-Blog kantoiIDENTITI jadi hashtag viral #@JomgelakFM-

Selasa, 4 Februari 2014

PUSAT ZAKAT DAH HILANG BERKAT??

PEMBACA

Saban tahun  pihak pengurusan Zakat mana mana negeri akan mengumumkan jumlah kutipan yang tertinggi hingga juta juta,tetapi saban hari pula kita didedahkan dengan kesengsaraan saudara mara sendiri yang tidak berkemampuan.

Bukan penulis hendak menyalahkan Pusat Zakat dalam hal ini ,tetapi penulis takut nanti  SAMPAI MASANYA RAKYAT SUDAH tidak mahu mengeluarkan zakat......bukan kerana  ingkari perintah Allah dan Rasul ,tetapi kerana KURANG YAKIN dengan kemampuan dan AMANAH yang diberi kepada pihak pengurusan Zakat.
Rakyat akan buat cara sendiri, rakyat akan hulurkan sendiri ZAKAT mereka kepada yang berhak tanpa perlu melalui Pusat Zakat....kerana apa?? Kerana rakyat kita semakin bijak menilai dan semakin boleh berfikir.

Penulis bukan bertujuan untuk menyalahkan Pusat Zakat, cuma penulis dan rakyat AMNYA mahu  JAWAPAN yang tepat ,jawapan yang AKAN MEMBERIKAN kami  SATU KEYAKINAN bahawa Pusat Zakat memang amanah dan jujur menjalankan tugas mereka.

Jangan salahkan rakyat yang BERTANYA kerana sememangnya rakyat PUNYA HAK untuk bertanya kerana RAKYAT YANG MEMBAYAR ,rakyat yang memberi "AMANAH " atas rezeki yang dikurniakan Allah untuk dinikmati bersama mereka yang tidak berkemampuan. 
NANTIKAN JAWAPAN DARIPADA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR..
Terlalu ramai yang merasa pelik;

1. Kutipan zakat tinggi masih gagal hapuskan kemiskinan?
2. Amil berbelanja besar, sedang orang miskin ramai?
3. Iklankan kutip zakat banyak, agih zakat 'tarak'?

Jawapannya...
Disini juga penulis lampirkan JAWAPAN dari Lembaga Zakat Selangor yang sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk memahami tugas dan peranan dan hal hal berkaitan zakat. 

SETELAH MENELITI DAN MENUNGGU BEBERAPA KETIKA, MAKA DIBERIKAN JAWAPAN KEPADA PERSOALAN...Terlalu ramai yang merasa pelik;

1. Kutipan zakat tinggi masih gagal hapuskan kemiskinan?

Dalam lapan asnaf, hanya dua asnaf sahaja untuk orang miskin, iaitu FAKIR dan MISKIN. Bila kutipan zakat dapat RM500 Juta, bukan semuanya untuk Fakir dan Miskin, kerana ada lagi enam asnaf yang wajib disantuni. Mana boleh abaikan asnaf lain, dan berikan semuanya kepada fakir dan miskin sahaja. Jadi, boleh fikirkan berapa peruntukan untuk lapan asnaf daripada jumlah RM500 juta itu?

2. Amil berbelanja besar, sedang orang miskin ramai?

Amil belanja besar atau kecil, tertakluk kepada Asnaf AMIL, iaitu 1/8 daripada jumlah kutipan zakat. Amil tak ambil pun wang zakat dari asnaf lain. Gaji ke, pejabat ke, kereta ke, semua dari asnaf amil. Itulah hak amil yang diberikan oleh Allah SWT dalam al-Quran, rujuk surah at-Taubah ayat 60.

3. Iklankan kutip zakat banyak, agih zakat 'tarak'?

Iklan kutip zakat banyak, sebab hingga saat ini jumlah pembayar zakat di Selangor baru sekitar 300 ribu orang, dari jumlah keseluruhan populasi 3 juta umat Islam. Maknanya, baru dalam julat 10 peratus yang bayar zakat. Sebab itu kena INZAR atau berikan peringatan selalu.

Tetapi, iklan AGIHAN zakat pun banyak. Di majalah, akhbar malah di billboard, banyak dipaparkan jenis-jenis bantuan zakat kepada umat Islam. Maknanya, iklan kutip dan agih sebenarnya sama naik, hanya mereka yang prihatin akan perasan benda ni.

WALLAHUA'LAM.
Itu penjelasan diatas persoalan penulis diatas, selain itu banyak juga ilmu dan perkara perkara yang boleh kita ketahui dalam Page mereka ini...........

JANGAN LUPA LIKE page mereka ini  DISINI ........


1 Mesej diterima:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH AWAK

KANTOI IDENTITI. Dikuasakan oleh Blogger.