduduk Kajang yang sebulan dua ni mewah hidupnya,nak makan pun senang....pergi saja mana mana tempat pasti ada orang jamu makan, perniagaan pun maju,minta apa saja semua dapat.....namun selepas berakhirnya PRK ini, debaran mereka akan kencang semula sekencang mereka TERPAKSA MENYARA HIDUP!
7. TUAN RUMAH KENDURI ........Adakah hasil pendapatan perkapita majlis kenduri anaknya MAMPU MENJANA KEWANGAN LUMAYAN atau sekadar cukup cukup makan atau PULANG MODAL? Err......err......penulis bukan nak menuduh atau menghina, cuma beri contoh kerana petang semalam penulis ALAMI SENDIRI dan MALU SENDIRI apabila bahu triba triba ditepuk tuan rumah kenduri lalu DIBISIK ketelinga ..........
".....er...er...encik...duit koyak nii......"
Apapun kita berharap segalanya berjalan dengan lancar selancar harapan kita supaya MH370 ditemui , bukan temui OBJEK lepas tu BUKAN ! Esok jumpa lagi Objek, lepas tu BUKAN ! Adehh....pening pening......err.....err...tapi kan logik juga kata mak sedara penulis atas alasannya kenapa MH370 tidak ditemui lagi hingga kini.
" Camne nak jumpo.....cer tukar nama kapal terobang tu dari MH370 ke SJ370 ......"
"Napo lak nak ditukar namo eyy......".
" Iyolah..... M H tu kan singkatan kepada Masih Hilang, konalah tukar jadi S.J yang bermakno Sudah Jumpo........"
"oooooooooo.....Iyolah omak......buleh camtu pulak!......"
"Ni satu laiee omak nak kobar an, elok bebonar dipindah Pusat Media untuk taklimat isu MH370 ke PWTC ,kot lama kek hotel Sama sama di KLIA tu berito yang kita dapat pun asyik SAMAR SAMAR....iyolah! Cubo ko sebut nama hotel sama sama tu lelaju.......kan bunyi ey jadi SAMAR SAMAR........"
"Adoiii! omak sedaro den niii............GOMA memandai mandai yaiiiiiiiiii........"
Selamat mengundi!!
0 Mesej diterima:
Catat Ulasan